KUALA LUMPUR 31 Jan. – Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon yang berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat pada pilihan raya umum ke-12 ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, beliau juga mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
‘‘Kriteria yang saya tetapkan adalah lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri atau pemimpin-pemimpin lain,’’ katanya...(UM, 1.2.08).
Ulasan: Berdasarkan pengalaman Pak Lah dalam pilihan raya lalu, Pak Lah tidak berbuat apa-apa walaupun boleh melaksanakan untuk menapis orang yang bermasalah dari era Dr Mahathir sebelumnya sebagai wakil rakyat dan juga menteri kabinet. Pilihan yang sama menyebabkan kerajaan Pak Lah tidak berwibawa di mata rakyat. Sama saja kata rakyat. Tidak pelik kerana itulah BN/UMNO yang bermasalah.
Hari ini Pak Lah bercakap bahawa kriteria pemilihannya yang tersendiri dan lebih baik. Lebih baik? Cukuplah menipu rakyat dengan bertopengkan perjuangan bangsa dan agama. Yang tentunya pemimpin-pemimpin BN/UMNO dari pelbagai peringkat jadi kaya melalui jalan yang tidak sah selama 50 tahun negara di bawah kerajaan Perikatan dan BN/UMNO. Juga bangsa dan agama menjadi bangsat di tanah sendiri.
Tiada perjanjian dengan Dr. M – Abdullah
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak wujud perjanjian dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri hanya sepenggal.
‘‘Tiada perjanjian,’’ tegas Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Dr. Mahathir sebagai berkata, terdapat perjanjian lisan antara beliau dan Abdullah pada 2003 yang menghendaki Abdullah menjadi Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak...(UM, 1.2.08).
Ulasan: Rupa-rupanya tersilap juga bacaan Dr Mahathir. Kesilapan Dr Mahathir kerana memecat Anwar Ibrahim yang jauh berwibawa dan memilih penggantinya iaitu Pak Lah yang LEMAH dan TIDAK BERWIBAWA (satu-satunya kehebatannya ialah dia memperkenalkan slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang dalam pilihan raya lalu); dan bakal pengganti iaitu Najib Tun Razak yang mempunyai kehidupan peribadi yang tidak jelas serta perlu di siasat dan di bersihkan di mahkamah, juga siasat segera hubungannya dengan komisyen pembelian jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene dan terbaru skandal Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).
Sama ada wujud perjanjian antara Dr Mahathir dan Pak Lah atau tidak adalah tidak relevan bagi rakyat. Negara ini bukan kepunyaan parti BN atau UMNO untuk di agih-agihkan atau di wariskan kepada siapa yang di sukai.
Rakyat sewajarnya meninggalkan BN/UMNO kerana kewujudannya mendatang masalah kepada negara.
Sudah dekat
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam membayangkan pilihan raya umum sudah semakin hampir apabila berkata, beliau ‘sudah dekat’ untuk membuat pengumuman mengenainya. Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya pemberita sama ada beliau sudah mendapat ilham untuk mengadakan pilihan raya umum ke-12. “(Saya) dah dekat nak umumkannya ni,” kata beliau sambil tersenyum bagi menjawab soalan seorang wartawan asing mengenai perkara itu selepas merasmikan kompleks beli-belah Pavilion di Bukit Bintang, di sini...(hmetro, 1.2.08).
Ulasan: Satu negara jadi kalut kerana PM sedang menunggu ilham pilihan raya. Mari kita tukarkan supaya tarikh pilihan raya ke 13 dan seterusnya di umumkan 6 bulan atau 12 bulan sebelumnya. Baru betul: Biar semua parti sama-sama bersiap untuk pilihan raya.
Calon berkaliber hadapi Pas di DUN Senggarang
BATU PAHAT 31 Jan. - UMNO Johor akan meletakkan calon yang benar-benar berkemampuan dan berkaliber untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang pada pilihan raya umum ke-12.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, calon berkeperibadian baik merupakan antara faktor yang akan diambil kira bagi memastikan usaha merampas kembali kerusi tersebut daripada Pas berjaya...(UM, 1.2.08).
Ulasan: Calon berkeperibadian baik yang ada sudah meninggalkan perjuangan pemimpin UMNO kini kerana sudah telah terlalu jauh meninggalkan perjuangan pemimpin UMNO sebelum merdeka. Kini perjuangan kebanyakan pemimpin UMNO ialah untuk mengaut kekayaan negara dengan cara yang tidak sah dan membuncitkan kroni-kroni. Jika tidak percaya, siasat sendiri dari Perlis sampai ke Sabah dan guna mata dan mata hati.
Penduduk bantah bina bangunan sebelah masjid
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Jemaah Masjid Saidina Omar Al-Khattab dan penduduk di Jalan Batai di sini meminta kerajaan campur tangan terhadap cadangan pembinaan bangunan 24 tingkat yang didakwa dibina di atas tanah wakaf di sebelah masjid itu.
Pengerusi Persatuan Pemilik Rumah Bukit Damansara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, projek yang baru dimulakan itu bakal mengundang pelbagai masalah dan menganggu ketenteraman jemaah masjid dan penduduk di situ.
Beliau yang mewakili ahli jawatankuasa masjid itu mempersoalkan bagaimana projek di atas tanah yang diwakafkan oleh Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn. Bhd. (SPPK) kepada Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) itu boleh diluluskan.
"Mengikut syarat nyata tanah yang diwakafkan, tertera peringatan 'ia hendaklah digunakan bagi tujuan bangunan masjid dan sekolah agama sahaja'.
"Tetapi selepas menyiasat mengenai perkara ini, kami dapati syarat tanah telah ditukar kepada 'ia hendaklah digunakan bagi tujuan bangunan masjid, sekolah agama dan perdagangan sahaja'," katanya kepada pemberita di sini...(UM, 1.2.08).
Ulasan: Perkara ini tidak pelik berlaku sebab keuntungan yang bakal di perolehi. Bila dunia jadi tarikan hilang sensiviti iman. Biasanya ramai yang terlibat walaupun bermula dari seorang.
Tiada kes rogol di kampus USM
GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu mengenai kes rogol yang didakwa berlaku di kampus induk itu.
Ini kerana, berdasarkan siasatan dalaman yang dijalankan mendapati tiada kes sedemikian dilaporkan pelajar dan ia tidak berasas sama sekali...(hmetro, 1.2.08).
Ulasan: Biasanya siasatan dalaman di mana-mana universiti kita menyembunyikan hal sebenar kerana takut wibawa universiti akan terjejas kepada dunia luar. Berikan hak kepada polis untuk menyiasat kerana PDRM adalah di latih khusus untuk menyiasat. Bila bertembung dengan undang-undang negara pihak universiti (semua universiti) patut laporkan segera kepada PDRM untuk siasatan dan tindakan. Jangan hanya indah di mata dunia tapi bermacam-macam ada contohnya rogol, zina, mendekati zina dsbnya. Jadilah universiti yang hebat di dunia tapi TELUS.
No comments:
Post a Comment