Sudah begitu lama bekas exco pemuda UMNO, Tamrin Ghafar anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba bekas timbalan perdana menteri ini menyepikan diri dari UMNO. Walaupun masih menjadi ahli Umno, beliau tidak segan bergerak aktif dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Setiap kali dia berucap di atas pentas Pakatan Rakyat dia menyatakan kekesalannya kerana Umno telah jauh menyimpang dari perjuangan asal, malahan membuat perkara-perkara mungkar yang telah menjatuhkan imej Umno. Akhirnya beliau menyeru kepada seluruh ahli Umno agar segera meninggalkan perjuangan parti itu.
Walaubagaimana pun masih tertanya-tanya dihati kita,.. Kenapa sampai saat ini Umno masih tidak berani mengambil apa-apa tindakan terhadap Tamrin?, Tamrin pernah mencabar Umno dengan mengatakan beliau tidak hairan sebarang tindakan dikenakan ke atasnya. Beliau rela dipecat selagi perjuangannya ikhlas untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama Pakatan Rakyat.
Dipecat oleh Umno kerana menegakkan keadilan jauh lebih baik dari dibelai oleh Umno dengan berbagai janji atau kebendaan dan dalam masa yang sama maruah bangsa dan agama tergadai !.
Fahaman kolot, jumud dan kuno yang ada dalam diri Umno wajib dibuang sebenarnya ! Fahaman ekstrim Umno bahawa Melayu tak boleh hidup tanpa Umno, juga boleh dicampak jauh-jauh. Ini bukan lagi zaman Pak Pandir, zaman Pak Kadok atau zaman Lebai Malang dalam cerita penglipur lara Melayu
Waktu ini sesungguhnya orang Melayu masih ada pilihan!.Pilihan yang terbaik ialah bersama PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kepada orang Melayu, bukalah mata dan hati seluas-luasnya. Lihatlah keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir Kelantan, Kedah Pulau Pinang dan Selangor dengan jayanya !!
Oleh : rahimothman
No comments:
Post a Comment