KUALA LUMPUR 21 Julai - Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock merumuskan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam.
Mengikut rumusan suruhanjaya itu dalam laporan setebal 124 muka surat yang didedahkan kepada media hari ini, tindakan itu didorong oleh soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan yang dikenakan ke atasnya oleh pegawai-pegawai SPRM pada malam 15 Julai 2009 dan awal pagi keesokan harinya…
Ulasan: Kehebatan pegawai SPRM mendorong mangsa untuk membunuh diri? Bertanggungjawablah nanti di hadapan Allah.
No comments:
Post a Comment