Monday, July 18, 2011

Jika Himpunan Bersih 2.0 Haram, Mengapa Umno Ikut Berhimpun Sama?

Oleh: Tok Janggut

Sebelum ini kita dihidangkan dengan momokan dan fitnah pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa perhimpunan yang diadakan oleh Bersih 2 adalah haram dari segi undang-undang manakala bagi pihak Bersih 2 pula mempertahankan ianya sah dari segi undang-undang dengan hujah mereka bahawa ia tidak haram kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan perhimpunan aman di buat oleh mana-mana pihak sekali pun asalkan tidak memudharat atau boleh mengganggu ketenteraman pihak lain.

Yang peliknya, jika betul haram, mengapa UMNO juga turut berhimpun dengan menghantar puak pemudanya ikut sama dengan menggunakan jenama "Patriot". Patriot bukan lah NGO kerana ia tidak didaftarkan dibawah ROS dan ia adalah wakil dari UMNO. Jika didaftarkan, barulah ia boleh dianggap satu badan atau pertubuhan yang berasingan dengan UMNO walaupun keseluruhan ahli Patriot yang berhimpun anggaran dalam 500 orang sahaja "termasuk puak Bangla yang mungkin dibayar" dan mungkin juga termasuk puak SB yang menyamar memakai baju "Patriot" 9 Julai lalu bersama Pemuda UMNO. Jika mengikut undang-undang tubuh, mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mengadakan perhimpunan yang mereka anggap haram dari segi undang-undang, maka mereka telah dianggap melanggar peraturan akta pertubuhan dan boleh dibatalkan pendaftaran mereka. Maka disini, apakah pihak ROS tidak boleh membatalkan Pendaftaran UMNO kerana telah mengadakan perhimpunan yang mereka sendiri kata haram itu? Patriot adalah wakil dari UMNO dan ianya disahkan oleh Presidenya sendiri bahawa beliau telah mengizinkan Pemuda UMNO untuk sama berhimpun pada 9hb. Julai lalu atas nama Patriot. Bermakna, UMNO juga merestui perhimpunan yang mereka kata "haram": itu.

Berbeza dengan parti pembangkan seperti PAS, DAP dan Parti Keadilan kerana mereka tidak pernah mengatakan bahawa perhimpunan itu haram, bahkan ianya sah disisi undang-undang negara tetapi haram sisi undang-undang UMNO tetapi UMNO pun juga turut serta? Walaubagaimana pun penulis berharap pihak yang arif dan pakar dalam undang-undang ROS perlu mengkaji jika apa yang penulis ajukan ini benar. Jika benar, sila ambil tindakan sesuatu dan jika salah, anggaplah ini sebagai satu andaian penulis sahaja. Penulis sendiri pun tidak berapa arif dalam hal undang-undang ROS ini.

Tetapi jika andaian penulis ini benar, tindakan mahkamah perlu dibuat supaya ROS membatalkan pendaftaran UMNO, dan sebaik-baiknya lakukan sehari selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana dengan itu pihak pembangkang boleh meminta perintah mahkamah supaya tidak membenarkan UMNO menyertai PRU13 kerana mempunyai kes berat di mahkamah yang mungkin membolehkan UMNO diharamkan.
Namun begitu, mungkin ini juga salah satu sebab yang Perkasa dan Persatuan Silat Lincah tarik diri dari turut sama berhimpun. Mereka bimbang jika Persatuan atau Pertubuhan mereka boleh dibatalkan oleh ROS kerana menyertai perhimpunan yang mereka sendiri kata haram. Bijak juga Presiden Perkasa kerna berjaya mengumpan dan memperbodohkan puak UMNO supaya menyertai perhimpunan Bersih 2 itu sedangkan beliau sendiri hilang entah kemana. Jika alasan tidak mahu derhka kepada Agung yang diberikan, itu hanya alasan bodoh dan penakut. 

Bukankah Agung sendiri mengizinkan perhimpunan itu tetapi menasihatkan untuk guna stadium sahaja bagi mengelakan kesesakan bandaraya, tetapi oleh kerana memang sudah menjadi dasar UMNO akan melawan atau menentang apa saja arahan atau perintah dari sesiapapun walaupun ianya datang dari Sultan sendiri hatta dari Allah dan Rasul pun sekiranya ianya tidak menepati kehendak mereka, maka Bersih 2 dihalang menggunakan Satidum Merdeka. Jika alasan tidak mahu derhaka, apakah Presiden Perkasa ini sudah lupa bahawa beliau sudah menderhaka kepada semua pengundi yang telah mengundi beliau dalam PRU12 dulu? Tapi walau apapun sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putra Jaya dalam PRU, yang pastinya UMNO, Perkasa dan Persatuan Silat Lincah adalah antara Persatuan atau Pertubuhan yang akan diharamkan kerana fungsi mereka sekarang nampaknya ke arah ala gengster atau samseng nampaknya, ini akan membahayakan rakyat dan negara.

Dalam akhbar harian milik UMNO bertarikh 13hb. Julai 2011, seorang pengampu UMNO telah menuduh PAS berkawan dengan musuh Islam. Inilah orang yang nak cari makan dengan membuat kenyataan bodoh. Yang berpuluh tahun UMNO berkawan dengan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain itu mengapa beliau tak kata musuh Islam juga? Bukankah selama ini MCA dan Gerakan begitu lancang menghina dan mempersendakan hukum Islam? Yang UMNO bersahabat karib dengan Yahudi/APCO itu bukan musuh Islam ke? 

Betul-betul tolol dan buta hati. UMNO itu sendiri adalah musuh Islam yang nyata. Jangan anggap, asalkan orang Melayu semuanya Islam. Tidak ada satu "Nas" pun dalam Quran atau hadis Nabi yang mengatakan bahawa orang Melayu itu semuanya Islam. Kenyataan Fuad Zarkashi supaya orang UMNO lihat DSAI macam hantu juga kenyataan budak Tadika. Apakah beliau tidak tahu yang selama ini rakyat terutamanya umat Islam yang tidak menyokong UMNO melihat UMNO dan sekutunya itu umpama macam Iblis dan Zionis?

Sekarang mereka mainkan isu Ambiga yang bukan Islam dan penyokong murtad dan penyokong kuat FIC. Apakah mereka ini lupa yang Pejabat Agama Islam tertentu setakat ini sudah meluluskan permohonan seramai 135 orang Islam untuk murtad? Ini didedahkan sendiri oleh Menteri Agama dalam Parlimen beberapa bulan lalu. 

Pejabat Agama sepatutnya menjaga hak orang Islam, aqidah umat Islam tetapi meluluskan secara bertulis pemohonan orang Islam yang hendak murtad. Itu tidak termasuk ratusan ribu yang murtad tanpa merujuk ke pejabat agama seperti yang didedahkan oleh Mufti Perak beberapa tahun lalu. Mana lebih hina, Ambiga atau pejabat agama. Kemana perginya Ketua Agama? IFC di tubuhkan pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dan ianya disokong oleh Mahathir dan anaknya Marina termasuk beberapa orang Menteri UMNO. Jadi mengapa Ambiga menjadi sasaran? Dia orang bukan Islam. Yang peliknya orang yang mengaku beragama Islam sendiri yang menyokong IFC, jadi mengapa tidak suluh diri sendiri dulu? Semua ini sebenarnya UMNOlah yang bertanggunjawab.

Berbalik kepada isu ROS tadi, eloklah dikaji dan difikirkan tindakan tegas sekiranya perlu. Jika memang UMNO salah, ambil tindakan undang-undang supaya dibatalkan pendaftaranya atau pemimpin UMNO harus menarik semula perkataan "haram" itu dan membuat kenyataan akhbar dan TV bahawa himpunan Bersih 2.0 itu tidak haram dan dibenarkan oleh undang-undang. Itu saja pilihan buat UMNO. 

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=7446

No comments: