Monday, March 03, 2008

Jangan hukum BN

MUAR 2 Mac - Para pengundi diingatkan supaya terus mengundi Barisan Nasional (BN) walaupun mungkin timbul rasa tidak puas hati mereka terhadap calon BN yang bertanding di kawasan masing-masing.
Ketua Pemuda BN Johor yang bertanding di kerusi Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata, kerajaan BN tidak harus dipersalahkan hanya kerana rasa tidak puas hati terhadap calon tertentu kerana masa depan rakyat dan negara mesti diberi keutamaan.

Ulasan: Sudah 50 tahun rakyat memberikan mandat kepada BN untuk memerintah negara tapi pemimpin BN sibuk dengan dengan agenda peribadi untuk menjadi kaya dengan mengaut kekayaan negara secara tidak sah. Cara yang mujarab untuk mengajar BN supaya memuliakan dan menghormati kehendak rakyat ialah dengan mengundi parti selain BN dalam pilihan raya umum pada 8/2/08.

Pas bukan lagi parti perjuangkan Islam
MELAKA 2 Mac – Pas kini bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam kerana parti itu tidak lagi menggunakan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ dalam manifestonya.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sejak Pas menjalinkan pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti itu telah menggugurkan perkataan Islam.

Ulasan: Kalaulah Pas tiada, senanglah BN/Umno menipu rakyat. Terima kasih kepada pemimpin dan penyokong Pas kerana berjaya menjadi benteng Islam di negara ini.

BN tidak persia kepercayaan rakyat
KEPALA BATAS 2 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan Barisan Nasional (BN) tidak akan mempersia-siakan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada parti memerintah itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Perdana Menteri menegaskan, sokongan padu rakyat penting bagi memastikan BN dapat terus memacu pembangunan yang dirancang termasuk memberi tumpuan bagi meningkatkan kemajuan penduduk luar bandar.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat keluar beramai-ramai mengundi Sabtu ini bagi memastikan calon-calon BN menang besar.

Ulasan: Bukti depan mata terserlah sebagai bukti. Rakyat hanya jadi alat yang memperkayakan pemimpin politik BN. Rakyat sibuk bekerja siang malam diatas nama pembangunan untuk mendapat sekelumit tapi sebahagian
besar masuk ke kantung pemimpin politik BN dan kroni-kroni BN. Satu hari rakyat akan sedar dan bangun menuntut hak mereka.

Hak Melayu terjamin di bawah Barisan Nasional
KUALA LUMPUR 2 Mac – Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang sentiasa memastikan hak orang Melayu terjamin di samping hak kaum-kaum lain dipenuhi.
Presiden Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Dr. Md. Zabid Abdul Rashid memberitahu, sepanjang tempoh 50 tahun BN memerintah, tidak ada satu hak orang Melayu dihapuskan atau ditarik balik.
‘‘BN sentiasa memastikan hak orang Melayu terjamin di dalam ekonomi, pendidikan, pekerjaan, hak milik tanah rizab Melayu, agama dan sebagainya,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ulasan: Tapi bagaimana pelasanaannya? Manakah 30% ekonomi milik Bumiputera seperti di janjikan BN? Mana biasiswa untuk pelajar Melayu? Tanah rizab Melayu yang di ambil untuk pembangunan sudah di ganti? Kenapa di ambil oleh syarikat kerajaan negeri dengan harga yang murah dan di jual kepada syarikat kroni?

Kelantan rugi jika tolak BN
KOTA BAHARU 2 Mac. - Rakyat Kelantan yang akan rugi jika menolak peluang rancangan pembangunan RM10 bilion yang telah dirancang kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk negeri ini.
Manifesto BN juga menggariskan rancangan pembangunan dalam memberi lonjakan mega untuk kelantan bagi memacu negeri Cik Siti Wan Kembang dalam pengukuhan ekonomi yang mantap sejajar dengan pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang bernilai RM112 bilion untuk negeri Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selatan Johor.
Dekan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof. Ibrahim Che Omar menyifatkan rancangan pembangunan yang dibentangkan BN adalah komprehensif dalam "merawat" Kelantan untuk memberi peluang kemasukan perniagaan dan ekonomi yang rancak.

Ulasan: Pensyarah sewajarnya mempunyai mata ruhani yang boleh melihat lebih jauh. Apakah perbezaan dari orang awam kalau tersirna hanyalah pembangunan fizikal semata-mata. Rakyat di sibukkan dengan pembangunan tapi yang kaya dan bertambah kaya ialah pemimpin politik BN/Umno. Pernahkah Prof lihat pemimpin politik BN yang tidak kaya?

No comments: