Monday, June 04, 2012

Amerika Syarikat pindah armada ke Asia


SINGAPURA 2 Jun - Amerika Syarikat (AS) akan memindahkan majoriti armadanya ke rantau Pasifik menjelang 2020 sebagai sebahagian strategi baru AS yang memberi fokus kepada rantau Asia.

Ketua Pentagon, Leon Panetta berkata, keputusan untuk menempatkan lebih banyak kapal-kapal perang AS di Lautan Pasifik, selain memperbesarkan rangkaian kerjasama tentera, adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan peranan AS di rantau yang penting kepada negara itu pada masa depan.
Menjelang 2020, penempatan tentera laut akan diubah daripada pecahan 50-50 antara Pasifik dan Atlantik ketika ini kepada 60-40, katanya.

"Penempatan itu termasuk enam kapal induk, majoriti kapal perang, kapal pemusnah, kapal gempur pesisir dan kapal selam," katanya pada satu persidangan di Singapura, hari ini.
Tentera Laut AS ketika ini memiliki satu armada yang mempunyai 285 buah kapal dengan separuh daripadanya ditempatkan di Pasifik...

Ulasan:  Amerika akan buat hal di Asia pula.

No comments: