Thursday, July 21, 2011

15% rakyat amal senaman betul

KUCHING 20 Julai - Hanya 15 peratus rakyat negara ini mengamalkan aktiviti fizikal atau senaman secara betul manakala selebihnya menjalani gaya hidup tidak sihat yang menjadi faktor meningkatnya pelbagai penyakit seperti darah tinggi, jantung, kencing manis dan barah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, faktor pengambilan makanan yang tidak seimbang turut menyumbang kepada peningkatan penyakit berkenaan serta obesiti di kalangan orang dewasa serta kanak-kanak terutama di kawasan bandar.

Katanya, Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan (NHMS) pada 1996 hingga 2006 mendapati kadar obesiti telah meningkat daripada 20.6 peratus kepada 43.1 peratus di kalangan orang dewasa manakala 35 peratus membabitkan kanak-kanak.

"Ini merupakan masalah yang bukan hanya dihadapi oleh Malaysia bahkan di peringkat global...

Ulasan: Jagalah kesihatan kita. Makanlah yang menyihatkan bukan hanya SEDAP. Garbage in, garbage out.

No comments: