Thursday, September 30, 2010

Pertahan Melayu, Perkasa tidak berganjak

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak akan berganjak daripada matlamatnya iaitu untuk mempertahankan negara dan hak orang Melayu berasaskan Perlembagaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, apa juga cabaran mahupun serangan daripada pihak-pihak tertentu, Perkasa tidak akan gentar sebaliknya sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

“Siapa sahaja yang menyerang kita, penulis blog, pemimpin parti politik, pemimpin kerajaan yang mendakwa Perkasa ekstremis dan sebagainya, kita tidak berganjak dan bersedia menghadapi sebarang tentangan.

“Apa yang diperjuangkan Perkasa tidak bertentangan daripada asas Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, kita tidak akan takut dan tetap dengan perjuangan untuk mempertahankan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat pertubuhan itu di Pejabat Media Perkasa Sdn. Bhd. (Suara Perkasa) di sini, hari ini…

Ulasan:Asalkan tidak menggunakan kekerasan dan tidak melanggar peraturan negara dan agama.

No comments: