Friday, July 08, 2011

Jet pejuang Singapura hanya berlatih?

Jet pejuang Singapura hanya berlatih

KUALA LUMPUR: Siasatan awal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung insiden pelanggaran ruang udara Malaysia oleh pesawat Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) mendapati ia hanya berlaku di Pulau Batu Putih, kata Panglimanya, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. 

“Apa yang berlaku bersangkut paut dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dulu. 

“Pada peringkat kita, jawatankuasa teknikal masih berbincang dan belum ada keputusan akhir kecuali terus membantah insiden itu," katanya ketika ditemui bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean di sini, semalam. 
 
Rodzali berkata, insiden tersebut itu bagaimanapun tidak mengganggu keselamatan negara dan negara jiran hanya menjalankan sesi latihan

Ulasan: Sila bertanya penduduk Kampong Tanjung Adang, Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor  dan sekitar yang JELAK dengan kebisingan pesawat RSAF macam peperangan tiap-tiap hari. Bila pula negara kita setuju jadi tempat latihan?

No comments: