Thursday, September 02, 2010

Khidmat KPN Musa tamat

2010/09/02 PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, yang tamat pada 12 September ini dan bakal digantikan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, berkuat kuasa selepas tarikh berkenaan. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkannya semalam berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail akan menggantikan Ismail sebagai Timbalan KPN. 
 
 “Sehubungan itu, kerajaan ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan Tan Sri Musa selama 41 tahun dalam pasukan polis,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya, di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop, Musa dan Ismail…

Ulasan: Polis DiRaja Malaysia hanyalah kakitangan kerajaan mengambil gaji dari duit negara. Polis DiRaja Malaysia di tubuhkan untuk menjaga keamanan negara dan bukan alat kepunyaan BN/UMNO untuk menentang parti pembangkang. Polis DiRaja Malaysia tidak mengambil gaji dari duit parti BN/UMNO. Eloklah bertindak yang sewajarnya. Pertahankan profesionalisme polis.

No comments: