Gates, 54, yang mempunyai tiga orang anak, Jennifer, 14, Rory, 11 dan Phoebe, 8 dengan kekayaan dianggarkan 34 bilion (RM168.3 bilion) sebaliknya bercadang membelanjakan kekayaan beliau untuk menangani masalah kemiskinan di seluruh dunia.
"Saya tidak fikir memberi sejumlah wang yang banyak kepada anak kami suatu idea yang baik. Ia juga tidak baik untuk masyarakat, jadi persoalannya, bolehkah saya mencari dan melakukan sesuatu yang memberi impak menakjubkan? Saya tahu saya mahu melakukannya", kata jutawan itu yang dipetik akhbar The Sun.
Setakat ini, Gates dan isterinya, Melinda sudah menyumbang sejumlah 18 bilion (RM86.7 bilion) melalui Yayasan Bill & Melinda Gates yang mereka tubuhkan bagi membiayai suntikan vaksin percuma kepada lebih 250 juta kanak-kanak di negara miskin.
Ulasan: Berdasarkan agama kita, tidak ada yang miskin kerana menyedekahkan hartanya. Sila rujuk Ustaz Yusuf Mansur (2008). Allah Maha Pemberi : Maka Engkau Gampang NaikGaji. Bandung : Salamadani.
No comments:
Post a Comment