SIPITANG 30 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal hanya kerana ingin memuaskan hati Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak sebuah pilihan raya bersih diadakan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak tertakluk dan akan tunduk kepada kumpulan itu kerana segala tuntutan mereka sebenarnya telah pun dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)…
Ulasan: 1. Sejak bila pula Bersih 2.0 minta pilihanraya cepat? Cepat atau lambat tak ada hal punya ASALKAN pilihanraya kita nanti akan sentiasa BERSIH & ADIL.
2. Apa yang susah sangat? Ambillah mana yang membina dari cadangan rakyat yang prihatin dengan perjalanan pilihanraya negara kita selama ini. Semata-mata untuk kebaikan zuriat kita akan datang.
No comments:
Post a Comment