Wednesday, June 13, 2012

Kuasa penyembuh Sup Ayam



Sup ayam adalah makanan enak dan mudah untuk disediakan.  Ia juga adalah antara hidangan yang paling disukai oleh rakyat Malaysia.  Di samping rasa enak, adakah anda tahu bahawa sup ayam juga boleh dijadikan sebagai ubat penyembuh penyakit?! 

Sup ayam dikenali juga sebagai food of body and soul kerana khasiat yang dimilikinya.  Kebanyakan doktor mensarankan kepada pesakitnya yang mengalami selsema untuk memakan semangkuk sup ayam panas.  Dipercayai bahawa bawang putih dan lada hitam yang dicampurkan ke dalam sup tersebut mampu mancairkan kahak dan membuang lendir.  Wap yang terhasil ketika sup masih panas juga mampu melegakan hidung tersumbat. 

Asid amino yang dikeluarkan oleh ayam semasa proses memasak juga dikatakan menyerupai acetylcsteineyang selalu digunakan untuk mengubati salur pernafasan.


Ulasan: Jangan lupa letak halia. Elakkan menggunakan ajinomoto.

No comments: