Pertahan demokrasi
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan mempertahankan sistem demokrasi dan tidak akan sesekali menubuhkan kerajaan dengan cara menipu rakyat, sebaliknya membina negara atas sokongan dan dokongan rakyat secara sepenuhnya.
Perdana Menteri berkata, UMNO adalah parti yang berdiri atas sokongan rakyat yang lahir dari hati nurani murni dan mahu kekal berkuasa dengan menawan hati serta minda rakyat menerusi gerak kerja ke peringkat akar umbi.Untuk itu, Najib berkata, kerajaan akan terus mempertahan prinsip demokrasi dan melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan demokrasi negara berjalan lebih sihat dan telus….
Ulasan: Pertahankan demokrasi yang terluka? Berkat usaha murni Bersih 2.0 pun nampaknya PM ghairah melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan demokrasi negara berjalan lebih sihat dan telus. Rakyat melihat aksi BN dalam pilihan raya umum yang terdekat. Atau mungkir lagi?
No comments:
Post a Comment