KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu mengurangkan pemberian subsidi kepada rakyat secara beransur-ansur sebagai persediaan awal bagi membolehkan negara dan rakyat menghadapi cabaran lebih getir pada masa akan datang...(BH, 5/2/08).
Untuk: Bagaimana amalan BN merasuah pengundi? Silih berganti PM kita, amalan BN tetap sama.
Jangan taksub politik – PM
KUALA KRAI 4 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat di negeri ini supaya tidak terlalu taksub dengan permainan politik sehingga sanggup mengetepikan segala peluang ke arah membentuk kesejahteraan hidup...(UM, 5/2/08).
Ulasan: Jangan taksub politik kalau semua ahli politik jujur. Kalau ahli politik terutama BN tidak jujur, rakyat hanya sibuk mengejar 10% kekayaan negara, tetapi bakinya di agihkan kepada keluarga dan kroni mereka.
Membentuk Kelantan baru
KOTA BHARU 4 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembangunan modal insan untuk membentuk generasi muda yang berilmu adalah strategi terbaik untuk membentuk sebuah Kelantan Baru.
Perdana Menteri berkata, rakyat di negeri ini mempunyai potensi besar sekiranya mendapat peluang dan dibangunkan dengan cara yang betul setelah tercicir sekian lama....(UM, 5/2/08).
Ulasan: Generasi muda yang berilmu menolak kerajaan BN tidak berbuat apa-apa yang bermakna untuk menghapuskan rasuah daripada negara ini.
BN mampu menang majoriti dua pertiga – Najib
PUTRAJAYA 4 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-12...(UM, 5/2/08).
Ulasan: BN hanya menang kalau rakyat masih tidak pandai berpolitik. Kenapa berpolitik? Sebab kita hendak pilih kerajaan. Kerajaan yang mana? Kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah kerana rasuah menyebabkan pelaksanaan undang-undang dan peraturan terabai. Kenapa ada rakyat masih tidak pandai berpolitik? Kerana menerima rasuah untuk mengundi BN. Sudah ada BPR? BPR di kocek PM akan bertindak mengikut cakap PM. Tidak mungkin rasuah menjadi SIFAR selagi BN memerintah. Malulah kepada rakyat dan seluruh dunia kerana merasuah pengundi dengan pelbagai cara.
Kerajaan sementara: Lim Kit Siang saman SPR
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia bagi menuntut perisytiharan agar kerajaan sementara (caretaker government) mengambilalih kerajaan dalam tempoh antara tarikh pembubaran Parlimen sehingga penubuhan Kabinet baru selepas pilihan raya.
Kit Siang turut menuntut perisytiharan bahawa dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara itu hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan tanpa apa-apa kuasa berhubung dasar kebangsaan, peruntukan kewangan awam atau penggunaan kemudahan-kemudahan awam semasa kempen pilihan raya umum yang akan datang.
Ulasan: Eloklah kerajaan sementara ini di masukkan ke dalam perlembagaan supaya masing-masing parti adalah sama bersaing mendapatkan undi dari rakyat. Tidak lagi boleh berjanji peruntukan kewangan awam dan penggunaan kemudahan-kemudahan awam sepanjang tempoh kempen seperti amalan BN selama ini.
Bukan perkara baru - Profesor
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Penubuhan kerajaan sementara bukannya perkara baru kerana ia sememangnya diwujudkan setiap kali Parlimen dibubar menjelang pilihan raya umum.
Penolong Profesor di Kuliyyah UndangUndang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shamrahayu A. Aziz berkata, masyarakat mungkin tidak menyedari kewujudan kerajaan sementara itu kerana ia diterajui Perdana Menteri. "Setiap kali Parlimen bubar, satu kerajaan sementara akan ditubuhkan manakala ketuanya dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. "Kebiasaannya, individu yang memegang jawatan Perdana Menteri sebelum Parlimen dibubarkan akan menjadi pilihan kerana pengalamannya mentadbir negara," katanya yang dihubungi, di sini hari ini.
Ulasan: Tinggalkan apa yang telah di amalkan oleh BN selama ini kerana ia menggugat keadilan pilihan raya. Kearah pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.
Rakyat Kelantan nikmati kemajuan jika BN tadbir
KUALA KRAI: Pembangunan dan kemajuan Kelantan untuk kesejahteraan hidup rakyatnya akan lebih rancak jika Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, kerajaan Pusat lebih mudah melaksanakan pelbagai usaha untuk faedah dan kebajikan rakyat Kelantan, jika pentadbiran Pusat dan negeri daripada parti sama.
"Pembangunan yang dirancang di Kelantan seperti terkandung dalam pelan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) memerlukan kesepakatan di kalangan pemimpin negeri dan Pusat," katanya pada majlis perjumpaan bersama penduduk Kelantan Selatan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, semalam...(BH, 5/2/08).
Ulasan: Malulah sikit kerana menggunakan kemudahan sekolah untuk berkempen. Kerajaan BN sepatutnya menunjukkan akhlak contoh sekiranya ingin menawan Kelantan.
No comments:
Post a Comment