Wednesday, June 13, 2012

Hati-hati bercinta dengan jejaka Afrika



KUALA LUMPUR 12 Jun - Polis menasihatkan gadis di negara ini supaya berhati-hati apabila menjalin hubungan cinta dengan jejaka Afrika terutama dari Nigeria yang dikenali melalui Internet, kedai kopi atau restoran kerana kemungkinan mereka adalah anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya menerima banyak laporan wanita Malaysia yang ditangkap bersama dadah di luar negara adalah mangsa kekasih 'Awang Hitam' yang memperdayakan mereka menjadi 'keldai dadah'.

Beliau berkata, siasatan mendapati memang terdapat sindiket pengedaran dadah dari Nigeria mencari mangsa di kalangan wanita tempatan untuk direkrut sebagai keldai dadah bagi membantu mereka membawa dadah ke luar negara atau masuk ke Malaysia dengan cara memikat mangsa terlebih dahulu.

Ulasan: Dapat Awang Hitam dan ditipu jadi  keldai dadah

No comments: