Tuesday, September 21, 2010

Kilang Coca-Cola mula operasi tahun depan

KILANG pembotolan baru milik syarikat minuman ringan terbesar dunia, The Coca-Cola Company yang sedang dalam pembinaan di Nilai, Negeri Sembilan, akan beroperasi September tahun depan. 

Presiden Coca-Cola Company Pacific Group, Glenn Jordan, berkata aktiviti pembinaan kilang bernilai RM1 bilion secara berperingkat dalam tempoh lima tahun di Taman Perindustrian Enstek itu, ketika ini berjalan dengan lancar. Kerja pembinaan kilang berkenaan yang dibangunkan di kawasan seluas 12 hektar itu sedang berjalan lancar dan setakat kini kira-kira 75 peratus sudah siap, sekali gus akan membolehkannya beroperasi pada September tahun depan. Apabila siap nanti, kilang itu mampu menyediakan antara 600 hingga 800 peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, selain 8,000 lagi kepada pembekal tempatan, katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di The World of Coca Cola, di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) semalam…

Ulasan: Akhirnya persatuan pengguna kalah dan pengusaha Coca Cola di menangkan oleh kerajaan BN. Kerana alasan penawaran kerja kepada rakyat kita, kerajaan yang tidak berprinsip akan terus menerima pelaburan yang tidak semestinya baik untuk kesejahteraan rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

buka lah kilang bagi kita orang kerja..takkan pandai cakap jer..

malaysia baru said...

Bila mungkar, katakanlah mungkar jangan jadi syaitan bisu.

kita seronok dpt kerja...mereka untung juta2. pemikiran hamba. maaf.