Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata kerajaan negeri menubuhkan Yayasan Bina Upaya (YBU) Disember tahun lalu, khusus untuk membantu golongan kurang berada daripada pelbagai kaum.
Katanya, yayasan berkenaan bertindak melengkapi peranan agensi kebajikan sedia ada dan tidak melaksanakan program memberi wang tunai untuk bantuan sara hidup.
"Semua 50 penerima pinjaman mikro ini mempunyai pengalaman seperti menjual kuih atau bahulu, air tebu, pisang goreng dan nasi lemak, tetapi pendapatan mereka masih di bawah paras kemiskinan.
"YBU membantu mereka dengan memberi modal untuk membesarkan perniagaan sedia ada. Kaedah kita ialah memberi pancing, bukan memberi ikan," katanya kepada Berita Harian di sini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Khairul Azwan Harun.
Sementara itu, Khairul Azwan berkata, pinjaman mikro YBU sama seperti konsep Grameen Bank, iaitu tanpa faedah dan tanpa cagaran.
Katanya, penerima pinjaman itu juga bebas untuk memilih jumlah yang akan dibayar semula sama ada secara mingguan atau bulanan.
"Penerima pinjaman bebas menentukan tarikh bila mereka mahu mula membayar pinjaman. Peminjam juga sudah dimaklumkan bahawa pemberian kewangan ini adalah pinjaman, bukan geran. Jadi, mereka mesti membayar semula walaupun dengan kadar yang rendah," katanya…
Ulasan:Semoga ada bank sebegini di negara kita.
No comments:
Post a Comment