Wednesday, September 01, 2010

Vatican marah syor Islam agama Eropah

2010/09/01 ROME: Seorang pegawai kanan Vatican mengkritik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi selepas ketua negara itu dilaporkan menggesa supaya Islam menjadi agama untuk semua penduduk Eropah. 

Ketua Paderi, Robert Sarah, juga menyifatkan saranan itu perbuatan tidak menghormati ketua penganut Kristian, Pope dan masyarakat Katolik di Itali. 

“Cadangan beliau kepada semua penduduk Eropah memeluk Islam tidak masuk akal kerana hanya mereka saja yang boleh memutuskan untuk menganuti ajaran Kristian, Islam atau agama lain,” kata Sarah kepada akhbar La Repubblica, semalam…

Ulasan: Apa yang diputuskan oleh Allah itulah yang akan terjadi. Cuma umat Islam perlu berusaha bersungguh untuk menyemarakkan dakwah di mana-mana dan berdoa supaya cahaya hidayah Islam masuk ke setiap hati manusia 

 

No comments: