Wednesday, June 13, 2012

Dengan BN: Jamin masa depan lebih baik?


KUALA LUMPUR 12 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan masa depan masyarakat Cina serta para penduduk di bandar adalah lebih baik dan cerah jika mereka bersama Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, masyarakat Cina dan penduduk bandar perlu memahami bahawa kerajaan BN selama ini telah berjaya mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian negara serta membentuk masyarakat yang makmur.

"Kita akan meneruskan usaha mendekati para pengundi di bandar termasuk yang berketurunan Cina," katanya pada sesi sembang selama sejam dengan orang ramai menerusi Sesi Sembang NSTLive di laman web NST, di sini hari ini....

Ulasan: Perlukah bangsa Cina mendengar nasihat politik dari bangsa Melayu yang berteraskan politik bangsa? Kita kena terima bangsa Cina kebanyakannya tinggal di bandar dan lebih mahir berpolitik. 

No comments: