KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih. Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini...(Berita Harian, 20 Februari 2008).
Ulasan: Selagi kita meninggalkan fardhu kifayah beginilah jadinya. Malu, malu sebab kita orang Islam terpaksa bergantung ihsan orang kafir untuk menyediakan makanan kita walaupun kita punya RM juta-juta.
Mereka orang kafir apa kira, asal dapat duit. Kita habiskan duit beli, kita dapat makanan haram...
Rupanya terbukti hukum Allah untuk kesejahteraan hidup kita.
Jom kita jadi usahawan untuk keluar dari dosa ini.
No comments:
Post a Comment