Thursday, July 14, 2011

Perhimpunan haram, 95 peratus ditahan orang Melayu

KUALA LUMPUR 12 Julai - Majoriti penyokong yang ditahan semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara Sabtu lalu, berketurunan Melayu iaitu 95 peratus atau 1,434 daripada 1,508 tahanan.

Berdasarkan statistik itu, ini bermakna hanya 4.9 peratus atau 74 orang bukan berketurunan Melayu iaitu 21 orang berketurunan Cina, India (29 orang) dan lain-lain (24 orang).

Sumber berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 1,355 lelaki dan 153 wanita termasuk kanak-kanak.

"Hasil pemantauan pihak berkuasa, peserta perhimpunan haram berketurunan Melayu bukan sahaja mendahului tangkapan tetapi paling ramai hadir dalam perhimpunan haram berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu, selepas selesai keterangan diambil daripada individu yang ditahan, seramai 1,403 telah dibebaskan tanpa syarat...

Ulasan: Menunjukkan rakyat kita sudah semakin cerdik dan tidak menerima penipuan dalam pilihan raya negara kita dengan pelbagai cara.


No comments: