Wednesday, February 13, 2008

Kejutan besar -- Lingam draf penghakiman Mokhtar Sidin, setiausahanya urus cuti Eusoff Chin

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Jayanti L. Govindarajulu Naidu, bekas setiausaha Datuk V. K. Lingam, hari ini membuat pendedahan yang mengejutkan mengenai institusi kehakiman di negara ini. Ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-19 prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja di sini, wanita berusia 45 tahun itu mendakwa beliau bersama dua setiausaha lain Lingam dikurung semalaman di pejabat peguam itu untuk menaip penghakiman satu kes saman sivil membabitkan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun pada 1994. Dalam kes itu yang didengar oleh Hakim Datuk Mokhtar Sidin, Vincent Tan diberi ganti rugi RM10 juta. Ketika itu Lingam mengendalikan kes tersebut mewakili ahli perniagaan berkenaan...(http://www.utusan.com.my, 13/2/08).

Ulasan: Semasa BN memerintah, macam-macam boleh berlaku. Siapa yang menyuburkan RASUAH di negara kita sejak merdeka yang kini membelit negara kalau tidak BN/UMNO?

Jayanti dakwa terima RM3,000 daripada BPR
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Bekas setiausaha Datuk V.K. Lingam hari ini mendakwa menerima wang tunai RM3,000 daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada pertengahan 1998. Jayanti L. Govindarajulu Naidu, 45,, yang merupakan saksi ke-19 berkata, beliau menerima wang tunai itu tiga bulan selepas membuat laporan kepada BPR mengenai urusan bekas majikannya dengan hakim-hakim. Menjawab soalan peguamnya, R. S. N.. Rayer, saksi berkata, beliau menerima wang itu daripada pegawai penyiasat kes tersebut iaitu Wong Chee Kong.
Jayanti menyatakan bahawa beliau membuat laporan kepada BPR mengenai urusan Lingam dengan hakim-hakim pada April 1998. "Tiga bulan kemudian, BPR memberitahu saya bahawa kes itu ditutup kerana ia melibatkan ramai pegawai kerajaan berpangkat tinggi...(http://www.utusan.com.my, 13/2/08).

Ulasan: Andai benar bagai dikata setiausaha Lingam mengenai aktiviti dan hubungan Lingam dengan Peguam Negara, kaitan pula BPR merasuah beliau dengan RM3000, memang hakikat yang amat pahit untuk ditelan oleh semua rakyat.
BPR sah anjing tunggangan Lingam dan pimpinan Badan Kehakiman Negara. Ayuh rakyat lihat apa akan jadi negara ini, bila-bila masa sahaja kita boleh dijajah andai Badan Kehakiman sebegini rupa, BPR pula merasuah, harapkan pagar, pagar makan padi. Rosak dan binasa negara ini. Amat memalukan (http://ahlifikir2.blogspot.com/2008/02/kes-lingam-keparahan-negara-malaysia.html). Dan semuanya ini BERLAKU SEMASA BN MEMERINTAH negara kita. Cukuplah BN memperbodohkan rakyat. Amanat untuk rakyat: Tinggalkan BN kerana negara kita boleh cemerlang tanpa BN.

Bukan hubungan ‘tuan politik’
MELAKA 12 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu hubungan antara pemimpin politik dengan pegawai serta kakitangan kerajaan dilihat sebagai suatu perkongsian dan bukannya hubungan ‘tuan politik’ atau penurut perintah.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan negara pada hari ini bukan terletak pada kepemimpinan politik semata-mata tetapi disebabkan sokongan padu pegawai serta kakitangan terbabit.

Ulasan: Kerajaan datang dan pergi setiap 4 atau 5 tahun. Tetapi kakitangan kerajaan tetap yang sama melaksanakan dengan cekap menyebabkan negara kita maju. Masa depan Malaysia tidak bergantung dengan BN kerana tanpa BN bererti tanpa rasuah Malaysia boleh cemerlang. Selamatkan kekayaan dan khazanah negara daripada pemimpin politik BN dari berbagai peringkat yang mengaut dengan cara yang tidak sah dengan mengundi parti selain BN.

No comments: