Wednesday, June 13, 2012

Khasiat daun kesum



Daun kesum memang tidak asing dikalangan masyarakat Melayu.  Ia sering dicampurkan kedalam laksa dan masakan asam pedas.  Selain mengenakkan makanan, adakah anda tahu bahawa ia mengandungi banyak khasiat.  Diantara khasiatnya adalah :

1.  Air rebusan daun kesum jika diminum dengan teratur, mampu mambantu memulihkan masalah makanan tidak hadam di dalam perut.  Ia juga baik diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak.



2.  Air dari daun kesum yang ditumbuk jika disapukan di kepala,  mampu mengatasi masalah kelemumur.

3.  Daun kesum kaya dengan beta kerotina, vitamin A, vitamin C dan bahan galian seperti kalsium, kalium dna fosforus.

4.  Sifat semulajadinya yang beraroma boleh digunakan untuk menghasilkan pati minyak yang dipercayai berpotensi tinggi dalam industri wangian dan perisa.

No comments: