Tuesday, June 05, 2012

UMNO paksa warga emas berlakon keluar PAS


Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS

Harakahdaily,05 Jun 2012
LARUT: Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno.

“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.

"Memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan," katanya mendedahkan perkara sebenar.

Malah, Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu ceramah dirumahnya bagi membongkarkan pembohongan Umno tersebut.

(Gambar: Pak Su Mat ketika menerima kehadiran Dewan Pemuda PAS Larut di rumahnya)
Kediamannya pula hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya lakonan majlis penyerahan borang 688 ahli PAS menyertai Umno itu.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Larut, Mohd Akmal Kamaruddin berkata drama malam kelmarin itu adalah pembohongan terancang Umno dan pengulangan skrip lama bagi tujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.

“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat," katanya.

Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.

Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.

“Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi.

Ulasan: Demikianlah gaya UMNO sanggup menipu. Pada hal menipu adalah salah satu dosa besar dalam agama kita.

Ulasan 2:
PAS Larut nafi 688 ahli keluar parti

LARUT: PAS Kawasan Larut menafikan laporan yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia bertarikh 3 Jun 2012 yang melaporkan 688 ahli PAS di kawasan tersebut mengisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno.

Ketua Penerangannya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata laporan tersebut adalah pembohongan terancang dan pengulangan skrip lama yang dilakukan Umno bertujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.

Jelasnya“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa, mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat”

Menurut Akmal lagi, pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.

Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Ia bagi memudahkan kerja kita untuk megeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS....


No comments: