Thursday, September 30, 2010

Maglin kecewa sikap paderi hina Islam

KUALA LUMPUR 29 Sept. – “Saya harap dakwaan itu tidak benar tetapi jika ia berlaku, saya kecewa dengan sikap paderi berkenaan.” 

Demikian luahan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz yang juga beragama Kristian berhubung dakwaan terdapat paderi memberi ceramah menghina Islam di Kuching, Sarawak.

Menurutnya, paderi itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian termasuk mencela Nabi Muhammad SAW kerana beliau sama sekali tidak mengenali manusia yang dihinanya itu.

“Anda tidak hidup di zamannya dan tidak kenal pun siapa Nabi Muhammad. Jadi anda tidak boleh menilai orang yang anda tidak kenal.

“Itu bukan urusan paderi berkenaan dan dia tidak perlu masuk campur. Anda hanya perlu jaga rumah sendiri dan tidak perlu menyibuk di rumah orang lain kecuali jika anda dapat membantu orang itu,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan buku Warisan Maktab Kirkby di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara di sini hari ini.

Maglin mengulas tindakan seorang paderi yang didakwa berceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini…

Ulasan: Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang menghina Islam kerana mereka tidak tahu. Semoga Allah memberi hidayah kepada anak cucu mereka. 


No comments: