PUTRAJAYA 6 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertekad untuk terus melipatgandakan usaha membawa Malaysia melangkah jauh ke depan serta disegani dunia dalam segenap perkara...(UM, 06/02/2008).
Ulasan: Secara indirect Pak Lah minta simpati supaya rakyat memilih BN menjadi kerajaan. Cukuplah 4 tahun sebagai PM dengan janji kosong. Malaysia boleh cemerlang tanpa BN.
Pusat majukan Kelantan, bukan kerajaan negeri
MELAKA 5 Feb. – Rakyat Kelantan perlu sedar bahawa pembangunan yang dikecapi di negeri itu selama ini adalah hasil usaha Kerajaan Pusat dan bukannya kerajaan negeri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Kerajaan Pusat yang diperintah Barisan Nasional (BN) perlu memajukan Kelantan walaupun ia di bawah pembangkang kerana tidak mahu melihat rakyat negeri itu menderita....(UM, 06/02/2008).
Ulasan: Kerajaan BN menggunakan duitnya sendiri untuk majukan Kelantan? No way. Semuanya duit rakyat yang di amanahkan kepada sesiapa yang saja yang memerintah negara apabila menang dalam pilihan raya umum. Jangan jadi seperti negeri yang kaya yang di perintah oleh BN tetapi masih berhutang dari kerajaan pusat yang juga BN kerana seronok berbelanja besar, tetapi tak bayar hutang.
Bida ganti Nuri tutup 12 Feb.
KUALA LUMPUR 5 Feb. – Bidaan bagi tender terbuka antarabangsa untuk membekalkan helikopter yang bakal menggantikan pesawat Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditutup pada 12 Februari ini. Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, selepas daripada tarikh tersebut pihaknya akan membuat keputusan secepat mungkin bagi memilih syarikat yang akan memperoleh tender itu....(UM, 06/02/2008).
Ulasan: Apakah akan ada tangan yang mengaut komisyen pembelian helikopter ini? Macam apa yang terjadi dalam kes pembelian jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene. Bila nak siasat dan ambil tindakan membersihkan nama? Rakyat nampak kadang-kadang orang politik BN seolah-olah tidak bermaruah kerana yang di cari ialah duit.
Sabah & Sarawak: Kaedah capai miskin sifar
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menggabungkan strategi pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar yang disusun Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan perancangan mengikut rangka tindakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata ia penting bagi memastikan matlamat kerajaan mengurangkan kemiskinan kepada 2.8 peratus dan kemiskinan tegar sifar pada 2010 direalisasikan...(BH, 6/2/08).
Ulasan: Sabah dan Sarawak (termasuk Terengganu) merupakan negeri yang menghasilkan minyak dan mendapat royalti minyak tapi merupakan negeri yang penduduknya miskin. Pemimpin politik BN pula menjadi kaya raya dengan mengaut kekayaan negeri melalui kroni-kroni mereka. Sila namakan pemimpin politik BN yang tidak kaya? Di seluruh dunia, rakyat menjadi miskin kerana melantik pemimpin politik yang curang. Harapkan pagar, pagar makan padi.
No comments:
Post a Comment