2010/09/28 NEW YORK: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mahu rakyat Malaysia yang berada di perantauan supaya sentiasa menjaga nama dan imej baik negara.
Beliau berkata, sebagai duta kecil negara, mereka harus pandai membawa diri semasa berada di negara orang di samping menjalinkan hubungan baik dengan rakan dari negara lain.
"Teruslah menjalinkan hubungan dengan rakan dari negara lain serta pelajarilah adat resam, budaya, dan cara hidup mereka, serta masakan mereka," katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama anggota Persatuan Wanita Kementerian Luar Negara (Perwakilan) New York di Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di sini pada Isnin.
Ulasan: Di mana-mana pun jagalah diri dan jangan buat maksiat dan jenayah.
No comments:
Post a Comment