Wednesday, June 13, 2012

Peserta perhimpunan Bersih dihasut rempuh polis


KUALA LUMPUR 12 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat awal akan menghadapi ancaman daripada peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, maklumat itu diperoleh pada satu majlis dua hari sebelum perhimpunan berkenaan diadakan.

Sehubungan itu tambahnya, pasukan keselamatan telah membuat persiapan rapi daripada segala segi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan itu terjamin.

"Kita telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan membuat persiapan sewajarnya, termasuk kekuatan anggota yang mencukupi dan logistik," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai persiapan dan sejauh mana KDN bersedia menangani kemungkinan yang berlaku ketika perhimpunan haram itu di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Abu Seman, pihaknya turut menerima maklumat bahawa pihak pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menghasut para peserta yang hadir kira-kira 3,000 orang supaya bertindak agresif hingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, dalam majlis tersebut, pembangkang juga telah mengapi-apikan dan membakar semangat peserta untuk mengambil tindakan, antaranya jika Dataran Merdeka dikawal oleh pihak polis, peserta akan merempuh masuk....

Ulasan: Ambillah tindakan yang perlu berdasarkan undang2 yang ada. Tapi jangan sampai diketawakan rakyat kerana ramai yang pergi dan yang melihat video tanpa edit di youtube.  Semoga polis akan terus pertahankan profesionalsme.  Allah menjadi saksi.  Rakyat yang sudah cerdik akan melihat tindakan anda.


No comments: