Wednesday, September 01, 2010

Pemberian wang ihsan atas nasihat Peguam Negara?

Pemberian wang ihsan atas nasihat Peguam Negara: Mustapa

2010/09/01 PASIR PUTEH: Pemberian wang ihsan kepada Kelantan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh Kerajaan Persekutuan bukan dibuat secara membuta tuli sebaliknya atas nasihat Peguam Negara sebelum diagih-agihkan kepada rakyat yang layak. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia dibuat atas nasihat Peguam Negara yang juga berlandaskan undang-undang. 

Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada 75 anak yatim di masjid An-Nur, Badak di sini, petang semalam. 

Isnin lalu, kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap PETRONAS di Mahkamah Dagang di Kuala Lumpur kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut PETRONAS melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri itu. 

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin tindakan Kerajaan Persekutuan itu adalah betul mengikut undang-undang sedia ada. 

"Terserah kepada untuk membuat keputusan siapa yang benar," katanya…

Ulasan: Mungkin juga Peguam Negara tersilap kerana pihak yang berkontrak dengan Kerajaan Negeri Kelantan ialah Petronas bukan Kerajaan Malaysia. Mari kita lihat apa keputusan Mahkamah Dagang. Yang jelas pihak Petronas telah melanggar perjanjian itu.

No comments: