SEGAMAT 3 Jun - Malaysia masih memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia bagi menampung permintaan dan keperluan semasa selepas pembekuan penghantarannya ditarik balik baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (gambar) berkata, pihaknya menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia ketika ini dan jumlah tersebut terus meningkat.
"Sekarang ini kita mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara. Daripada jumlah itu, 150,000 orang dari Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya dari negara lain.
"Indonesia kini sedang melatih pembantu rumah tetapi mereka lebih memilih untuk ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Segamat, Taman Segamat Jaya di sini hari ini...
Ulasan: Pembantu rumah bukan pelayan gratis.
No comments:
Post a Comment