KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko teruk kepada ekonomi dan pembangunan negara...(UM, 29/2/08).
Ulasan: Selama Pak Lah 4 tahun memerintah bermacam-macam masalah yang timbul. Berdasarkan rekod buruk itu serta rekod BN/Perikatan selama memerintah Malaysia kita boleh membuat unjuran @ projection ke masa depan negara di bawah BN. Maaf, demi masa depan anak cucu yang akan merana dan merempat di bumi sendiri, rakyat terpaksa tinggalkan dahulu BN, supaya BN boleh menginsafi diri dan bertukar akhlak supaya menjadi lebih baik untuk ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Untuk pilihan raya kali kita pilih parti selain BN kerana BN tidak lagi prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat kerana wakil-wakil rakyat sibuk dengan agenda peribadi masing-masing mengaut kekayaan negara melalui cara yang tidak sah. Kita sebagai rakyat merdeka di negara yang merdeka mesti berani mengubah kepada kerajaan yang SIFAR RASUAH.
Aibkan orang demi politik
PENDANG 29 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perbuatan mengaibkan orang tidak boleh diterima tetapi para pemimpin Pas menghalalkannya demi kepentingan politik mereka......(UM, 29/2/08).
Ulasan: Semata-mata untuk pastikan wakil rakyat yang kita pilih tidak mengamalkan rasuah, bermaruah tinggi, tidak berzina dan baik dari setiap segi..
Fatwa Hadi ditegah agama
KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terikut-ikut rentak pembangkang dengan mengumpat dan memaki hamun calon-calon pilihan raya parti lawan.
Perdana Menteri menegaskan, dalam konteks hubungan antara manusia, semua insan perlu menghormati dan menunjukkan kesopanan serta ketertiban kepada orang lain walaupun dalam bidang politik.
Sambil menyifatkan fatwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon parti itu membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan sebagai sesuatu yang menghairankan, Abdullah berkata, Abdul Hadi telah mengajar orang melakukan perkara yang tidak betul.
‘‘Saya hairan mengapa Presiden parti Islam boleh membuat fatwa yang macam itu. Sebenarnya ini adalah perbuatan yang ditegah oleh agama kita.
‘‘Takkan dia tidak faham, tapi dia masih lakukan. Jadi nyatalah walaupun dia memimpin parti Islam, dia memimpin dan mengajar orang buat (perkara) tidak betul,” kata Abdullah.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Kepala Batas di Dewan Milenium di sini hari ini.
Abdullah mengulas fatwa terbaru Abdul Hadi dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 yang membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing......(UM, 29/2/08).
Ulasan: Sebuah hadis Rasulullah S.A.W. berhubung soal mencari jodoh yang membenarkan keburukan seseorang itu didedahkan bagi mengelak berlakunya penganiayaan kepada pasangan. Memilih wakil rakyat sebagai pemimpin kita pun sekurang-kurangnya sama dengan pilih menantu, bahkan lebih penting kerana dia sepatutnya menjaga kepentingan rakyat yang ramai bukan untuk mencapai agenda peribadinya. Selamat memilih calon yang bermaruah dan baik dari segala segi.
'Parti Angan-angan Selalu'
JOHOR BAHRU 28 Feb. - Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, 59, menyifatkan Pas sebagai 'Parti Angan-angan Selalu' kerana parti pembangkang itu selalu membuat sesuatu yang di luar kemampuan mereka.
Beliau berkata, cadangan Pas untuk mewujudkan negara kebajikan hanya janji kosong yang tidak mampu mereka lakukan dan hanya berangan-angan sahaja....(UM, 29/2/08).
Ulasan: Dalam negara kebajikan tidak ada peluang untuk pemimpin politik jadi kaya dengan mengaut kekayaan negeri dan negara melalui jalan yang tidak sah. Sudah tentu idea itu pemimpin politik BN tidak akan setuju kerana rakyat tahu bahawa BN menjadi penyubur rasuah selama ini.
KPN kesal insiden pukul wartawan
KOTA KINABALU 28 Feb. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan tindakan memukul dua petugas media di Perlis malam semalam sebagai tidak bertanggungjawab dan keterlaluan. Beliau yang melahirkan perasaan kesal dengan perbuatan itu berkata, insiden tersebut tidak seharusnya berlaku dan meminta semua pihak supaya tidak bertindak di luar batasan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-12.
Musa mengulas insiden dua wartawan akhbar yang dibelasah oleh sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional Negeri di Perlis...
Ulasan: Kalaulah wartawan di pukul oleh penyokong pembangkang, BN akan menyebarkan keseluruh dunia. Siapa yang ganas?
MPSJ diminta tutup kilang haram
PUCHONG - Penduduk Taman Kin- rara Seksyen 7 di sini meminta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menutup segera kilang-kilang haram yang beroperasi di taman itu sejak 10 tahun lalu. Ini bagi memastikan penduduk dapat menikmati persekitaran yang lebih baik tanpa diganggu bunyi bising dan pencemaran.
Pengerusi MCA Bahagian Puchong, Wong Hock Aun berkata, pihaknya telah beberapa kali membuat aduan kepada MPSJ mengenai masalah itu tetapi kilang terbabit masih beroperasi seperti biasa. Katanya, setakat ini, MPSJ hanya mengenakan kompaun ke atas pemilik kilang terbabit...
Ulasan: Apabila rasuah berleluasa, undang-undang di buang ke tepi. Kita bersusah-payah buat undang-undang dan peraturan, kemudian kita buang ke tepi semata mengejar DUIT HARAM dari towkey kafir. Malunya kita.
No comments:
Post a Comment