Monday, July 18, 2011

Ketua Muslimat PAS Sebak - Ingat Pesanan Terakhir Dr. Lo' lo'.

KUALA LUMPUR 18 Julai - "Teruskan perjuangan dan laksanakan yang terbaik untuk masa depan Islam dan rakyat." Itu antara pesanan Allahyarhamah YB. Dr. Lo'lo' Haji Ghazali terhadap Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah Yusof dan barisan kepimpinan yang baru.

Beliau yang tidak dapat mengawal perasaan menceritakan pesanan terakhir sahabat karibnya itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Sabar dan tabah menghadapi perjuangan. Jangan lemah dalam apa-apa jua cabaran mendatang", katanya dengan nada sebak.

Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat sebentar tadi.

No comments: