2010/09/01 BESUT: Tidak tahan menanggung tekanan, seorang murid Tahun Enam dari Kuala Besut, di sini membongkar rahsia dipendam dengan memberitahu kakaknya dia menjadi mangsa cabul abang iparnya pada 19 Ogos lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa mendakwa diraba di seluruh badan oleh abang iparnya ketika dia berseorangan di rumah di Kuala Besut.
Beliau berkata, mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada kakaknya, seorang suri rumah berusia 23 tahun mengenai perbuatan abang iparnya Isnin lalu.
“Kakak yang prihatin terhadap nasib adik perempuannya terkejut dengan kejadian berlaku yang membabitkan suaminya sendiri, lalu bergegas membawa adiknya ke Balai Polis Kuala Besut untuk membuat laporan pada jam 8 malam,” katanya…
Ulasan: Bila berlaku maksiat dan jenayah, segeralah laporkan kepada pihak yang bertanggongjawab. Biar yang bersalah menanggung padah perbuatannya.
No comments:
Post a Comment