KUALA LUMPUR 28 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO tidak menemui sebarang bukti kukuh berlaku sogokan wang dan salah laku dalam pemilihan perwakilan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu, 9 September lalu. Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, lembaga itu tidak akan mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli parti berhubung dakwaan tersebut…(UM, 29/6/07).
Ulasan: Susah rakyat hendak terima kecuali kita berikan kerja menyiasat kepada pakar iaitu PDRM dan BPR dan jangan ganggu mereka. Kerajaan belanja banyak untuk menjadi pakar penyiasatan tiba-tiba perkhidmatan mereka tidak di perlukan mungkin kerana mereka terlalu pakar dan di takuti. Itulah UMNO yang berlakon di depan rakyat.
Konsert Pancaindera di Bera tawan 20,000 pengunjung
TIDAK pernah mengecewakan! Begitulah gambaran yang paling sesuai diberikan kepada kejayaan konsert bergerak Pancaindera Mingguan Malaysia.
Selepas Port Dickson, Negeri Sembilan dan Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, tiba pula giliran Laman Kerayong di Bera, Pahang diserbu lebih 20,000 pengunjung malam Sabtu lalu. Malah, menambahkan kemeriahan malam yang penuh bersejarah itu dengan kehadiran masyarakat orang Asli yang tinggal di sekitar daerah Bera….…(UM, 29/6/07).
Ulasan: Akhbar yang benar-benar bertanggung jawab terhadap rakyat tidak perlu membawa hiburan yang melalaikan kepada rakyat di ceruk negara kerana sudah cukup di asak oleh pelbagai media. Sebenarnya tak perlu bawa sampah pembangunan kepada rakyat.
Abdullah gesa rakyat bendung gejala sosial
KUALA LUMPUR 28 Jun – Masyarakat perlu memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membendung masalah sosial yang semakin meningkat akhir-akhir ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan kerajaan sahaja tidak mencukupi dalam menyelesaikan masalah seperti alkoholisme, gengster dan bunuh diri yang kian meningkat dan membimbangkan…(UM, 29/6/07).
Ulasan: Tanya apakah kerajaan saya telah buat untuk membendung gejala sosial dalam negara. Ada kuasa kenapa tidak laksanakan segera. Rakyat telah menunggu 50 tahun....
Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Friday, June 29, 2007
Wednesday, June 27, 2007
Gengster Singapura, orang berpengaruh terlibat jenayah di Johor
JOHOR BAHRU 26 Jun – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan kumpulan gengster dari Singapura terbabit dalam kegiatan jenayah terancang di Johor. Menurutnya, kumpulan gengster dari negara jiran itu merupakan salah satu daripada tujuh kumpulan gengster yang dikenal pasti bermaharajalela di Johor…(UM, 27/6/07).
Ulasan: Bila polis mengagungkan gengster, rakyat semakin serba salah. Kalau sudah takut dengan gengster, berhentilah menjadi polis. Biar rakyat menjaga keselamatan diri masing-masing. Mari kita lihat siapa yang menang: polis, gengster atau rakyat?
1,274 anggota polis kawal Selatan Johor
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mengumumkan penambahan anggota di Selatan Johor kepada 1,274 orang bagi mencapai nisbah satu anggota bagi 650 penduduk berbanding 1:1,500 sekarang…(UM, 27/6/07).
Ulasan: Gaji polis sudah naik. Keselamatan rakyat bagaimana?
Mariam dakwa kedutaan tak layan permohonan
JOHOR BAHRU: Wanita Melayu yang dibawa dari Malaysia ke Korea Selatan lebih 60 tahun lalu, dilayan seperti ‘bola’ dan tidak diendahkan apabila cuba mendapatkan kerakyatan negara ini di Kedutaan Malaysia di Seoul…(BH, 27/6/07).
Ulasan: Kedutaan Malaysia sewajarnya sayang kepada warganegara kita. Jangan buat tak kisah kerana kamu makin gaji duit rakyat Malaysia. Kalau Israel menyayangi semua orang Yahudi dan menjadi tabiatnya membawa balik ke Israel. Kita?
Eric Chia dibebas
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja Steel), Tan Sri Eric Chia Eng Hock, semalam dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah RM76.4 juta pada 1994. Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir memerintahkan Chia, 74, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. Beliau berkata, kegagalan pihak pendakwa memanggil dua saksi penting, termasuk seorang warga Jepun, selain pertuduhan yang bercanggah dan mengelirukan, mencacatkan kes mereka…(BH, 27/6/07).
Ulasan: Terima kasih pihak pendakwa kerana melepaskan Eric Chia. Rupa-rupanya tidak susah membebaskan dari tuduhan dengan pihak pendakwaan buat lebih kurang, menyebabkan hakim mendapati kes itu lemah dan buang kes. Ada kes-kes yang lain yang sama?
Carilah rezeki yang halal lebih baik dan di redhai Allah.

Friday, June 22, 2007
Bangladesh jails corrupt politician
An anti-corruption court in Bangladesh has sentenced a former minister to 13 years in jail for amassing wealth through illegal means, the first conviction of a government leader since a crackdown began this year.
More than 170 political figures including Tareque Rahman, Khaleda's elder son and political heir, have been detained in the anti-corruption hunt aimed at cleaning up politics before elections expected late next year.
http://english.aljazeera.net/NR/exeres/785F34D7-0FEA-4C08-9BC3-2EB2775B44D1.htm
Ulasan: Satu hari nanti negara kita akan benar-benar bebas selepas merdeka. Bila akhbar akan melaporkan Malaysia memenjarakan ahli politik yang rasuah…
28 web pelaburan Internet ditutup
KUALA LUMPUR 21 Jun – Sehingga kini 28 laman web pelaburan cepat kaya tempatan yang dikesan menjalankan aktiviti pasaran modal dan sekuriti tanpa kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak lagi boleh diakses di Internet…(UM, 22/6/07).
Ulasan: Kenapa lambat sangat di tutup? Kalau pihak kerajaan menutup laman lucah lagi bagus dan di alu-alukan. Tapi apakah itu boleh terjadi kerana negara masih di kekuasaan BN/UMNO?
Harga ayam naik 65 sen sekilo
KUALA LUMPUR 21 Jun – Harga runcit ayam daging tanpa kaki, kepala dan mempedal (super) di seluruh negara dinaikkan 65 sen sekilogram mulai esok.
Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mengumumkan, harga ayam super kini dijual RM6.70 sekilogram berbanding RM6.05 sebelum ini…(UM, 22/6/07).
Ulasan: Terima kasih kerana menyokong BN. Bila harga naik, semua orang kena. Cara terbaik untuk pastikan BN menolong rakyat bila jadi kerajaan Malaysia: Jangan undi BN kali ini. Bila kalah, BN akan semak semula kesalahan-kesalahannya sewaktu menang selama ini.
Jadilah kerajaan Malaysia yang jujur, untuk menangi hati rakyat bukan dengan merasuah pengundi.
Bekas Presiden Iran nafi bersalam dengan wanita
TEHERAN 21 Jun – Bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami hari ini menyangkal keras tuduhan beliau melanggar undang-undang Islam dengan berjabat tangan dengan wanita semasa lawatannya ke Itali bulan lalu.…(UM, 22/6/07).
Ulasan: Kenapa pula pemimpin kami sibuk hendak bersalam dengan wanita?
Tambang haji musim ini kekal
KUALA LUMPUR: Tambang untuk mengerjakan haji pada musim ini kekal pada kadar tahun lalu walaupun pelbagai kos, khususnya pengangkutan dan penginapan di Tanah Suci kini semakin meningkat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata kadar tambang itu dapat dikekalkan kerana Tabung Haji bersetuju menambah subsidi yang diberikannya kepada bakal haji daripada RM37 juta musim lalu, kepada RM50 juta tahun ini.
“Kita memutuskan supaya Tabung Haji mengekalkan kadar tambangnya bagi membantu meringankan beban ditanggung kira-kira 26,000 bakal jemaah yang dijadual berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat itu musim ini.
Ulasan: Atau merasuah rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum? BN berharap untuk menang lagi untuk memimpin negara dengan merasuah rakyat untuk mengundi BN/UMNO. Kalaulah orang Melayu sedar siapa sebenarnya pagar makan padi?
Tabung Haji sebagai syarikat yang menguruskan bakal jemaah haji yang terbesar sudah tentu dapat untung banyak, makan setahun pun tak habis. Tak pandai nak buat untung tanpa menaikkan harga tambang adalah mentaliti syarikat jual pasar malam. Kos syarikat perlu di kecilkan, baru untung tanpa perlu mengganggu pelanggan.
Tiga sekolah sukan RM240 juta dibina
KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran akan membina tiga lagi sekolah sukan membabitkan kos RM240 juta, dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh sukan negara.
Tiga sekolah sukan itu dirancangkan di Perlis, Pahang dan Sabah, sebagai tambahan kepada Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Johor dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Selangor.
Ulasan: Anak-anak kita akan bersukan dan jadi ahli sukan sepanjang hidup mereka? Tak kemana, pergi bersukan di luar negeri pula sibuk melancong, duit rakyat habis, balik orang lain bawa medal.
Bersukan itu berpadan-padan untuk sihat tubuh badan tapi bukan sibuk menjadi sukan negara cuma.

Thursday, June 21, 2007
Enam kereta kebal PT91 tiba Ogos
KUALA LUMPUR 20 Jun – Sebanyak enam buah kereta kebal utama (MBT) PT91 buatan Poland yang dibeli oleh kerajaan pada tahun 2002 dijadualkan tiba Ogos ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, keenam-enam MBT itu merupakan kumpulan pertama daripada 48 buah yang dibeli oleh kerajaan lima tahun lalu…(UM, 21/6/07).
Ulasan: Kalau pembelian kapal selam ada komisyen yang menggemparkan dunia, apa cerita kereta kebal PT91? Orang yang cintakan dunia biasanya tidak kasihkan tanah air sendiri.
Malaysia hanya miliki 10 peratus tenaga mahir
JASIN 20 Jun – Percayakah anda bahawa Malaysia yang sudah merdeka selama 50 tahun dan berpenduduk 26 juta orang sebenarnya hanya memiliki 10 peratus sahaja tenaga mahir tempatan? Itulah hakikatnya yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Romli Hassan dan menurutnya, jumlah tenaga mahir paling kritikal adalah dalam bidang industri, pembinaan dan pembuatan. Menurut beliau, jumlah itu jauh berkurangan jika dibandingkan dengan sasaran kerajaan yang mahu memiliki sekurang- kurangnya 54 peratus tenaga kerja mahir tempatan menjelang 2020…(UM, 21/6/07).
Ulasan: Negara ini untuk maju dengan lebih cepat terlalu bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan mereka datang dengan tangan kosong dan akan balik dengan pengalaman bekerja sebagai pekerja mahir. Tinggallah Malaysia dengan masalah sosialnya dan tenaga kerja yang tak mahir.
AS pecah belahkan Palestin dan lakukan apa sahaja halang penyatuan Fatah, Hamas
DUBLIN 20 Jun – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter semalam berkata, Washington melakukan kesilapan dasar apabila menyokong kumpulan Fatah di Tebing Barat dan mengenakan sekatan bantuan ke atas Gaza. Katanya, tindakan Washington itu lebih kepada usaha memecahbelahkan penduduk Palestin dan bukannya membawa kedamaian di rantau Asia Barat. Carter yang dalam lawatan di sini berkata, AS dan Israel telah berusaha “melakukan segala-galanya untuk menghalang Fatah dan Hamas bersatu.” “Akhir-akhir ini AS telah memberi bantuan ketenteraan kepada Fatah untuk menumpaskan Hamas di Gaza. “Fatah tidak boleh berjaya kerana para pejuang Hamas mempunyai komitmen tinggi selain disiplin yang kuat,” tegas Carter. …(UM, 21/6/07).
Ulasan: Penyatuan Fatah dan Hamas adalah perkara yang sukar di terima oleh Amerika dan Israel. Bila kita berkelahi sesama sendiri dengan bantuan musuh, siapa yang rugi? Fatah sewajarnya melihat ke dalam dirinya sejauh manakah idealisma perjuangan di pertahankan atau perjuangannya sudah habis tarikh luput.
Operasi AS, Pakistan gagal sekat pengaruh Al-Qaeda
SYDNEY 20 Jun – Rangkaian Al-Qaeda dipercayai berjaya mengukuhkan kedudukan di pedalaman sempadan antara Pakistan dan Afghanistan walaupun Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan giat melancarkan operasi di kawasan itu.
Ketua Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia, Paul O’Sullivan berkata, beliau juga percaya rangkaian itu semakin memperluaskan pengaruhnya pada peringkat global.
Katanya, peningkatan serangan pengganas dan kemunculan komplot sejak serangan 11 September 2001 membuktikan kumpulan itu mampu menjalankan kegiatan mereka…(UM, 21/6/07).
Ulasan: Mereka merancang dan Allah pun merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
Konsep Islam Hadhari elak salah faham dunia
MALAYSIA semalam menawarkan pengalamannya memberi kefahaman mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam menerusi konsep Islam Hadhari, untuk dikongsi dan dipelajari bersama oleh negara lain dalam usaha mengelakkan salah tanggapan terhadap agama itu…(BH, 21/6/07).
Ulasan: Kenapa mesti guna istilah baru iaitu Islami Hadhari pada hal Allah redha dengan Islam sebagai agama kita.
252 nahas kerana tayar celup
SEBANYAK 252 kes kemalangan jalan raya akibat penggunaan tayar lusuh atau botak serta tayar celup berlaku antara tahun 2000 hingga 2004, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Uggah Embas. Beliau berkata, perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan masalah tayar lusuh atau botak menjadi penyumbang tertinggi kemalangan berkenaan…(BH, 21/6/07).
Ulasan: Mengapa kerajaan beri izin perniagaan tayar celup? Kalau dah tahu kereta pakai tayar lusuh atau botak serta tayar celup, pandulah cermat dan jangan laju.

Wednesday, June 20, 2007
AS tarik balik sekatan Palestin
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden George W Bush menarik balik sekatan ekonomi dan diplomatik dikenakan sejak 15 bulan lalu ke atas kerajaan Palestin selepas Presiden Mahmoud Abbas menubuhkan Kabinet darurat tanpa pembabitan Hamas.
Langkah menyambung semula bantuan langsung kepada kerajaan Palestin yang dilanda krisis kewangan meruncing menyusul tindakan Mahmoud membubarkan kerajaan perpaduan diketuai Hamas....(BH, 20/6/07).
Ulasan: Israel dan Amerika cukup bergembira bila Hamas di kalahkan oleh Presiden Mahmoud Abbas. Sebenarnya Presiden Mahmoud Abbas bukanlah presiden yang bebas kerana beliau adalah dari kumpulan Fatah yang pernah memerintah Palestin sebelum ini.
Rupa-rupanya ada kumpulan yang sanggup amalkan prinsip Machiavelli, sanggup bersekongkol dengan pihak musuh umat Islam untuk mengalahkan Hamas, kerajaan yang di pilih rakyat melalui pilihan raya bebas, di atas nama Palestin. Sepatutnya bukan kumpulan mana menang tapi yang penting ialah Palestin bebas dari penjajahan.
Najib nasihat wakil rakyat jaga perlakuan
KUALA LUMPUR 18 Jun – Jaga tutur kata dan perlakuan. Itulah nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota Parlimen dan Senator daripada Barisan Nasional agar mereka berhati-hati ketika berbahas semasa persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara...(UM, 19/6/07).
Ulasan: Jaga tuturkata dan perlakuan di mana sahaja. Ini penting terutama sebagai pemimpin rakyat.
Syarat baru jual kereta terpakai
PUTRAJAYA 19 Jun – Semua kereta persendirian yang bertukar tangan akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) berkuat kuasa 1 Julai ini....(UM, 20/6/07).
Ulasan: Seronoklah Puspakom buat duit bila kita nak beli kereta terpakai. Kami harap supaya jangan kami rakyat dhaif pun kena rasuah seperti pemeriksaan kenderaan komersial. Tolonglah semak rasuah di Puspakom. Rasuah adalah kanser masyarakat kita.
Pelancongan: Bumiputera hanya ‘menang sorak’
KUALA LUMPUR 19 Jun – Pengusaha pelancongan bumiputra hanya menikmati kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan pendapatan berjumlah RM36 bilion yang diraih dalam sektor pelancongan pada tahun lepas...(UM, 20/6/07).
Ulasan: Orang Melayu selama ini di ajar oleh UMNO supaya menang sorak. Itulah style perniagaan orang UMNO. Yang penting, nama kita gah ke mana-mana walau pun orang lain yang dapat untung. Orang lain asal berniaga walau pun nama tidak di kenali dan yang penting jual dan jual.
Sejak jadi pengantin baru saya selalu diusik – PM
MOSCOW 19 Jun – ‘‘Sejak menjadi pengantin baru, saya selalu diusik,” itulah antara kata-kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika majlis meraikan beliau anjuran Kedutaan Malaysia di sini malam tadi...(UM, 20/6/07).
Ulasan: Lebih baik di usik bila sudah kahwin, daripada tak di usik walau pun tak kahwin.
Dewan Rakyat: Firma ali baba disekat
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyenarai hitam syarikat Bumiputera jika melanggar syarat pemilikan ekuiti dengan menggunakan nama Bumiputera sebagai ahli lembaga pengarah, sedangkan ia sebenarnya dimiliki bukan Bumiputera.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Raman Suliman, berkata tindakan tegas itu boleh diambil jika mempunyai bukti kukuh. "Jika ada pihak tampil memberikan maklumat, kerajaan akan menyenaraihitamkan syarikat berkenaan. Syarikat itu akan dihalang untuk mengambil bahagian dalam tender dan halangan lain," katanya ...(BH, 20/6/07).
Ulasan: Maklumat macam itu susah nak di dapati jadi bila akan selesai? Rakyat terkebil-kebil melihatnya ada tapi macam tak ada. Inilah hasil pemerintahan di bawah BN/UMNO selama ini.
Kadar bayaran Puspakom naik 1 Julai
PUTRAJAYA: Kadar bayaran enam jenis pemeriksaan kenderaan perdagangan dan persendirian di semua 64 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara dinaikkan RM10 hingga RM15 mulai 1 Julai ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ahmad Mustapa, berkata kenaikan berkenaan wajar berikutan peningkatan kos operasi seperti bayaran utiliti, upah buruh, tukaran wang asing dan operasi di cawangan Puspakom...(BH, 20/6/07).
Ulasan: Kenapa pula KP JPJ bercakap bagi pihak Puspakom?
Bayaran di naikkan, rasuah di Puspakom menurunkah? Siasat jangan tak siasat. Bebaskan negara dari rasuah.

Wednesday, June 13, 2007
PM: Gandingan ulama, umara berjaya majukan negara
BANGI 12 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, gandingan ulama dan umara (pemimpin) yang terbukti berjaya membawa kemajuan kepada negara sejak 50 tahun lalu akan terus dipertahankan. Perdana Menteri berkata, gabungan tenaga dua golongan itu yang telah menjadi amalan sejak negara mencapai kemerdekaan akan dipereratkan lagi kerana ia terbukti berkesan bagi membolehkan rakyat berbilang kaum hidup dengan aman…(UM,13/6/06).
Ulasan: Selepas merdeka, umara (pemerintah) dari kerajaan Perikatan/UMNO dan kemudiannya BN/UMNO hanya memandang sepi terhadap ulama. Agama jarang di jadikan asas ukuran dalam mentadbir negara. Hasilnya boleh nampak di depan mata kita: Rokok, dadah, zina, judi dan rasuah makin banyak dan menghimpit negara kini.
Gandingan ulama dan umara tidak pernah berlaku di negara ini kerana umara lebih leka dengan model-model pembangunan berasaskan materialsm.
Pengiklan digesa guna Bahasa Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Jun – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menggesa para pengiklan menggunakan Bahasa Malaysia untuk menyampaikan maklumat dan mempromosikan produk kepada masyarakat…(UM,13/6/06).
Ulasan: Terasa kini bagai tinggal di London kerana kebayakan iklan dalam bahasa Inggeris. Merdekakah kita?
Lantikan jawatan Ketua Polis perlu tapisan BPR, Tatatertib PDRM
KUALA LUMPUR 12 Jun – Pelantikan pegawai kanan polis untuk jawatan Ketua Polis negeri perlu melalui prosedur tapisan yang ketat dan siasatan terperinci terhadap calon terpilih oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Urusetia Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM)…(UM,13/6/06).
Ulasan: Janganlah pilih calon yang sukakan RASUAH. Pesan datuk nenek supaya jauhilah rasuah kerana Allah mengharamkan memberi dan menerima rasuah.
Sejuta wanita Malaysia gemuk
PUTRAJAYA: Lebih sejuta wanita berusia antara 25 hingga 64 tahun (18.8 peratus) di negara ini dikategorikan sebagai gemuk, sekali gus terdedah kepada risiko mengalami pelbagai penyakit kronik, termasuk serangan jantung, kencing manis dan strok.
Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan tahun lalu mendapati 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah 3G, iaitu gebu, gempal dan gemuk dengan wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata kajian itu mendapati bilangan penduduk gemuk di Malaysia kini kedua paling ramai di Asia Tenggara dengan mencatat masing-masing 19 wanita dan 14 lelaki bagi setiap 100 orang.
“Jika satu masa dulu orang yang gebu, gempal atau gemuk mungkin dikatakan sihat dan sejahtera, tetapi kini tidak lagi. Kegemukan sebenarnya adalah permulaan kepada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes serta strok…(BH, 12/6/07).
Ulasan: Rajin-rajinlah bersenam dan sila beri perhatian kepada apa yang kita makan. Selalunya: Garbage in, garbage out.
Pelancong punca lambakan majalah: Johari
KUALA LUMPUR: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) tidak menolak kemungkinan lambakan majalah dari China, termasuk yang berunsur seks dan tidak sesuai dengan nilai masyarakat negara ini berlaku kerana peningkatan bilangan pelancong dari negara itu.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata pelancong itu mungkin menjadi sasaran sebagai pelanggan oleh pihak tertentu yang menyeludup masuk majalah itu.
Ulasan: Termasuk juga kemungkinan rasuah yang di gunakan untuk melembikkan peraturan yang tegas dan keras.
Remaja bazirkan wang dengan ‘SMS sampah’
KUALA LUMPUR: Kerajaan bimbang semakin ramai remaja menyalahgunakan kemudahan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit dengan menghantar dan menerima ‘SMS sampah’ yang hanya membazirkan wang.
Remaja juga dikatakan leka dengan kemudahan teknologi multimedia yang kebanyakannya berunsurkan hiburan seperti pemain mp3, pemain disk mini, muzik, klip video ringkas dan kamera.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata generasi muda tidak harus terlalu ghairah serta terpengaruh dengan unsur tidak sihat dalam menikmati perkembangan teknologi yang mengutamakan hiburan semata-mata.
Ulasan: Jadilah pengguna yang bijak.
Keledek ganti tembakau di Pantai Timur 2010
BACHOK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan pengeluaran ubi keledek negara mencapai hingga 300,000 tan setahun menjelang 2010.
Ulasan: Selamatlah petani dari menanggung dosa kerana menghasikan rokok yang membawa kepada berbagai penyakit seprti yang di buktikan oleh penyelidikan sains. Terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tuesday, June 12, 2007
Pengendali kapal selam terima insentif tinggi – Najib
KOTA KINABALU 11 Jun – Pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbabit mengendali dua buah kapal selam pertama negara, Scorpene menerima elaun insentif antara paling tinggi dalam perkhidmatan angkatan tentera…(UM, 12/6/07).
Ulasan: Walaupun pengendalinya akan hidup dan mati dengan kapal selam itu dan akan menerima elaun insentif antara paling tinggi dalam perkhidmatan angkatan tentera tetapi ingatlah bahawa itu adalah terlalu KECIL berbanding dengan pembayaran komisyen pembeliannya (baca: rasuah).
Pembayaran komisyen berjumlah 114 juta euro (RM530 juta) nyata sekali teramat mahal. Orang ramai berhak mengetahui siapakah sebenarnya yang mendapat durian runtuh ini? Sebagaimana didedahkan oleh Far Eastern Economic Review pada tahun 2002, Perimekar Sdn. Bhd. Akan menerima 8% dari jumlah kontrak dalam masa 6 tahun akan datang. Menurut penerbitan tersebut, Perimekar dimiliki 100% oleh Ombak Laut, syarikat milik Razak Baginda dan rakan-rakannya. Ombak Laut kemudian menjual 40% dari syarikat Perimekar kepada LTAT dan sebuah syarikat berkaitan (anwaribrahimblog.com/?p=412).
RM530 juta adalah terlalu banyak untuk ‘technical evaluations’ or ’sound negotiation skills’.
Rupa-rupanya dalam hal keselamatan negara pun ada orang sempat buat duit haram!
Pendapatan bawah RM1,200, potong gaji di bawah SSPN
KUALA TERENGGANU 11 Jun – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan kakitangan awam atau swasta yang berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan membuat potongan gaji di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata, potongan gaji sekurang-kurangnya RM20 sebulan itu adalah sebagai simpanan jangka panjang untuk mengurangkan beban apabila anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).…(UM, 12/6/07).
Ulasan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sepatutnya melaksanakan tugas memberikan pinjaman kepada pelajar IPT warganegara. Kenapa sibuk menyusahkan ibubapa pula. Ibubapa tahu apa yang perlu cari sebagai tambahan selain pinjaman PTPTN. Apa sudah jadi kepada biasiswa untuk pelajar Melayu seperti terkandung di dalam Perlembagaan negara. Tolong semak kalau sayangkan bangsa.
Minggu Malaysia di London berjaya promosikan negara
LONDON 11 Jun – Program Minggu Malaysia tahun ini telah berjaya menyampaikan mesej mempromosikan Tahun Melawat Malaysia selain menyebarluaskan sambutan kemerdekaan negara ke-50 dan menyemarakkan seni serta kebudayaan Malaysia.
Ulasan: Orang lain tidak perlu pun menyambut kemerdekaan kerana mereka tidak pernah terjajah. Maaf, kehebatan kebudayaan Malaysia hanya di atas pentas. Di belakang pentas dan turun pentas rupa-rupanya kita lebih Inggeris daripada orang Inggeris. Apakah kita juara di pentas saja?
Penjaga kebun getah ditemui mati ditetak
PULAU PINANG 11 Jun – Seorang penjaga kebun getah ditemui mati dengan 10 kesan tetakan di bahagian badan, dipercayai dibunuh lima warga Myanmar menggunakan parang di sebuah dusun durian di Bukit Gambir, Sungai Nibong di sini awal pagi ini…(UM, 12/6/07).
Ulasan: Kerajaan BN mengizinkan pekerja asing bekerja di sini, rakyat Malaysia yang menjadi korbannya. Terima kasih kerajaan BN kerana menyusahkan rakyat. Terima kasih kerana menyusahkan polis dan mahkamah dan penjara…
Pilihan raya Parlimen Mesir bertukar ganas
KAHERAH 11 Jun – Pilihan raya untuk dewan tertinggi Parlimen Mesir hari ini bertukar menjadi ganas apabila seorang lelaki terbunuh dalam pergaduhan antara penyokong parti memerintah dengan calon bebas di luar pusat mengundi di utara Delta Nil…(UM, 12/6/07).
Ulasan: Perkara ini biasanya terjadi apabila kerajaan yang ada terlalu lama memegang tampuk pemerintahan dan tidak pernah kalah sebelum ini. Mereka rasa negara dan undi rakyat adalah milik mutlak mereka. Tidak pelik pelbagai jentera kerajaan di salah guna untuk memberikannya kemenangan untuk memerintah lagi. Penipuan, merasuah pengundi, menakut-nakutkan pengundi melalui samseng dan menyalahgunakan polis dan tentera. Di Malaysia pun perkara hampir sama terjadi. Fikir dan cari jawapannya.
JPA dedah pegawai kena tindakan
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyiarkan nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan kesalahan tata tertib, di dalam akhbar tempatan.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam , berkata langkah untuk menyiarkan nama kakitangan awam yang melanggar etika itu dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan yang sudah diambil terhadap mereka.
Pelaksanaan cadangan itu, katanya, sedang dikaji JPA bagi membuktikan kerajaan mengamalkan pentadbiran yang telus dan memberi tumpuan serius terhadap usaha meningkatkan sistem penyampaian. …(BH, 12/6/07).
Ulasan: Teruskan apa yang di anggap elok, TERMASUK menteri dan orang politik yang melanggar undang-undang negara. Yang seronoknya pemegang saham akhbar (siapa?) kerana mendapat duit iklan.
Pasangan maut kereta terhumban 70 meter
SUNGAI PETANI: Hasrat sepasang kekasih bertunang akhir tahun ini tidak kesampaian apabila kedua-duanya terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Lencongan Timur dekat sini, malam kelmarin…(BH, 12/6/07).
Ulasan: Islam hanya mengiktiraf nikah sebagai ikatan untuk hidup berkasih sayang dan bersama-sama. Dalam Islam, kekasih atau tunang tidak menghalalkan hubungan sesama. Kalau sudah berkenan sangat dan tidak boleh menjaga hukum agama, eloklah nikah cepat-cepat. Boleh pahala dan berseronok pun dapat.
JKR tubuh Bahagian Juruukur Bangunan
KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menubuhkan Bahagian Juruukur Bangunan bagi memeriksa setiap bangunan kerajaan selepas siap dibina untuk memastikan semua spesifikasi dan skop kerja dipatuhi kontraktor serta subkontraktor mengikut perjanjian…(BH, 12/6/07).
Ulasan: Buatlah apa saja asalkan dua perkara perlu di hindarkan kalau mahukan profesional yang efektif: 1.Rasuah 2. Campur tangan orang politik.

Monday, June 11, 2007
Minggu Filem Malaysia 3 bulan sekali di Britain dicadang
LONDON 10 Jun – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang meneliti kemungkinan mengadakan Minggu Filem Malaysia di Britain setiap tiga bulan berikutan sambutan menggalakkan terhadap tujuh filem yang ditayangkan di sini selama empat hari bermula 6 Jun lalu. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pengurusan Odeon Cinema di Covent Garden yang menayangkan lima daripada filem tersebut menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang bertanggungjawab menganjurkan Minggu Filem Malaysia yang berakhir semalam…(UM, 11/6/07).
Ulasan: Seolah-olah masyarakat maju di Barat merindui sangat filem kita yang berkiblatkan Barat. Apa yang masih tinggal pada kita?
1.3 juta pelajar IPTA, IPTS menjelang 2010
KUALA LUMPUR 10 Jun – Kemasukan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meningkat dari 4.5 peratus semasa tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) kepada 16.9 peratus untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran Bahagian Sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga mengalami purata kadar pertumbuhan yang meningkat iaitu dari 5.5 peratus kepada 6.7 peratus bagi tempoh yang sama. …(UM, 11/6/07).
Ulasan: Baguslah semoga rakyat menjadi cerdik dan tidak lagi mengundi BN/UMNO.
Lambakan majalah asing berleluasa
KUALA LUMPUR: Hampir 300,000 naskhah majalah termasuk yang mengandungi unsur lucah dan bertentangan dengan nilai masyarakat negara ini, dibawa masuk secara haram dari China, serta dijual secara terbuka di pasaran tempatan, setiap bulan..(BH, 11/6/07).
Ulasan: Bila berurusan dengan saudagar China, perkara yang perlukan perhatian ialah kebiasaannya kewujudan rasuah dalam pelbagai bentuk yang selalunya melembikkan peraturan dan penguatkuasa yang keras. Rasuah adalah di haramkan oleh semua agama. Tapi tidak mungkin BN/UMNO boleh hapuskan rasuah di bumi kita kerana rakyat sudah beri amanah kepada BN/UMNO memerintah negara selama 50 tahun tapi sayang penuh dengan rasuah BN/UMNO. Ertinya rakyat kena tukar kerajaan baru…
Terbaru: Kebanjiran majalah asing: Perketat penguatkuasaan
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah kebanjiran bahan penerbitan asing di negara ini kerana ia boleh menghakis nilai murni masyarakat...(BH, 12/6/07).
Tarik 100,000 pelajar asing sukar dicapai
JOHOR BAHRU 10 Jun – Usaha Kementerian Pengajian Tinggi menarik 100,000 pelajar asing ke Malaysia pada 2010 berkemungkinan besar tidak tercapai selagi beberapa kelemahan ketara tidak diatasi segera oleh universiti awam tempatan. Menurut Education Service Coordination International (M) Sdn. Bhd. (ESCI), syarikat yang terbabit membawa masuk pelajar asing ke Malaysia, beberapa kelemahan kritikal dikenal pasti terutamanya membabitkan universiti tempatan, seperti sistem penyampaian yang lemah sehinggalah kepada masalah taktik promosi yang ketinggalan…(UM, 11/6/07).
Ulasan: Pelajar asing sewajarnya berakhlak baik di negara kita. Pelajar kita pun serupa. Jangan hilang arah lupa tanggung jawab mendidik anak Malaysia bila selalu berfikir untuk buat untung.
Boleh berpurdah di kampus
KAHERAH: Mahkamah Agung Mesir memutuskan bahawa sebuah universiti di Kaherah (Universiti American) tidak berhak melarang wanita memakai purdah ketika berada di kampus, kata seorang pegawai mahkamah dan peguam dalam kes terbabit…(UM, 11/6/07).
Ulasan: Pemakaian purdah adalah hak setiap wanita yang mahu dan bila terjadi fitnah. Tanya pakar apa makna fitnah.
Studies say death penalty deters crime
What gets little notice, however, is a series of academic studies over the last half-dozen years that claim to settle a once hotly debated argument — whether the death penalty acts as a deterrent to murder. The analyses say yes. They count between three and 18 lives that would be saved by the execution of each convicted killer…(AP, 11/6/07).
Ulasan: Baliklah kepada cara Islam menghukum kerana itulah keadilan yang Allah redha.
Mahkamah Tinggi: Tandatangan 1,000 ibu
SHAH ALAM: Beberapa wakil media di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menerima salinan mengandungi tandatangan 1,000 ibu di Mongolia yang menuntut supaya kematian jurubahasa dan model sambilan, Altantuya Shaariibuu, 28, dapat dibela dengan adil. Dalam kandungan surat itu, mereka secara sinis mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pembunuh Altantuya hingga menyebabkan dua anak mangsa berada dalam keadaan kesepian seumur hidup..(BH, 11/06/07).
Ulasan: Sebagai rakyat kita sewajarnya pastikan keadilan tertegak dalam semua kes di mahkamah bukan hanya di dalam kes-kes tertentu. Kita tak mahu melihat keadilan di laksanakan berpilih-pilih.
Tentu kita masih ingat yang selalu kita dengar, kata Nabi, "Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."...Maka dikala itu kata Usamah, "Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak ALLAH cuba dicabuli." Inilah sifat yang mesti kita contohi. Memanglah kita sesama kita boleh bersenyum dan bergurau senda, tetapi dalam bab hukum, kita kena berTEGAS. Dari: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=22293

Thursday, June 07, 2007
Proses Hukum Pencuri Ayam Lebih Serius Daripada Perasuah
Pimpinan Front Pembela Islam Habib Rizieq Shihab menilai penegakan hukum yang dilakukan terhadap pencuri ayam lebih serius dibandingkan penegakan hukum terhadap para perasuah yang sudah menghilangkan wang negara berjuta ringgit...(eramuslim.com, 7/6/07).
Ulasan: Rupa-rupa kita sama ya. Sama tetapi jauh berbeza. Di Malaysia, kerajaan BN yang telah terlalu lama memerintah sejak merdeka mempusakai sistem rasuah yang menyebabkan kerajaan kini begitu selesa dengan rasuah walaupun mahu di lihat sebagai anti-rasuah.
Selagi BN/UMNO memerintah, rasuah akan bermaharajalela. Bukti yang kecil tetapi besar maknanya ialah BN merasuah pengundi dalam pelbagai bentuk. Maaf itu bukan satu rahsia lagi.

Pak Lah pilih Jeanne
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih bekas Pengurus Kompleks Seri Perdana, Jeanne Abdullah, 53, sebagai pasangan hidup yang akan dinikahinya pada satu majlis sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat, Sabtu ini…(BH. 7/6/07).
Ulasan: Semoga berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat. Cuma semua kita kena ingat sewaktu berseronok suka dengan isteri kita, kita mestilah berhati-hati supaya jangan sampai Allah melihat kita sebagai seorang dayus. Tak tahu, sila bertanya pakar.
30 peratus belia, remaja positif HIV
SIK 6 Jun - Gejala merokok dan ketagihan dadah sehingga membawa kepada aktiviti seksual telah dikesan sebagai punca remaja dan belia di negeri ini dijangkiti AIDS. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Hasnah Ismail berkata, kecenderungan golongan itu terjebak dengan gejala negatif tersebut menyebabkan kira-kira 30 peratus daripada penghidap HIV positif adalah belia dan remaja yang berusia di bawah 29 tahun. ‘‘Kita memandang serius keadaan ini kerana ia melibatkan golongan remaja yang bakal memimpin negara pada masa depan,” katanya selepas menutup Konvensyen Prostar Negeri Kedah di Pusat Latihan Keda, Sik, dekat sini hari ini.
Ulasan: Perkara yang biasanya membawa kepada mungkar : rokok, dadah, zina, judi serta hiburan dalam pelbagai bentuk. Semuanya itu adalah berleluasa di bawah kerajaan BN dari dulu. Jangan salahkan parti pembangkang kerana mereka bukan berkuasa.
Selagi rasuah tidak boleh di cabut dari negara ini jangan harap masalah akan selesai. Tidak mungkin BN akan hapuskan rasuah kerana selama ini BN memberi rasuah kepada pengundi. Rasuah menyebabkan peraturan dan undang-undang berhenti seketika atau berpilih-pilih. Kerajaan BN/UMNO malulah sikit kepada rakyat...
Bapa dakwa anak patah tengkuk dipukul polis
KLANG: Akibat cuba melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya polis di Persiaran Kayangan, Shah Alam, awal pagi Ahad lalu, seorang pemuda kini terlantar di hospital kerana patah tengkuk. Hairul Anuar Ishak, 20, dikatakan mengalami kecederaan itu akibat dipercayai dipukul anggota polis yang bertugas ketika cuba mengelak sekatan dengan membuat pusingan 'U' di situ, kira-kira jam 2 pagi…(BH, 7/6/07).
Ulasan: Polis kena jawab. Jangan berlaku zalim kepada sesiapa. Apakah keadilan tertegak di negara ini?
Mahkamah Syariah lebih kukuh
KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Azlina Jailani atau Lina Joy untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya mengukuhkan fungsi Mahkamah Syariah sebagai satu-satunya institusi kehakiman yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam di negara ini. Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, berkata keputusan itu membuktikan hanya Mahkamah Syariah boleh membicarakan kes membabitkan Islam dan umatnya, termasuk isu murtad.
Ulasan: Kita mesti berkeyakinan bahawa satu hari nanti sekurang-kurangnya umat Islam akan dapat kebebasan untuk melaksanakan dan mengamalkan undang-undang Islam seperti asal (iaitu berdasarkan Quran dan Sunnah) dan orang bukan Islam diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih di antara undang-undang Islam dan undang-undang civil.
290 kontraktor kena tindakan
PUTRAJAYA: Sebanyak 290 syarikat kontraktor pelbagai kelas dikenakan tindakan, termasuk 178 daripadanya disenarai hitam kerana kegagalan menyempurnakan pelbagai projek kerajaan seperti pembinaan bangunan, penyediaan infrastruktur asas, jalan raya serta jambatan sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah itu, 112 syarikat kontraktor pula digantung daripada memasuki sebarang tawaran tender kerja dan akan disenarai hitam jika didapati terus gagal melaksanakan tanggungjawab menyiapkan projek yang ditetapkan…(BH, 7/6/07).
Ulasan: Terima kasih kepada Pusat Khidmat Kontraktor kerana melaksanakan apa yang patut. Berapa ramai kontraktor UMNO?
Israel bincang perangi Syria
BAITULMAQDIS: Kabinet keselamatan Israel bermesyuarat semalam untuk berbincang mengenai Syria ketika tenteranya mengadakan latihan, sebagai amaran peperangan mungkin berlaku dengan negara jirannya tidak lama lagi……(BH, 7/6/07).
Ulasan: Apa OIC boleh buat untuk memenangkan umat Islam?

Wednesday, June 06, 2007
Daftar telefon bimbit bagi mengelak kecurian
KUALA LUMPUR 5 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bercadang mewajibkan pendaftaran hak milik telefon bimbit bagi mengelakkan kes-kes kecurian telefon yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Cadangan tersebut jika dilaksanakan akan melibatkan berjuta-juta pengguna telefon bimbit di seluruh negara yang perlu mendaftarkan nombor siri, jenis dan model telefon bimbit yang mereka gunakan...(UM, 6/6/07).
Ulasan: Kena daftar lagi? Carilah cara lain. Lebih baik mendidik rakyat Malaysia supaya berperangai baik setiap masa termasuk jangan mencuri. Nanti semua pelancong tertawan kemuliaan kita dan akan datang lagi melancong bersama kawan-kawan. Penjara pun tak perlu di tambah.
Telefon bimbit lebih bahaya
KUALA LUMPUR 5 Jun – Masih ramai yang tidak menyedari bahawa gelombang frekuensi radio (RF) daripada telefon bimbit lebih berbahaya berbanding RF daripada antena pemancar dan kabel elektrik.
Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Radiasi Tidak Berion Antarabangsa (ICNIRP), Dr. Paolo Vecchia berkata, telefon bimbit memancarkan antara 100 hingga 1,000 kali ganda gelombang RF berbanding antena pemancar dan kabel elektrik....(UM, 6/6/07).
Ulasan: Berhati-hati menggunakan telefon bimbit anda supaya jangan terkena musibah.
Kita sebagai pengguna perlu lebih cermat kerana kesihatan kita adalah tanggungjawab kita.
Cegah ketirisan projek agenda Gabem bantu usahawan Melayu
KUALA LUMPUR: Mencegah ketirisan projek akan menjadi agenda utama usaha Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) untuk membantu usahawan Melayu mencapai kejayaan. Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik, berkata usahawan yang bernaung di bawah Gabem perlu tampil ke depan dengan mendedahkan setiap kes ketirisan yang berlaku. Beliau berkata, fenomena seperti menjual kembali peluang atau projek yang diterima kontraktor Melayu kepada pembeli bangsa lain perlu dihalang jika seseorang usahawan Melayu itu ingin berjaya dalam perniagaan mereka…(BH, 6/6/07).
Ulasan: Selagi UMNO memerintah dan selagi orang politik UMNO mengganggu perjalanan perniagaan, kita tidak akan maju kerana mahu jadi cepat kaya tanpa usaha. Tanpa mengamalkan Islam, orang Melayu akan hilang jati/wibawa diri.

Tuesday, June 05, 2007
PM tegur kakitangan awam gagal hafal lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang
PUTRAJAYA 4 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur segelintir kakitangan awam yang masih tidak dapat menghafal lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang sering kali dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi kerajaan.
Beliau berkata, walaupun makin ramai yang menghafalnya, masih ada segelintir yang tidak menyanyikan lagu itu.
Ulasan: Dulu sewaktu Pak Lah perkenalkan Cemerlang, Gemilang, Terbilang sebagai cogan kata manifesto pilihanraya BN, rakyat merasakan Pak Lah akan membuat sesuatu sebagai quantum leap lain daripada semua PM terdahulu, walaupun dari parti yang sama BN.
Rupa-rupanya sama saja. Yang jelas Cemerlang, Gemilang, Terbilang BN ialah merasuah pengundi, menakutkan pengundi dan aksi samseng BN di depan mata polis. Rasuah menjadi-jadi pula, sila buat kajian bebas. Akhirnya Cemerlang, Gemilang, Terbilang BN hanyalah Temberang. Tidak ada tanda BN akan berubah.
Hasil pelancongan diramal RM40.5b
KUALA LUMPUR 4 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Malaysia mampu mencapai sasaran kedatangan 20.1 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan sebanyak RM40.5 bilion pada tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sasaran lebih tinggi berbanding kemasukan 17.55 juta pelancong pada tahun lalu adalah kerana tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia dan promosi sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.
‘‘Ia merupakan satu cabaran tetapi saya percaya sasaran itu mampu dicapai,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pelancongan Sedunia 2007 di sini hari ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), Francesco Frangialli; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menteri-menteri pelancongan dari seluruh dunia.
Ulasan: Walaupun kita hendak ramai pelancong menghabiskan duit mereka di negara ini tapi pertahankan maruah rakyat. Jangan terlibat menjadi pelacur atau GRO, call-girl atau seumpamanya, menjual arak dan judi. Akhirnya kita tewas di bumi sendiri semata-mata mengejar @ lapar duit orang. Carilah rezeki halal di mana jua.
Titik dakwat atas kuku ketinggalan zaman
PULAU PINANG 4 Jun – Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan titik dakwat atas kuku pengundi bagi mengelakkan penipuan disifatkan sebagai ketinggalan zaman oleh Gerakan…(BH, 5/6/07).
Ulasan: Gerakan sebagai parti komponen kerajaan sepatutnya melihat dari sudut yang lebih jauh iaitu mengelakkan penipuan dalam pilihan raya. Walaupun itu ialah kaedah lama tapi terbukti efektif kita boleh gunakan sementara pakar sains kita mencari kaedah terkini. Kenapa kaedah tersebut tidak wajar dilaksanakan walaupun di sebuah negara maju seperti Malaysia? Kita merasa kita maju (ye ke?) tetapi mentaliti menipu kenapa masih lagi ada..
Keluarga model tuntut ganti rugi RM100 juta
SHAH ALAM: Keluarga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh Oktober lalu, menyaman ketiga-tiga yang dituduh dalam kes pembunuhannya dan Kerajaan Malaysia dengan menuntut ganti rugi RM100 juta atas kematiannya
Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, 56, ibunya, Altantsetseg Sanjaa, 56, dan dua anak lelaki wanita itu Mungunshagai Bayarjargal, 9, dan Altanshagai Munkhtulga, 4, menamakan Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Ulasan: Mungkin dengan cara seperti ini, kerajaan lebih cermat kerana menyelamatkan duit rakyat.
Bahasa Malaysia untuk semua
KUALA LUMPUR: Kabinet membuat keputusan menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib menjelaskan demikian ketika mengulas laporan berhubung keputusan Kabinet menggunakan semula bahasa Malaysia sebagai istilah rasmi bagi merujuk bahasa kebangsaan.
Berikutan itu, semua menteri, universiti awam dan institusi pengajian tinggi tempatan diarah memaklumkan kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk mula menggunakan serta merta istilah bahasa Malaysia dalam semua surat, notis dan dokumen.
Istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan Allahyarham Tunku Abdul Rahman selepas negara mencapai kemerdekaan bagi mencerminkan identiti Malaysia.
Ulasan: Demikianlah nasib bahasa Melayu di tanah sendiri.
Violent crime up again, more murders, robberies
WASHINGTON - More murders and robberies in 2006 sent U.S. violent crimes higher for the second straight year, the FBI said on Monday, with the increase blamed on gangs, youth violence, gun crimes and fewer police on beats…(Reuters, 4/7/07).
Ulasan: Jenayah keganasan, bunuh dan rompakan menjadi-jadi di AS. Negara kita yang menjadikannya sebagai model pun terikut juga dan negara menjadi tidak aman seperti dulu lagi. Mengikut sepatutnya dalam perkara baik sahaja. Kenapa kita mengikut?

Monday, June 04, 2007
Lima rekrut konstabel polis berkelulusan sarjana, PhD
MUAR 3 Jun - Ekoran minat yang mendalam untuk berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, lima pemuda berkelulusan sarjana dan doktor falsafah (PhD) sanggup menjadi rekrut konstabel polis di Maktab Teknik PDRM Bakri, dekat sini.
Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, Datuk Zakaria Yusof berkata, mereka sanggup berbuat demikian selepas permohonan untuk mendapat tempat dalam pengambilan jawatan inspektor baru-baru ini, gagal...(UM, 4/6/07).
Ulasan: Semoga semua kakitangan kerajaan tidak makan rasuah sebagai cara hidup.
Karaoke 50 jam tanpa henti
Kementerian Pelancongan Malaysia menganjurkan Majlis Citrarasa 2007 mulai 8 Jun ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Unit Acara Kementerian Pelancongan Malaysia, Datin Zaiton Mohd. Ali, “Kami juga merancangkan aktiviti berkaraoke selama 50 jam sepanjang tiga hari tanpa henti. Ia akan bermula pada 8 Jun pukul 3 petang dan berakhir pada 10 Jun. ...(UM, 4/6/07).
Ulasan: Kerajaan di minta fikir semula kearah mana masyarakat nak di bawa? Seperti biasa orang Melayu akan ramai datang ke upacara hiburan yang melalaikan. Walaupun kita hendakkan pelancongan teruja di sini tapi bukan caranya. Di mana wibawa diri kita?
Pas tidak upaya gugat keyakinan rakyat – Najib
PEKAN 3 Jun – Perjuangan UMNO mempertahankan kesucian agama serta akidah Islam sudah terbukti di kalangan rakyat negara ini dan parti pembangkang, Pas sama sekali tidak berupaya untuk menggugat keyakinan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa berjuang untuk meninggikan lagi syiar Islam dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari. ...(UM, 4/6/07).
Ulasan: Kalau PAS lemah sudah tentulah UMNO tidak perlu berlakon berjuang untuk Islam untuk menipu orang Melayu selama ini. Rakyat semakin cerdik dan boleh menilai siapa UMNO sebenarnya. Bunyi pekikan riuh kononnya memperjuangkan bangsa tapi senyap bila anak dan kroni buncit dengan kekayaan dan harta yang tidak halal.
Tindakan tegas guru halang aktiviti kerajaan
KUALA LUMPUR 3 Jun – Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas termasuk membuang guru yang didapati menghalang jabatan kerajaan lain menjalankan aktiviti di kawasan sekolah. Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, beliau menerima laporan membabitkan beberapa kes guru menghalang Jabatan Penerangan menjalankan aktiviti bercorak hiburan kerana dianggap tidak sesuai. ...(UM, 4/6/07).
Ulasan: Rupa-rupanya ada menteri yang tidak mengerti apa tujuan sebenar kementerian pelajaran. Keluarkanlah hiburan dari sekolah kerana ia memang perangkap untuk pelajar Melayu. Apabila sudah banyak berhibur, apa akan jadi kepada bangsaku?
Pekerja asing berpenyakit berjangkit meningkat
TAIPING 3 Jun – Jumlah pekerja asing yang tidak sihat didapati semakin meningkat, malah mereka dipercayai membawa pelbagai jenis penyakit berjangkit yang sebelum ini hampir berjaya dihapuskan di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, perkara itu jelas terbukti apabila seramai 45,356 atau 3.4 peratus daripada lebih 1.34 juta pekerja asing yang diperiksa tahun lalu didapati berpenyakit.
Beliau berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan ketara jika berbanding tahun 2005 apabila hanya 38,255 orang atau 3.3 peratus daripada lebih 1.15 juta pekerja asing tidak sihat. ‘‘Antara penyakit berjangkit yang dibawa oleh pekerja asing ialah hepatitis B dan siflis, kebanyakan penyakit ini boleh berjangkit kerana ramai pekerja wanita atau pasangan mereka turut menggunakan kemudahan hospital kerajaan.
Ulasan: Sudah ada peraturan, tapi kenapa ada yang lepas? Bila rasuah sudah merata, yang ruginya rakyat semua. Lebih baik bertegas dari menyesal.
Wanita dipecat kerana bertudung terima pampasan
PHOENIX, Alabama 3 Jun – Sebuah juri persekutuan semalam mengarahkan syarikat kereta sewa, Alamo Rent A Car membayar pampasan RM977,976 (AS$287,640) kepada seorang wanita yang dipecat kerana memakai tudung sewaktu bulan Ramadan.
Pemecatan Bilan Nur, 27, berlaku hanya empat bulan selepas serangan 11 September 2001. ...(UM, 4/6/07).
Ulasan: Di mana saja, mentaati Allah adalah satu kemestian.

Friday, June 01, 2007
Abdullah: Jangan naikkan harga barang
KUALA LUMPUR 31 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua peniaga supaya tidak menaikkan harga barang sesuka hati terutama yang melibatkan barang keperluan pengguna….(UM, 1/6/07).
Ulasan: Apakah kerajaan saja ada hak untuk kerajaan naikkan tol setiap tahun untuk manfaat pemegang konsesi yang terdiri dari kroni BN/UMNO? Sebabnya rakyat susah nak terima ialah tiba2 perjanjian itu menjadi rahsia kerajaan (OSA) padahal itu bukan pun menyentuh keselamatan negara.
Kerajaan terpaksa mohon jasabaik atau merayu peniaga untuk tidak naikkan harga?
Keupayaan MyKad ditingkat
PUTRAJAYA: Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC) akan memperluaskan aplikasi komersial dalam MyKad berikutan ia dikenal pasti berkesan dalam membantu memudahkan gaya hidup masyarakat di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, berkata pihaknya sedang berusaha untuk menambah keupayaan penggunaan Mykad yang kini sudah mampu menampung sembilan aplikasi kerajaan dan 28 komersial. “Menjelang akhir tahun depan, kita akan tambah sehingga 60 aplikasi komersial dalam MyKad,” katanya sambil menambah langkah itu dilaksanakan untuk membolehkan MyKad memenuhi matlamat pelancarannya, di sini, semalam.
Ulasan: Di samping itu kena pertingkatkan keselamatannya agar MyKad sukar di tiru.
13 penerjun Putera Umno terima pingat keberanian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyampaikan pingat keberanian dan piala kepada 13 penerjun berjaya membuat penerjunan ketika Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Putera Umno, April lalu. Pemberian pingat oleh Presiden Umno itu dibuat sebagai sebahagian daripada pengiktirafan terhadap kejayaan penerjun berkenaan yang juga mencatat sejarah sebagai kumpulan belia pertama berjaya melakukan ekspedisi terbabit di Kutub Utara.
Ulangan: Kalau tidak berdasarkan penguasaan ilmu oleh orang Melayu, satu hari kelak orang Melayu tidak bisa ke mana kecuali merempat di negara sendiri. Wahai putera dan puteri Melayu: Jangan tertipu dengan UMNO. He who gives the world will never love you...
Penduduk Asia diancam barah
SINGAPURA: Asia bakal menyaksikan peningkatan mendadak kes barah dalam masa 10 tahun lagi berikutan jangka hayat lebih panjang dan amalan negatif gaya hidup Barat, termasuk minum arak, merokok dan mengambil makanan tidak sihat.
Pakar mendakwa tabiat buruk dikaitkan dengan semua jenis barah, berserta kematian yang semakin berkurangan dan pertambahan rakyat akan menyaksikan peningkatan 60 peratus kes barah di Asia menjelang 2020. Malangnya, tidak seperti rakyat di negara kaya yang menikmati kemudahan kesihatan baik, penduduk Asia sebaliknya semakin mudah menjadi penghidap barah disebabkan tiada langkah pencegahan atau rawatan sedemikian.
Ulasan: Kalau hidup berkiblat ke Barat, terimalah risikonya. Mari kita berkiblatkan Islam: Amalan Rasulullah s.a.w. ialah Baginda makan hanya apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.

Subscribe to:
Posts (Atom)