Wednesday, June 13, 2012

DAP dikecam bangkitkan isu polis kasari kanak-kanak semasa Bersih 3.0


KUALA  LUMPUR   12  Jun - DAP   dikecam kerana cuba membangkitkan isu kanak-kanak yang dikasari oleh polis semasa Perhimpunan Bersih 3.0 lalu sebagai modal politik mereka.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, isu tersebut kini disebarkan oleh parti pembangkang terbabit menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi laman web YouTube.

Katanya, tindakan itu secara jelas berniat jahat apabila cuba mengheret kanak-kanak dalam agenda politik kotor mereka.

"Perkara ini melampaui batas apabila kanak-kanak digunakan sebagai alat permainan politik dan mereka bersikap berat sebelah untuk menunjukkan kononnya polis berlaku zalim.

"Biarpun mereka cuba mempertahankan hak asasi manusia melalui penganjuran perhimpunan itu, namun mereka tidak sedar tindakan menggunakan kanak-kanak itu juga melanggar hak asasi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa Panel Penasihat Bebas mengenai rusuhan di Dataran Merdeka, termasuk Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) memberi perhatian serius berhubung isu itu.
"DAP perlu membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menggunakan kanak-kanak untuk agenda politik mereka," katanya.

Zahrain turut mempersoalkan sikap berdiam diri Bank Negara Malaysia yang masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kesalahan jual beli maklumat perbankan berhubung isu Pusat Fidlot Nasional.

Ulasan:  Tiba-tiba Perhimpunan Aman Duduk dan Bantah 28/4/12 bertukar jadi seolah-olah kekacuan. Bila tiba-tiba menyemburlah air (berbisa?),  asap (tear-smoke shells (TS shells, fired with tear-gas launchers) and tear-smoke grenades (TS grenades, hand thrown) dan tiba-tiba satu pihak menzalimi pendemo yang sah warga kita (sila lihat video dalam you-tube). Demikianlah kita yang bercita menjadi jadi negara maju.

No comments: