

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi.
Perdana Menteri dalam ucapannya dengan jelas mengutuk perhimpunan Bersih 3.0 dan menyifatkan ia adalah perhimpunan haram yang menjejaskan nama negara dan hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi.

Antara lain, Presiden Umno itu turut menyentuh isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan gejala LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang kononnya cuba dipelopori oleh setengah pihak bagi menyebarkan fahaman salah kepada masyarakat.
Bagaimanapun, ucapan beliau itu mendapat reaksi negatif daripada hadirin yang meluat dan menggelengkan kepala ketika mendengar tohmahan berbaur politik itu.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Nur menyifatkan tindakan itu merupakan usaha terdesak pemimpin Umno dalam menggunakan segala kesempatan yang ada bagi menarik balik sokongan rakyat.
“Pelbagai propaganda telah mereka (kerajaan) lakukan tapi ternyata rakyat tak termakan umpan kerajaan terutama dalam isu Bersih dan Felda.
“Umno sekarang berada dalam keadaan ‘defensive’ demi mempertahankan kedudukan mereka kerana sedar rakyat sedang menunggu untuk menukar kerajaan,” kata Dr Mohd Nur dihubungi Keadilan Daily.
Ulasan: Rakyat akan buat keputusan, insya Allah, Najib Pemimpin UMNO Pertama dan TERAKHIR Politikkan Ucapan Tilawah Al-Quran.
No comments:
Post a Comment