MELAKA 11 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan dua konsep yang perlu disemai pada diri ibu bapa iaitu anak sebagai amanah dan pendidikan sebagai pelaburan masa depan. Timbalan Perdana Menteri berkata, kedua-dua konsep tersebut perlu disemai di kalangan ibu bapa bagi melahirkan bangsa yang gemilang pada tahun 2057 nanti. Menurut beliau, anak-anak yang dilahirkan bukan sekadar rezeki daripada Allah semata-mata tetapi juga merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa...(UM, 12/2/08).
Ulasan: Anak-anak kita yang kita didik dengan kasih sayang di rumah menjadi rosak apabila kerajaan membiarkan maksiat bersepah di sana sini tanpa sekatan : Percampuran bebas, seks bebas, pesta seks, pelayan/gro, pesta arak, karaoke dan kelab malam, dadah, bohsia. Kebanyakannya akan mewujudkan bayi haram.
Wakil-wakil rakyat BN TIDAK menggunakan kuasa pemerintah selama ini untuk mempersempitkan lorong ke arah maksiat tetapi meluaskannya kini lebuh raya maksiat. Semua orang jika tidak berhati-hati akan terlibat. Manakah wakil rakyat kita yang sayangkan anak bangsa?
Kekalkan baru, lama
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Barisan Nasional (BN) perlu mengekalkan gabungan pemimpin lama dan baru untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-12 bertujuan mewujudkan keseimbangan dalam kepimpinan dan perjuangan. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, gabungan generasi lama dan baru amat penting dalam proses memajukan negara selain memperkasakan BN dalam jangka panjang...(UM, 12/2/08).
Ulasan: Supaya masing-masing berkongsi pengalaman bagaimana mengaut dengan lebih hebat lagi kekayaan negara melalui jalan yang tidak sah dan menipu rakyat sendiri.
Waspada 'hantu senyap'
BALING 11 Feb. - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta berwaspada dengan kumpulan 'hantu senyap' yang akan muncul menjelang pilihan raya umum untuk meracuni fikiran rakyat khususnya generasi muda.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Harun berkata, hantu senyap adalah gelaran untuk satu kumpulan yang akan bertindak membuat tohmahan dan meracuni fikiran rakyat menjelang pilihan raya umum ke-12...(UM, 12/2/08).
Ulasan: Wahai rakyat dan anak bangsa, bukalah minda lihatlah bagaimana pemimpin-pemimpin politik BN dari pelbagai peringkat yang telah dan sedang mengaut harta negara melalui jalan yang tidak sah untuk diri sendiri atau anak-beranak, sahabat handai dan kroni-kroni. Dengan menjadi pemimpin politik mereka dapat mengaut dengan mudah di sebalik nama perjuangan untuk membela rakyat.
Gagal tapisan BPR
SHAH ALAM 11 Feb. - Beberapa bakal calon yang telah disenaraikan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-12 di negeri ini digugurkan setelah didapati gagal melepasi tapisan pertama Badan Pencegah Rasuah (BPR). Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, pengguguran itu dibuat setelah beberapa nama calon yang terdiri daripada mereka yang menjadi wakil rakyat ketika ini serta muka-muka baru didapati mempunyai masalah tertentu termasuk kes rasuah...(UM, 12/2/08).
Ulasan: Kalaulah BPR menjadi badan berwibawa yang tidak bertuankan PM, nescaya PM dan TPM pun perlu lulus tapisan BPR. Rakyat dapat melihat siapa sebenarnya BPR dan melihat siapa yang lulus tapisan? Rasuah selamanya pun di suburkan oleh BN dan parti komponennya selama memerintah negara ini.
PM ajak rakyat kerja keras
SIBU 11 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat supaya bekerja keras dalam memastikan negara ini terus membangun sekali gus menempa kemajuan.
Kata beliau, untuk memperoleh kejayaan, semua pihak termasuk beliau sendiri perlu bekerja keras dan berganding bahu bersama-sama...(UM, 12/2/08).
Ulasan: Rakyat bekerja keras untuk sekitar 10% dari kekayaan negara. Bakinya 80-90% tanya pemimpin politik BN.
Mafrel pemerhati pilihan raya
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengiktiraf sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) sebagai pemerhati tempatan pada pilihan raya umum ke-12.
Pengiktirafan itu yang dilihat mampu menutup mulut pembangkang yang sering melabelkan pilihan raya di negara ini sebagai tidak bebas, telah dipersetujui oleh suruhanjaya pada 22 Januari lalu. Surat pengiktirafan berkenaan ditandatangani oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman...(UM, 12/2/08).
Ulasan: Kalau dalam perkara lain kita tidak jemu-jemu mengundang pakar luar negara menjadi pemerhati. Bagaimana pemerhati pilihan raya umum ke-12 dari badan-badan yang berwibawa luar negara? Kalau bersih dan adil, kenapa perlu takut? Mentaliti pemimpin BN yang memerintah kita masih lagi jauh ketinggalan di dunia ketiga.
Laksana tugas ikut jadual elak kaitan rasuah
PULAU PINANG 11 Feb . - Semua jentera pilihan raya Wanita Barisan Nasional (BN) diminta melaksanakan tugas mengikut masa dan jadual yang ditetapkan bagi mengelak tanggapan negatif termasuk dikaitkan dengan isu rasuah. Pengerusinya, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, hanya melalui cara itu setiap kerja yang dilakukan akan lebih diyakini. ''Kita semua kena mengelak daripada tanggapan bahawa kita terlibat rasuah. Walaupun ia hanya persepsi, jika dibiarkan ia menampakkan satu benda yang buruk....(UM, 12/2/08).
Ulasan: Semua orang sudah tahu bahawa kerajaan BN menyuburkan RASUAH di dalam negara ini selama BN memerintah sejak merdeka. Bukan lagi tekaan orang ramai atau persepsi, tapi RASUAH adalah sesuatu realiti yang membelit negara kini.
Amaran kepada mahasiswa
PUTRAJAYA 11 Feb. - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana mahasiswa yang terlibat dalam kempen pilihan raya umum ke-12 termasuk menarik balik biasiswa mereka. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ketika ini pihaknya sedang menyiasat penglibatan segelintir mahasiswa dalam politik kepartian dan mereka bakal diambil tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971...(UM, 12/2/08).
Ulasan: Mahasiswa hari ini perlu di didik supaya menyokong kebenaran walau di mana saja berada. Kenapa perlu tindakan undang-undang kalau kerajaan boleh meyakinkan melalui dialog terbuka? Hujjah di lawan dengan hujjah. Carilah hujjah untuk menegakkan kebatilan kerajaan BN untuk di perdengarkan kepada anak muda pemimpin masa depan negara. Untuk semua - Masa terbaik mengasah ketajaman berfikir.
No comments:
Post a Comment