Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Monday, February 25, 2008
Peti undi tahan lasak
PENGARAH Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan membuat demonstrasi kekuatan peti undi yang lut sinar dan tahan pecah ketika taklimat kepada media di Pejabat SPR negeri, di Kota Bharu (BH, 21-02-2008).
Ulasan: Sudah tentulah Malaysia mengamalkan pilihan raya yang bersih dan adil jauh lebih baik daripada sibuk menyediakan peti baru yang kuat. Lain perkara yang di minta oleh NGO dan parti pembangkang yang berdaftar di negara ini, lain pula fokus SPR. Depan gambar Sultan pun SPR membuat angkara. Tanda cekap : Tidak buat yang tidak perlu. Selagi BN berkuasa, rakyat terus di perbodohkan supaya bergantung kepada BN. Ertinya kerajaan BN/Umno mahukan rakyat tidak mempunyai hati yang merdeka walaupun Malaysia sudah lama merdeka. Ingatlah kerajaan datang dan pergi tetapi yang utama ialah negara dan rakyat. Telah 50 tahun di bawah kerajaan BN, apa yang rakyat dapat selain dari pemimpin BN/Umno yang semakin kaya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment