Rujuk kesahihan berita media baru - Rais
TANJONG MALIM 20 Julai - Rakyat perlu menggunakan kebijaksanaan mereka dalam menilai kebenaran sesuatu berita yang disebarkan oleh pelbagai media baru yang muncul sejak kebelakangan ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu penting bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa golongan pemecah belah yang sentiasa mencari jalan untuk merosakkan keharmonian negara.
''Rakyat perlu merujuk kepada pihak yang berhak untuk memastikan kesahihan berita yang disebarkan khususnya melalui media baru dan laman sosial seperti blog, Twitter dan Facebook," katanya pada Forum Jati Diri 1 Malaysia dan Perhimpunan Penghulu dan Pemimpin Adat Melayu di Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini…
Ulasan: Tak kira media lama atau baru, sikap kita sebagai orang beriman adalah seperti yang dipesan oleh Allah Azza wa Jalla dalam firmanNya bermaksud:
Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasiq dengan suatu khabar berita, maka semak dan siasat kesahihanya terlebih dahulu… (al-Hujurat: 6).
No comments:
Post a Comment