Tuesday, May 31, 2011

Pemimpin Perancis pula terlibat skandal seks

PARIS 30 Mei - Timbalan Menteri Perkhidmatan Awam Perancis, Georges Tron yang meletak jawatan semalam berikutan dakwaan melakukan serangan seksual ke atas dua wanita, memfailkan dakwaan fitnah terhadap wanita-wanita berkenaan…

Ulasan: Pilihlah calon dan pemimpin yang berakhlak.

Jangan lupa tradisi silam - PM

KUALA LUMPUR 30 Mei - Rakyat berbilang kaum diingatkan untuk tidak melupakan adat dan tradisi silam yang telah lama bersulam dalam jati diri bangsa Malaysia.

Sebaliknya, ujar Datuk Seri Najib Tun Razak, ia perlu sentiasa diingati walaupun Malaysia kini sedang mengejar transformasi untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju.

Mengambil contoh Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak yang akan disambut sebahagian besar penduduk di Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri berkata, kekayaan warisan negara itu seharusnya dihayati bersama…

Ulasan: Jangan lupa tradisi silam yang baik-baik sahaja, dan jangan lupa tinggalkan BN dalam pilihan raya nanti. Jangan biarkan orang politik BN menguasai kekayaan negeri anda dengan cara yang tidak sah.

Indonesia tarik balik pembekuan amah

BANDUNG 30 Mei - Selepas dua tahun membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, kerajaan Indonesia hari ini menarik semula pembekuan tersebut.

Ia dimuktamadkan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Sumber Manusia kedua-dua negara di sini hari ini.

Malaysia dan Indonesia diwakili oleh menteri masing-masing iaitu Datuk Dr. S. Subramaniam dan rakan sejawatannya di sini, Muhaimin Iskandar…

Ulasan: Lindungilah pembantu rumah dari menjadi perempuan simpanan majikan dan lelaki lain. Tugas mereka hanya sebagai pembantu rumah bukan  sebagai pelacur percuma.

Kalah pilihan raya kecil di kubu kuat sendiri

PM Itali kalah pilihan raya kecil di kubu kuat sendiri
ROM 31 Mei - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi berhadapan satu kekalahan besar di kawasan kubu kuatnya di Milan dalam satu pilihan raya kecil semalam, sekali gus mengancam kerajaan campuran pimpinan beliau.

Selepas berhadapan dengan tiga tuduhan rasuah dan satu skandal seks dengan gadis bawah umur, Perdana Menteri berusia 71 tahun itu dijadualkan akan kehilangan kuasa di ibu negara kewangan Itali itu…

Ulasan: Pilihlah calon yang berakhlak.

Risiko berganda menanti rakyat selepas PRU 13

KOTA BHARU, 30 Mei: Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar pun kenaikannya ditangguh sementara sekarang.

Lebih membimbangkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketepikan sebelum ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila rakyat memberi kuasa politik kepada BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, bebanan besar bakal ditanggung rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN masih diberi mandat pada pilihan raya umum nanti...

Ulasan: Selamat memilih parti untuk memerintah negara untuk penggal maksimum 5 tahun. Ada parti yang suka naikkan harga. Ada yang prihatin dengan rakyat.



Elektrik: BN bela IPP, bebankan rakyat

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan sekarang terus membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7% .

Katanya, IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat.

Ini, ujarnya belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikkan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka.

Semalan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun (esok) sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Menurut Herman, IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat.

Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenaikan tarif 7% mungkin kecil kepada pemimpin BN kerana bil mereka ditaja oleh Kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat.

Katanya lagi, rakyat masih boleh menerima kadar yang lebih rendah jika Kerajaan memberikan hak pengeluaran sumber tenaga elektrik terus kepada TNB dan menghapuskan IPP sebenarnya.

Tambahnya, untuk apa BN masih mahu terus menyara dan membela IPP sedangkan sebelum 1996, kualiti sumber elektrik negara tidaklah teruk sangat dan TNB pun telah menjalankan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka.

Manurutnya, apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa.

Oleh itu, katanya DPPWP menuntut penjelasan Kerajaan berhubung nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB.

“Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran,” ujarnya.

Katanya, dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini.

“Rakyat hanya ada satu pilihan untuk mencapai impian menghapuskan IPP ini iaitu dengan menolak BN dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat melaksanakan dasar-dasar yang lebih menguntungkan rakyat,” katanya lagi.

Ulasan: Satu lagi tanda yang jelas menunjukkan BN mengutamakan kroni, bela IPP. Pengundi-pengundi berhak mengajar BN supaya lebih mengutamakan rakyat dengan tidak mengundi BN dalam pilihanraya akan datang dan memangkah parti selain BN.

All Palestinians have right to visit Gaza

North Sinai Governor: All Palestinians have right to visit Gaza 

All Palestinians residing in Egypt have the unconditional and unrestricted right to visit the Gaza Strip, said North Sinai Governor Abdel Wahab al-Mabrouk on Monday after Egypt permanently opened its border crossing with the Hamas-ruled territory on Saturday.

Mabrouk explained that travelers to and from the Gaza Strip had a ten-hour daily access to the border crossing from 8 am to 6 pm, with the exception of Saturdays. He told Al-Masry Al-Youm that men between the ages of 18 and 40 are required to obtain a visa before entering into Egypt.

Regarding Israeli objections to the border opening, former Egyptian Ambassador to Israel Mohamed Basyouni said, “Tel Aviv has no right to bind Egypt to the border crossing treaty signed on 15 November 2005 between the Palestinian Authority and EU foreign policy chief Javier Solana as Egypt was not involved in this treaty.”…

http://www.almasryalyoum.com/en/node/457705

Ulasan: Negara yang mereka hebat bila pemimpin dan rakyat berjiwa merdeka.

Perokok wanita meningkat

PUTRAJAYA: Jumlah perokok wanita di negara ini semakin meningkat kepada tahap yang membimbangkan, terutama di kalangan remaja perempuan berusia antara 13 tahun hingga 15 tahun. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Tinjauan Tembakau Belia Global (Global Youth Tabacco Survey), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2009 menunjukkan peningkatan peratusan perokok remaja perempuan iaitu 12.4 peratus berbanding 11.5 peratus dalam kajian pada 2003. Katanya, jumlah perokok wanita secara keseluruhan juga menunjukkan peningkatan iaitu 5.3 peratus dalam kajian 2009 berbanding 4.2 peratus pada 2003…

Ulasan: Cancer cures smoking. 90% daripada kanser paru-paru di Mesir di sebabkan oleh merokok.

Monday, May 30, 2011

Erdoğan and AKP projects

Erdoğan and his projects 

Projects and plans by the ruling Justice and Development Party (AK Party) and its leader Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan for the new legislative year and leading up to 2023, when Turkey will mark the 100th anniversary of the establishment of the republic, are being revealed one by one.
 
These projects, which mainly include infrastructural projects and projects to develop Turkish democracy, remain as matters for debate among Turkish writers.

Star’s Sedat Laçiner ponders the ruling AK Party’s plans and projects for 2023 and what kind of projects Erdoğan should deliver in order to establish himself as a master politician. “First of all, setting election targets for 2023 is very good because Turkey shouldn’t have to listen to exaggerated promises at election times. There should be realistic short and mid-term goals. So it is necessary to congratulate Erdoğan from this aspect,” says Laçiner. With respect to projects Erdoğan announced for İstanbul and Ankara, such as the building of new highways and tunnels and the establishment of new cities and canals, Laçiner says these projects did not excite him very much because he thinks Erdoğan’s government will easily and successfully carry out these projects. In Laçiner’s view, infrastructural development projects will not help Erdoğan gain new strength but that his contribution to Turkish democracy will. “What made [the late prime minster and president, Turgut] Özal a master was not the bridges or highways he built, but his contribution to Turkish democracy and identity,” says Laçiner. He says what will dignify Erdoğan will be his solving Turkey’s fundamental political and social problems.

Bugün’s Ahmet Taşgetiren, on the other hand, talks about reactions to Erdoğan in the Southeast, which have appeared in the form of shops closing their shutters and other protests despite projects the government has implemented in the region.

 “Erdoğan has established modern hospitals and purchased air ambulance helicopters and planes for the Southeast. In doing this, I think Erdoğan’s benevolent concerns are in question more than his quest to receive more votes in the elections. Erdoğan is looking for outcomes such as saving the lives of mothers and newborns. He is one who can find joy when a baby comes into this world safely and healthily,” says Taşgetiren. In his view, Erdoğan is not carrying out his projects in the Southeast and all over Turkey in a bid to win more votes. “You just become and act like a humanist, you must like people and let your love for humanity dominate all your actions,” says Taşgetiren, noting that achieving this will automatically secure public support for a politician.

http://www.todayszaman.com/columnist-245541-erdogan-and-his-projects.html

Imam-hatip high schools in Turkey

Imam-hatip high schools are another type of secondary education institution in Turkey. In Turkey, these schools put a greater focus on religion and have a more conservative school uniform. Families who enroll their children in these schools want them to learn more about their religion and faith and social codes. The schools were originally established to train government-employed imams after medreses (Muslim theology schools) were abolished by Atatürk. It is believed that there are more than 500 imam-hatip high schools in Turkey serving more than 100,000 students. The imam-hatip high school, in addition to the curricula taught in public schools, offers additional courses on Islam. These schools are in high demand from a different section of society and have their own strong sense of identity.

http://www.todayszaman.com/columnist-245472-what-is-your-school-preference-public-private-or-imam-hatip.html

Turkey's political topography ahead of the June 12 elections

ŞAHİN ALPAY, s.alpay@todayszaman.com 

This is how Turkey's political topography ahead of the June 12 elections looks. According to surveys, there are only three or four parties expected to be represented in the coming Parliament.
 
It would be a big surprise if the Justice and Development Party (AKP) of Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan fails to win at least a majority of the contested 550 seats to continue to govern the country for a third consecutive term.

The AKP has been able to raise its share of the national vote from 34 percent in 2002 to 47 in 2007, and is according to surveys likely to perform nearly as well in 2011. It has the support of nearly half of the electorate, mainly because it has been able to achieve economic stability and growth, thereby nearly doubling the average per capita income. It also took measures, albeit modest, to improve the uneven distribution of income. Through a resolute struggle it managed to curb the tutelary powers of the civilian-military bureaucracy that are in conflict with democracy. The Kurdish problem has yet to be solved, but the official denial of the Kurds has come to an end. It has significantly enhanced Turkey's international prestige and soft power.

There are, however, increasing concerns about the AKP's performance in its third term in power. The list of candidates for the June 12 election handpicked by Erdoğan has created much disappointment even among the AKP's own constituency. The list seems to reflect Erdoğan's expectation of full obedience from the party's parliamentary group. His suggestions of introducing a presidential system on the French, and even Russian, model, is highly disturbing. That there is not a single spokesperson for the Alevis among AKP candidates greatly cripples the party's claim to be the party of the entire nation. It is increasingly worrying for many that with a mentality of economic growth at all costs, the AKP government has little consideration for the environment and seems determined to build nuclear power plants with little preparation for it, and despite the fact that two-thirds of the people are opposed.

Despite growing criticism, the AKP is posed to win a third term. Problems may arise, however, if it manages to win 330 or more seats in Parliament, thereby attaining the possibility of drawing up the promised new constitution entirely on its own initiative. A constitution drafted without consensus between parties is not likely to meet the requirements of democratic consolidation so badly needed. If, however, the AKP gets less than 330 seats, there is the danger that Erdoğan might shelve the idea of a new and democratic constitution.

For democracy to function properly, a strong opposition committed to democratic values is absolutely necessary. The initiative of its new leadership to commit the party to a liberal democracy rather than to the bureaucratic tutelage regime has raised hopes of the Republican People's Party (CHP) eventually being transformed into the credible alternative government party that the country has lacked during the last decade. Its list of candidates filled with suspects on trial in the case against the Ergenekon criminal network and right-wing figures and the incoherencies of Kemal Kılıçdaroğlu's discourse during the campaign have dashed hopes. If Kılıçdaroğlu fails to score better in the polls as compared to the local elections in 2009, he risks a return of the old guard headed by former leader Deniz Baykal.

In order for Kurdish demands to be properly represented in the drawing up of the new constitution and for violence to come to an end, it is important that the Peace and Democracy Party (BDP) form a larger group in this Parliament. The BDP's insistence, however, on being the sole representative of the Kurds, which does not at all correspond to Kurdish realities, is leading to divisive conflict among the Kurds. Its performance is perhaps best portrayed by the imprisoned leader of the Kurdistan Workers' Party (PKK), Abdullah Öcalan, who recently said that the BDP does not properly avail itself of opportunities provided by democratic politics.

If the CHP traditionally represents the authoritarian secularism of Kemalism, the Nationalist Movement Party (MHP) represents its Turkish nationalism. Under Kılıçdaroğlu's leadership the CHP, by abandoning the “secularism is in danger” litany and distancing itself from authoritarian secularism, is attempting to attract votes from among religious Sunnis. The MHP, on the other hand, is repositioning itself to fill the hard-line secularist space left by the CHP and thereby garnering the votes of part of the traditional CHP constituency. Surveys, however, indicate that the MHP may not be able to surpass the threshold, having offended part of its own religious constituency. The failure of the MHP to gain seats would not only cripple the representativeness of the coming Parliament but would increase the risk of radicalization among the MHP's rank and file.

For all the main reasons discussed above, the June 2011parliamentary election may be held under more normal conditions than the previous one, but it is likely to have a profound impact on Turkey's future course.

http://www.todayszaman.com/columnist-245475-turkeys-political-topography-ahead-of-the-june-12-elections.html

Tiada parti politik berhak pertahan Putrajaya

Kim Quek, May 29, 2011 

Adalah sesuatu yang membimbangkan apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak berulang kali menyeru supaya mempertahankan Putrajaya. Terbaru, ketika beliau berucap pada perhimpunan Hari Belia Sedunia di Putrajaya semalam.

Kepada para belia, Najib bertanya, “adakah anda akan mempertahankan Putrajaya bersama saya,” dan setelah mendapat jawapan yang positif, beliau bertempik, “Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya!”

Seruan beliau yang menyakitkan hati dan bernada sama ialah ketika Perhimpunan Agung Umno ke 61 apabila beliau menempik, “walaupun badan kita hancur lebur dan nyawa melayang, saudara saudari, walau apa pun yang terjadi, kita mesti pertahankan Putrajaya.”

Bagi mereka yang kurang mengerti menjangkakan bahawa negara Malaysia ini sedang diserang oleh orang luar, jika tidak…….masakan Najib bermati-matian mahu mempertahankan pusat pentadbiran Putrajaya?

Tetapi kita rakyat Malaysia tahu bahawa kenyataan Najib ini bukan bermakna terdapatnya kemasukan orang asing tetapi melambangkan mentaliti yang sakit tentang pergantungan kepada kuasa kerana sekian lama memerintah negara ini secara berterusan sejak lebih seabad yang lampau.

Putrajaya milik parti atau milik rakyat?

Umno telah bergayut kepada hegemoni politiknya sejak sekian lama sehinggakan mereka tidak dapat membezakan apa yang menjadi milik parti dan apa yang menjadi milik rakyat.

Putrajaya bukannya milik harta peribadi mana-mana parti politik tetapi aset awam yang menjadi milik semua rakyat Malaysia. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang berhak untuk bercakap soal mempertahankan Putrajaya, melainkan negara ini menghadapi penaklukan kuasa asing.

Malahan Umno hanya sebagai tetamu di Putrajaya, dijemput oleh rakyat untuk mentadbir negara ini untuk suatu tempoh tertentu.

Selepas habis tempoh, tuan tanah, iaitu rakyat, akan menjemput pembida-pembida, iaitu parti-parti politik, untuk menyertai tender bagi menduduki Putrajaya semula.

Pembida yang berjaya kemudian akan dijemput untuk menandatangani perjanjian sewa di Putrajaya dan mentadbir kerajaan persekutuan sehingga tamat tempoh akan datang.

Oleh yang demikian, tidak ada apa-apa yang hendak dipertahankan oleh Umno, melainkan tempoh kuasa mereka yang singkat sehinggalah tempoh perkhidmatan mereka di Putrajaya ditamatkan.

Najib tidak berpijak pada bumi yang nyata apabila bercakap tentang mempertahankan Putrajaya, apatah lagi untuk mempertahankannya dengan nyawa dan darah.

Apakah nanti rakyat Amerika Syarikat fikirkan, jika Presiden Barrack Obama menyeru supaya mempertahankan Washington DC apabila menghadapi penentangnya pada pilihan raya presiden akan datang?

Sudah tentu mereka akan fikirkan bahawa Presiden mereka telah gila! Dan jika terus bercakap mahu menumpahkan darah dan berkorban nyawa, ramai rakyatnya akan pengsan.

Konsep ketuanan ke atas pusat pentadbiran sebagai hak peribadi yang eksklusif oleh mana-mana parti politik tersangat asing kepada prinsip demokrasi dan tidak ada sesiapa yang seharusnya bermimpi untuk menuturkan kata-kata seperti itu untuk tujuan meraih kuasa politik.

Tetapi di Malaysia, Najib kelihatan bangga dan bongkak kerana dengan menuntut Putrajaya beliau disorak dan diipuji kerana bertindak sedemikian.

Tindakan ini memperlihatakan Najib dan Umno telah jauh menyimpang dari landasan asal demokrasi berbanding ketika mana pemimpin-pemimpin terdahulu membentuk negara ini.

Hegemoni politik Umno 

Bukan sahaja Umno begitu kemaruk untuk bergayut kepada kuasa politik mereka sebagai hak milik eksklusif dan pertarungan hidup mati tetapi minda rakyat telah dibentuk oleh hegemoni politik yang telah sekian lama memerintah.

Ramai yang tidak dapat melihat penampilan Najib yang berselindung di sebalik prinsip-prinsip asas perlembagaan sedangkan rakyat adalah tuan dan bukan parti yang memerintah.

Lebih buruk lagi dari tuntutan beliau ke atas Putrajaya, adakah ancaman Najib untuk melakukan sesuatu yang melangkaui batas-batas perlembagaan seperti rusuhan dan pertumpahan darah untuk mengekalkan kuasa apabila menghadapi kekalahan atau berpotensi untuk tewas dalam pilihan raya umum nanti.

Jika ia benar-benar berlaku, ia merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat dan negara ini. Perlembagaan negara merupakan kontrak sosial di antara semua kaum di mana mereka bersama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Rakyat Malaysia harus merenung sejenak sama ada mereka boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa politik yang tidak teragak-agak untuk merobek-robek Perlembagaan dan menentang pilihan rakyat, apabila mendapati keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.

Sementara itu, kita juga harus menentang sekeras-kerasnya eksploitasi Barisan Nasional terhadap majlis perhimpunan belia ini di Putrajaya ini bagi melancarkan propaganda politik mereka.

Acara ini, yang dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat, seharusnya menjadi perayaan belia, dan sepatutnya menjadi perayaan bukan politik.

Tetapi BN telah menukarnya menjadi platform politiknya di mana mereka menyerang musuh-musuh politik mereka. Ini merupakan salah satu dari salah guna kuasa yang berleluasa dan penggunaan dana awal bagi mencapai kepentingan politik mereka.

Makanya, ia menjadi satu lagi pertimbangan untuk rakyat untuk sekali lagi merenung sejenak apabila membuat pilihan mereka nanti.

Jangan lupa jasa polis, tentera

KUALA LUMPUR 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk tidak melupakan jasa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di seluruh dunia.

Menurut Perdana Menteri, jasa anggota berkenaan termasuk keluarga mereka, wajar diberikan penghargaan dan penghormatan atas segala pengorbanan demi keamanan dunia sejagat….

Ulasan: Semua orang ada tanggungjawabnya membangunkan negara.

Lima ditembak mati dalam kepungan tentera Syria

NICOSIA 30 Mei - Pihak keselamatan Syria menembak mati lima orang dan mencederakan lebih 100 yang lain selepas melakukan kepungan di bandar Talbisa dan Rastan berdekatan Homs yang terletak di tengah-tengah Syria, kata aktivis semalam.

Menurut aktivis yang tidak mahu dikenali, tiga orang terbunuh di Talbisa manakala dua lagi di berhampiran bandar Rastan.

Lebih daripada 100 orang yang cedera dibawa ke hospital di Homs. – AFP

Ulasan: Semakin banyak darah syuhada jatuh ke bumi menjadi petanda diktator Syria akan lenyap.

Bukan benda baru: BN menang, barang naik

BN menang, barang naik 
Idris Ahmad  

Kerajaan BN gagal untuk menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat. Pemimpin sudah lari daripada tanggungjawab sebenar sebagai seorang pemimpin kepada rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin yang menjadi khadam rakyat perlu mencari formula bagaimana hendak menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Realiti kesusahan rakyat

Kenaikan harga barang keperluan rakyat seperti bawang merah RM7.00, bawang putih RM8.00 sekilo, sayuran,ikan dan minyak masak.

Baru-baru ini di negeri Pahang minyak masak tidak ada di pasaran, sedangkan Pahang pengeluar sawit terbesar di negara ini.

Pada tahun 2010 harga gula telah naik sebanyak 55%. Pada Jan 2010 harga gula hanya RM1.10 sekilo telah naik sebanyak tiga kali, bulan januari 20 sen, julai 25 sen dan 4 disember 20 sen, sehingga mencecah RM2.10 sekilo. Pada 10 Mei 2011 gula naik lagi 20 sen menjadi harga RM2.30 sen.

Mulai 1/1/11 Persatuan Kedai Kopi WP/Selangor menaikkan harga minuman RM1.20 kepada RM1.40 sen secawan.∙ 

Kenapa harga barang naik  

Pemimpin bukan berjiwa rakyat, tidak fikir masalah rakyat. Mereka hanya membela kroni dan anak pinak sahaja. Mereka tidak terasa keperitan kerana yang menanggung keperluan mereka ialah rakyat. 

Rasuah meningkat, meyebabkan harga jualan meningkat kerana terpaksa membayar rasuah oleh peniaga akhirnya bebanan kos rasuah ditanggung oleh pengguna (rakyat).

Pemimpin tidak kreatif untuk memajukan hasil bumi walaupun Malaysia negara yang subur sehingga kadar import makanan terlalu tinggi sedangkan bumi Malaysia cukup subur.Nilai import makanan meningkat mendadak daripada tahun 2005 sebanyak RM17.7 bilion kepada RM26.7 bilion pada tahun 2009. Import makanan menjadi tinggi kerana andaian lebih ekonomik tanah didirikan industri daripada memajukan pertanian.

Unsur untuk mengutamakan kroni melalui permit import makanan menyebabkan kos naik mendadak, akhirnya beban ditanggung oleh rakyat.

Tidak ada keberkatan daripada Allah kerana banyak maksiat dan perkara munkar berlaku berterusan.

Pelabur tidak yakin kerana rasuah, menyebabkan ekonomi mengucup.  

Alasan untuk membodoh rakyat

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Hal Ehwal Pengguna berkata rakyat digalak menanam sayur-sayuran untuk meringan beban keluarga.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata “bawang naik kerana di India banjir. (UM 7/1/11).

Datuk Seri Ismail Sabri marah kepada peniaga kerana membuat spekulasi sehingga harga barang melambung. (UM 8/1/11)∙

Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan supaya kurangkan makan manis supaya kurangkan makan gula dan rakyat makan makanan rebus sahaja.∙

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga barang. (UM 16/1/11)  

Datuk Tan Lian Hoe memberi alasan pergolakan politik dunia seperti di Libya menyebabkan harga barang naik. (Bernama 27/2/11)

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daging mahal kerana Australia (Queensland) banjir. (UM 5/3/11)  

Negara akan bankrap jika subsidi tidak dihentikan

Barang naik kerana rakyat di negara ini semakin ramai maka permintaan melebihi tawaran. (UM 5/3/11)

Pemimpin mengeluarkan slogan “Ubah Gaya Hidup Anda” untuk kempen jimat cermat.  

Datuk Seri Ismail Sabri cuba bermain wayang dengan kenyataannya "Kerajaan berusaha untuk pastikan barang tidak naik dan tidak akan hapus subsidi. (Ismail Sabri, Bernama 5/3/11)

Jawapan kepada pemimpin Pak Pandir

PAS bersetuju rakyat kurang makan manis, tetapi bagaimana pula rakyat yang berniaga kuih mesti cukup rasa.  

Memang kerajaan perlu menaikkan harga gula, tepung, minyak masak untuk elak negara bankrap pada tahun 2019 seperti kenyataan Datuk Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.  

Pemimpin negara tidak kisah kerana semua keperluan mereka rakyat tanggung.

Alasan kerajaan kenapa harga minyak naik  

Gunakan istilah penyelarasan, bukan kenaikan supaya rakyat boleh ditipu.

Arahkan media jangan letak perkataan "naik", tetapi gunakan perkataan "penyelarasan".

Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan berkata “supaya minyak tidak diseludup ke negara jiran".  

Harga minyak di negara ini lebih murah daripada negara jiran.  

Datuk Tan Lian Hoe, rakyat perlu terima kasih kepada kerajaan kerana hanya menaik minyak 5 sen sahaja sepatutnya banyak lagi∙  

Harga minyak di peringkat antarabangsa naik maka Malaysia juga terkesan.

Wang subsidi minyak akan digunakan untuk memajukan pengangkutan awam.

Wang subsidi yang ditarik akan membantu rakyat miskin.

Jawapan untuk pemimpin Pak Pandir

Jangan bandingkan dengan Singapura, kerana ia bukan negeri pengeluar minyak. Kena banding dengan negara pengeluar minyak seperti Brunei, Iran, Saudi, Bahrain.

Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana taraf hidup rakyatnya tinggi.  

Jika minyak peringkat antarabangsa naik, Malaysia tentu beruntung kerana negara kita pengeluar minyak. Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan daripada tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion). Jika kerajaan ambil RM14 bilion untuk subsidi masih berbaki RM66.1 bilion. Kenapa kerajaan boleh beri subsidi untuk IPP sebanyak RM19 bilion setahun. Semata-mata kerana kroni. Rakyat ditekan dengan kenaikan harga barang.

Tidak adil wang subsidi minyak ditarik hanya untuk memajukan perkhidmatan awam di bandar, sedangkan harga minyak di kampung sama seperti di bandar.  

Perdana Menteri dan anggota kabinet Britain dan Singapura mengumumkan pemotongan gaji dan elaun mereka tapi di Malaysia, Perdana Menterinya mengumumkan pemotongan subsidi untuk rakyat.  

Bagaimana PR mengawal harga barang

Insya Allah, jika mandat diberikan kepada PR untuk memerintah di peringkat pusat kita mampu memberi yang terbaik untuk rakyat.

Mengambil model kerajaan Kelantan yang berjaya menguruskan negeri hampir 21 tahun walaupun mengalami kekangan kewangan tanpa terencat untuk merakyatkan ekonomi melalui program kebajikan seperti kifalah, skim al ziwaj (bantuan perkahwinan), bantuan beras secara bulanan kepada orang miskin. Sekarang negeri Kelantan termiskin nombor enam, berbanding ketika mula-mula memerintah nombor dua.

Kedah negeri yang terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM2.3 bilion telah berjaya mencipta sejarah dengan lebihan wang RM19 juta pada tahun 2010. Jika Kedah pun mampu membuat lonjakan sudah barang pasti jika PR memerintah pusat, sudah tentu boleh membela rakyat dengan pendapatan negara yang melimpah ruah.

Berusaha untuk memerangi rasuah yang berlaku di dalam negara, seperti laporan Ketua Audit Negara 2008 yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM28 bilion, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat.

Model pengurusan kewangan dan menjaga kebajikan rakyat di negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh jika PR memerintah kerajaan pusat.

Memerangi ketirisan dan pembaziran adalah satu cara untuk memastikan manfaat kemewahan di pulangkan kepada rakyat. PR tidak akan mengulangi pembaziran wang rakyat seperti Majlis Bandaraya Bersejarah Melaka yang membina dua tandas awam berharga RM190,000. 
Mengoptimumkan penggunaan tanah yang subur untuk menghasilkan bahan makanan supaya wang negara tidak mengalir keluar. Lebih daripada itu ia menjadi satu keselamatan makanan tanpa bergantung kepada negara luar jika berlaku bencana di dalam negara.

Menarik balik subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion dan diagih kepada 27 juta rakyat supaya dapat menyekat kenaikan keperluan rakyat.

Ini adalah sebahagian daripada jawapan untuk membuktikan bahawa BN turun, barang turun. BN naik, barang naik, banyak naik dan binasa negara.

Sumber: harakahdaily.net

Melayu Pulau Pinang miskin sejak zaman BN lagi

KULIM, 29 Mei: Fakta dan kedudukan sebenar mengenai orang Melayu di Pulau Pinang tidak boleh dipolitikkan kerana sememangnya orang Melayu adalah yang termiskin di negeri itu.
 
Namun begitu, ianya bukan masalah baru sejak diterajui oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada tahun 2008 yang lalu kerana telah berlarutan semasa BN menerajui kepimpinan negeri lagi.
 
Walau bagaimana pun sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, pelbagai usaha dilakukan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.
 
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik (gambar) berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah sempena makan malam anjuran PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu malam tadi.
 
"Usaha bagi mengurangkan jumlah miskin tegar dilakukan oleh kerajaan negeri dengan mengunjurkan tambahan pendapatan supaya mereka yang berada dalam kategori ini mendapat pendapatan bulanan dari RM400 kepada RM500.
 
"Dalam tempoh setahun pembasmian ini telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2010 yang lalu sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukkan bagi program ini," ujarnya lagi.
 
Malah katanya, DAP tidak pernah mengamalkan sikap melampau atau cauvanis sepertimana yang didakwa oleh BN dan konco-konconya….

Ulasan: Satu hari nanti, BN/UMNO akan jatuh juga kerana zalim kepada rakyat. Bila BN/UMNO kuat, orang politik UMNO tak pernah miskin dan rakyat Melayu akan merana.

Beri IC kepada warga asing = menghina rakyat sendiri

Beri IC kepada warga asing jelas suatu tindakan menghina rakyat sendiri

….Dahulu Hasnar Ebrahim pernah ditahan ISA pada tahun 1980-an kerana mendedahkan bahawa beliau pernah bermesyuarat bersama Megat Junid, dan wakil Jabatan Pendaftaran Negara membincangkan kaedah pemberian IC kepada pendatang di sabah. Lantaran itu sebarang retorik BN bahawa mereka sedang menyelesaikan isu pendatang haram adalah dusta malah hipokrit kerana Projek IC segera di Sabah jelas direstui oleh Mahathir.

Selepas kes IC palsu dilaporkan sekitar 1990-an, 17 kakitangan JPN termasuk Jabar Khan ditahan ISA juga sebagai satu cara kambing hitam tindakan Mahathir.

Gempar juga apabila seorang buruh Indonesia yang menunggu kad pengenalan selama 30 tahun mendedahkan bahawa beliau diminta menyokong BN jika inginkan kad pengenalan biru. Malah beliau diminta mengundi bukan di alamat tetapnya di Lembah Kelang sebaliknya di Johor untuk memantu kawasan BN.

Kini didedah pula hal sepucuk surat yang dihantar oleh Umno Bahagian Hulu Selangor kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein bertarikh 23 Mac 2011 menyatakan jika ingin mengekalkan kerusi parlimen tersebut, Umno bahagian meminta "jasa baik" menteri supaya membawa masuk "bakal pengundi" terutamanya pemastautin tetap (PR - permanent resident) sebanyak 2,000 orang.

Jika Machiavelli masih hidup, beliau juga akan mengutuk tindakan kerajaan sebegini kerana Machiavelli cukup benci kepada pemerintah yang berjaya atas bantuan tentera upahan, tentera rakyat asing serta bergantung kepada para menteri yang hanya pandai mengampu.

Rakyat perlu disedarkan bahawa mereka kini tiada lagi nilai di mata BN kerana rakyat asing akan menggantikan rakyat Malaysia sebagai penyokong dan pengundi BN.

Beri IC kepada warga asing jelas suatu tindakan menghina rakyat sendiri, menidakkan kuasa undi rakyat sendiri.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/3534-ic-haram-menidakkan-kuasa-rakyat

Jangan minum bir didakwa halal

PADANG SERAI 29 Mei — Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bersama majlis-majlis agama Islam negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih jelas," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan dekat sini, petang semalam.

Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular dalam kalangan umat Islam dan dikesan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), baru-baru ini…

Ulasan: Kita hina selagi kita hanya menjadi umat pengguna. Kita sepatutnya keluar dari kepompong pengguna menjadi umat usahawan. Ulama telah memberitahu lama memberutahu kita bahawa masyarakat kita perlu lepas dari tanggungjawab fardhu kifayah. Selama belum, kita sama menanggung dosa. Dan di dunia nampak jelas kita dipermain-mainkan orang. Salahnya diri kita sendiri. Duit berjuta pun tak ada guna.




Penduduk memperingati perang Bosnia

VISEGRAD, Bosnia-Herzegovina 29 Mei - Beratus-ratus penduduk Islam Bosnia berhimpun di bandar ini, semalam untuk memperingati ahli keluarga mereka yang terkorban dalam insiden pembunuhan beramai-ramai oleh pengganas Serb pimpinan penjenayah perang, Ratko Mladic pada 1992...

Ulasan: Apabila kita orang Islam meninggalkan tuntutan agama kita maka sejarah telah menunjukkan kita akan menghadapi musibah dlm berbagai bentuk yang sangat menghinakan kita. Semata-mata untuk mengingatkan kita kembali mengamalkan Islam kerana kita hanya hebat bila kita mengamalkan Islam.

Suara anak gajah jatuh parit gemparkan pekerja ladang

JELI 29 Mei - Pekerja ladang Felcra Tumbi Rapat dekat Kampung Reka di sini, digemparkan dengan suara seekor anak gajah jantan yang terjatuh ke dalam sebatang parit, kira-kira pukul 12 tengah hari, semalam.

Mereka pada mulanya menyangka anak gajah itu dikejar oleh harimau, menyebabkan ada yang bertempiaran lari meninggalkan kawasan ladang berkenaan…

Ulasan: Banyak Jalan Kebajikan. Mari membantu makhluk Allah.  

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: "Pada suatu saat ada seorang laki-laki berjalan kemudian di tengah-tengah perjalanan ia merasa haus sekali; ia mendapatkan sebuah sumur maka ia turun ke dalamnya dan meminum daripadanya. Kemudian ia keluar, tiba-tiba ada seekor anjing yang menjilat-jilat tanah karena kehausan, lantas orang itu berkata: "Anjing ini benar-benar telah kehausan sebagaimana saya tadi juga kehausan". Ia terus turun ke sumur lagi dan mengisi sepatunya dengan air sampai penuh kemudian ia menggigit sepatunya sehingga ia naik ke atas lantas ia memberi minum kepada anjing itu dan Allah memuji perbuatan orang itu karena menolong anjing, kemudian Allah mengampuni dosanya". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kalau kita menolong binatang juga mendapatkan pahala?" Beliau menjawab: "Menolong setiap makhluk yang mempunyai limpa itu mendatangkan pahala". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dikatakan: "Kemudian Allah memuji perbuatan orang itu dan memberi ampunan kepadanya serta memasukkannya ke dalam surga".

Dan di dalam hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang lain dikatakan: "Pada suatu saat ada seekor anjing yang berputar-putar di sekeliling sumur yang hampir mati karena kehausan kemudian ada seorang penjahat dari Bani Israil yang melihat anjing itu lantas ia melepas sepatunya dan mengambilkan air untuk anjing itu lantas ia meminumkannya kepada anjing itu maka diampunilah dosa-dosa orang itu lantaran perbuatannya itu".

http://www.hadits.net/hadits/hadits/3076-banyak-jalan-kebajikan

Friday, May 27, 2011

Royalti minyak: Kerajaan Pusat kekal selaku pencelah

PUTRAJAYA 26 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Kerajaan Persekutuan kekal selaku pencelah dalam kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyekat Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah sekali gus dinamakan sebagai defendan kedua dalam kes saman tersebut...

Ulasan: Perjanjian termetri di antara dua pihak berkontrak, Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan. Straight and simple. Masalah bila kerajaan BN yang anti Kerajaan Negeri Kelantan, maaf cakap,  melarang Petronas dari menunaikan tanggungjawabnya membayar royalty kepada Kelantan. Kenapakah melarang hak orang? 

Pelatih PLKN belajar demokrasi

KUALA LUMPUR 26 Mei - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan didedahkan tentang kepentingan diri mereka dalam proses pembentukan kerajaan menerusi pengenalan Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) Mari Mengundi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengajak peserta PLKN supaya menjadi seorang pemilih pada ketika mereka layak untuk mereka berbuat demikian...

Ulasan: Di seluruh dunia, pemimpin negara dan peniaga memainkan peranan yang cukup besar. Cukuplah, mari kembali ke demokrasi sebenar di mana rakyat di sayangi.

Bukti keprihatinan kerajaan ATAU takut kalah?

Bukti keprihatinan kerajaan

TOKYO 26 Mei - Keputusan tidak menaikkan harga petrol RON 95, diesel dan gas petroleum cecair dalam waktu terdekat membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang terpaksa ditanggung rakyat walaupun akan terpaksa menanggung subsidi hampir RM20 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan menanggung beban yang berat itu terpaksa dibuat semata-mata untuk kebajikan rakyat kerana kerajaan hanya mempunyai bajet subsidi minyak sebanyak RM11 bilion tahun ini. 

"Ini bererti langkah-langkah susulan atau alternatif perlu diambil kalau harga minyak masih tidak dinaikkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Jepun untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-17 di sini, hari ini....

Ulasan: Selamatlah rakyat dari satu lagi kenaikan. Bagus juga dekat dengan pilihan raya umum ke 13. Tapi kalau kita sokong dan undi BN juga, lepas menang nanti, banyaklah kenaikan harga terhadap kenaikan harga barangan yang tertangguh.

Syria: Kaedah Penyiksaan Makin Meningkat

Dalam usaha untuk membendung penunjuk perasaan di Syria, kerajaan telah menggunakan pelbagai kaedah penyiksaan terhadap mereka mulai dari pemukulan, penutup mata, menggari dan tengking...

Ulasan: Selama 40 tahun, pelbagai kaedah termasuk cara-cara yg mengerikan telah digunakan untuk menakut-nakutkan warga pengunjuk perasaan. Dan mereka berbangga kerana mereka berjaya menghalang penduduk dari menuntut hak asas mereka iaitu kebebasan, ketelusan dan keadilan. Tunggulah apabila kezaliman memuncak, warga akan HILANG TAKUT penyeksaan bahkan MENCINTAI kematian. Maka masa untuk diktator memerintah AKAN tamat. 

Syria's Torture Methods Reaches All time High

In a bid to stem protestors in Syria, authorities have used various methods of torture against them ranging from beatings, blindfolds, handcuffs and verbal abuse...

Comment:  For 40 odd years, such have been used to terrify citizen protesters. When the citizens are not afraid anymore of tortures and even death, then....dictators will have to go. That time will come.


Lynas: Kerajaan BN lantik panel bebas

Lynas: Panel bebas tidak bebas 
Huzir Sulaiman  

Ramai pihak ragu-ragu dengan ketelusan 9 orang Jawatankuasa Panel Bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya oleh Kementerian Industri Dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang diketuai oleh menterinya Dato’ Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya Dato’ Mukhriz Tun Mahathir.

Keraguan yang pastinya akan menjejaskan integriti atau ketelusan laporan keselamatan, kesihatan dan persekitaran ‘panel bebas’ itu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya akan terus dipertikaikan malah ditolak.

Dan jika laporan yang tidak telus itu digunapakai sebagai panduan atau rujukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk membenarkan Lynas untuk terus beroperasi pada bulan September atau November ini, hampir 800-850 ribu nyawa manusia termasuk keturunan mereka akan diperjudikan sampai bila-bila demi keuntungan ekonomi pihak tertentu semata-mata.

Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata badan binasa.

Satu insiden yang melibatkan kebocoran sisa buangan radioaktif ke udara, air, tanah dan makanan sudah memadai untuk mengheret semua rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman termasuk keseluruhan perniagaan atau perusahaan malah sektor awam ke situasi yang cukup kritikal. Satu keadaan kritikal, yang jika gagal dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab akan mengheret semua pihak tidak kira agama dan bangsa, tua atau muda kepada kehancuran total sampai bila-bila.

Kenapa keraguan itu timbul:

Laporan daripada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) pada 18/5/11 mempertikaikan kewajaran MITI untuk menubuhkan ‘panel bebas’ itu sedangkan penilaian kesihatan awam, isu keselamatan radiasi, dan kemudahan kilang berbahaya atau ‘hazardous’ tidak terletak di bawah bidang kuasa MITI.

Pihak berkuasa tidak dilihat terlibat di dalam perlantikan 9 ahli ‘panel bebas’ itu khususnya Jabatan Alam Sekitar (DOE) sedangkan permohonan awal penilaian persekitaran telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar semenjak tahun 2008. Matlamat DOE untuk melindungi alam sekitar lebih kukuh dan berkaitan dalam isu ini dan juga relevan dengan kegusaran penduduk setempat kepada ancaman sisa buangan radioaktif dari operasi Lynas kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI) menyerahkan pula keseluruhan tanggungjawab ‘panel bebas’ itu kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana IAEA adalah badan antarabangsa yang mempunyai kepentingan khusus untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan keseluruhan aktiviti yang berkaitan dengannya di seluruh dunia. Mereka bukan penggubal undang-undang atau ‘regulator’ yang diyakini tiada berkepentingan untuk menyebelahi sesiapapun. Bagaimanakah pihak yang berkepentingan untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat menjalankan tugas sebagai penggubal atau ‘regulator’ dalam Kes Lynas ini. Sebagai satu badan yang tiada berkepentingan langsung khususnya di dalam mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia. Pastinya, penilaian berat sebelah mungkin berlaku dalam kes penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran dari operasi Lynas ini pada 29/5/11 sehingga 03/06/11 ini.

4 daripada 9 orang ahli ‘panel bebas’ itu adalah kakitangan IAEA. Keraguan teramat sangat dari penduduk setempat bahawa kepentingan 4 orang kakitangan IAEA itu untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia akan mempengaruhi ketelusan mereka ketika penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran itu.

5 orang pakar luar atau ‘external expert’ yang bukan dari IAEA telah dimaklumkan oleh CAP/SAM sebagai tidak bebas kerana dikaitkan dengan syarikat-syarikat yang berasaskan tenaga nuklear dan nadir bumi termasuk pernah berkhidmat sebagai jururunding malah sebagai pekerja atau bekas pekerja kepada syarikat berkenaan malah kepada IAEA termasuk mempuyai kepentingan seperti IAEA untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan.

Sumber: harakahdaily.net

Ulasan: Pelik juga, kerajaan BN yang tidak telus tiba-tiba melantik panel bebas. Bebaskah panel itu? Negara kita sudah lama merdeka, merdekakah jiwa ini?



Bila orang Islam sudah tak kisah amal Islam...

Apabila orang Islam Bosnia dulu melalaikan perintah Allah dlm pelbagai gaya...maka mereka telah di dera dan di bunuh beramai-ramai oleh jiran mereka (orang Kristian) dan oleh pasukan Serbia dalam Perang Balkan yang berlangsung pada tahun 1992-1995.

Perang itu dikatakan sebagai kejahatan perang terburuk di Eropah setelah Perang Dunia II. Lebih 200,000 Muslim Bosnia menjadi korban kekejaman pasukan Serbia selama perang berlangsung, dan sekitar 20,000 muslimah menjadi korban perkosaan yang dilakukan secara sistematik oleh pasukan Serbia... Itu belum lagi cerita mengenai pembunuhan beramai-ramai Srebnica

Pengajaran: Bila kita lalai amalkan Islam secara terang-terang dan cara hidup kita yang nampaknya seolah-olah hebat seperti orang kafir atau melebihi mereka. Allah akan mendatangkan musibah kepada kita dan kita akan dihinakan kerana kita mencari kehebatan diluar agama Allah. Dan dunia nampak kita menjadi hina.

Ingatlah bila-bila kita orang Islam hanya MULIA bila kita mengAMALKAN ISLAM. Kita akan jadi mulia, hebat dan boleh menyelamatkan orang lain daripada nereka, Insya Allah. Tidak ada cara lain.

Tuesday, May 24, 2011

RTM mungkin diperbadankan

KUALA LUMPUR 23 Mei – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) mungkin diperbadankan bagi meningkatkan daya saingnya menjelang era penyiaran digital sepenuhnya pada 2015. 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perubahan struktur itu akan membolehkan RTM menjadi lebih tangkas, efisien dan profesional di samping memberi kepuasan kepada penonton….

Ulasan: Kaedah antic UMNO: Bila nampak keuntungan, diperbadankan atau diswastakan. Kemudian kalau rugi, akan di serapkan oleh kerajaan.

Penjara Pudu: UDA jangan bohongi rakyat

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengurusan UDA Holdings Bhd. diminta supaya jangan membohongi rakyat kononnya tiada syarikat bumiputera yang mampu membangunkan Penjara Pudu kecuali syarikat hartanah dari China.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, berdasarkan maklumat, terdapat lima syarikat bumiputera yang layak serta mempunyai keupayaan dan kepakaran.

Pada masa yang sama, beliau juga mendesak pengurusan UDA Holdings supaya jangan menghukum syarikat bumiputera lain hanya kerana kegagalan projek Bandar Wawasan dan Plaza Rakyat di ibu negara.

"Saya dimaklumkan lima buah syarikat bumiputera ini bukan sahaja mempunyai pengalaman tetapi juga berkemampuan dari segi kepakaran dan modal. Jadi kenapa syarikat ini langsung tidak diberi peluang.

"Saya beri peringatan kepada pengurusan UDA Holdings terutamanya Datuk Nur Jazlan Mohamed (pengerusi) supaya jangan membohongi rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas penjelasan Nur Jazlan bahawa UDA Holdings masih belum menemui syarikat bumiputera yang mampu memastikan projek yang bakal dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) itu tidak akan terbengkalai.

Dalam pada itu, Musa menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera campur tangan dalam isu terbabit bagi mengelakkan syarikat bumiputera terus dianak tiri oleh UDA Holdings.

Katanya, jawapan Nur Jazlan bahawa syarikat China berpotensi besar dipilih hanya kerana kerana mereka memiliki modal menunjukkan syarikat milik kerajaan (GLC) itu tidak berminat untuk membantu syarikat bumiputera…

Ulasan: Bila wang jadi matlamat...

Rasionalisasi subsidi minggu ini

KUALA LUMPUR 23 Mei – Kerajaan akan mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi pada minggu ini dalam menyelaraskan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG). 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, berdasarkan kajian awal, kerajaan melihat subsidi RM18 bilion pada tahun ini lebih bersesuaian untuk pelaksanaan projek-projek membasmi kemiskinan…

Ulasan: Bila nak hapuskan subsidi IPP (independent power producers).

Operasi pemutihan rumah kebajikan

SHAH ALAM 23 Mei - Selangor mengambil langkah drastik dengan melaksanakan operasi pemutihan membabitkan rumah-rumah perlindungan dan kebajikan di negeri ini bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Ia berikutan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan negeri, Rodziah Ismail berkata, melalui operasi Selangor Prihatin Masyarakat atau Ops Selamat itu, surat arahan akan dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah bagi mengenal pasti lokasi semua rumah kebajikan di Selangor.

Beliau berkata, ia termasuk rumah anak-anak yatim, rumah perlindungan orang tua, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan lain-lain rumah perlindungan dalam kategori kebajikan.

"Kita akan memeriksa sama ada semua rumah itu benar-benar mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Ini termasuk pemilikan lesen-lesen khas seperti lesen premis dan layak menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh PBT, lesen perniagaan oleh Pendaftar Perniagaan dan lesen operasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rodziah berkata, sekiranya rumah-rumah perlindungan tersebut tidak memiliki lesen berkenaan, kerajaan negeri akan meminta mereka segera mendapatkannya.

"Ops Selamat kita sasarkan berlangsung dalam tempoh tiga bulan. Kerajaan negeri melalui JKM Selangor akan mewujudkan pusat sehenti yang bertujuan menyelaraskan pengeluaran lesen-lesen berkenaan sebelum diberi kelulusan kepada pihak yang memohon," katanya. 

Dalam hal itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri memandang serius isu-isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

"Dengan ini, semua pihak tidak kira pengusaha rumah penjagaan, perlindungan atau anak-anak yatim selain rumah kediaman persendirian perlu memastikan keselamatan kediaman masing-masing.

"Ini agar tiada lagi nyawa yang terkorban disebabkan kelalaian dan tidak mengikuti peraturan," katanya.

Ulasan: Setuju benar.

LPPKN pandang serius kahwin lewat

KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini…

Ulasan: Bila bilangan kita sikit, orang akan pijak kita. 

PRS bimbang 80,000 guru Semenanjung ke Sarawak

SIBU 24 Mei - Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan terhadap laporan bahawa Kementerian Pelajaran akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke negeri ini tahun depan.

Presidennya, Datuk Dr. James Jemut Masing berkata, mereka terutama bimbang kerana di kalangan kumpulan itu, sejumlah besar akan terdiri daripada guru agama..

Ulasan: Guru agama akan mendidik anak kita memuliakan ayah dan ibu. Anak-anak kita berhak untuk belajar agama dari guru yang sah.

Zunar dapat anugerah antarabangsa

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Kartunis, Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar diiktiraf ke peringkat antarabangsa apabila bakal menerima anugerah dari Cartoonists Rights Network International (CRNI) di bawah kategori 'Keberanian dalam kartun editorial'...

Ulasan: Indah hidup ini bila rakyat berjiwa merdeka mengisi negara yang sudah lama merdeka. Bila rakyat berpandangan tajam seperti Zunar, insya Allah Malaysia akan selamat.

Taufan Tornado di Joplin, AS : 116 mati dan 400 cedera

Taufan Tornado hampir 1 batu (1.5 km) lebar telah menyebabkan sekurang-kurangnya 116 orang mati dan 400 orang cedera bila ia menyerang Joplin, Missouri, AS waktu makan malam, merupakan paling teruk sejak 1953.

Ulasan:  Di mana-mana kita hidup kena sentiasa mentaatiNya. Apa-apa jadipun takkan rugi.

Menanti kekalahan BN...

Coming back to Malaysia, the 2008 political tsunami was actually more damaging and threatening to the incumbent BN in comparison. Its lost its two-third majority in the parliament, dropping to 140 seats from its previous 198 seats. It lost power in five states. Most threatening of all, its vote share dropped to 50.27%, with a swing of 13.63% against it. It’s effectively a minority government if factors like ‘captive’ postal voters, control of mainstream media and abuses of government machineries during the general election are to be factored in.

What has BN changed as a result? We have a new prime minister, Najib Tun Razak, a year after the tsunami, but the process of his installation was the most undemocratic of all, decided only by a group of about 32 people called Majlis Tertinggi UMNO. Najib then spent millions on a US-based, Israelis-led public relation company called APCO, producing what I would call the 1Malaysia campaign. Full of publicity stunts and superficial element but lacking in substance and clarity, the campaign has proven Najib’s absence of sincerity, courage and leadership to tackle the challenge in Malaysia, to take on hot-button issues.

We continue to have a government that ignores the danger from religious and racist bigotry, in the form of right-wing group Perkasa and UMNO-owned newspaper Utusan Malaysia. We have had the darkest moments through the incidents of cow-head protest by Perkasa members in Shah Alam, fire-bombing of churches and the latest allegation of Christian state conspiracy. We have the deceptive transformation programmes in the public sector that do nothing more than a public relation branch from the umbrella 1Malaysia campaign. The judiciary, the police and various other law enforcement agencies continue to be used as political means of BN. We have had the worst from the death of Teoh Beng Hock, abuse of the court for the coup in the Perak state and prolonged prosecution (and non-stop persecution) of opposition leader Anwar Ibrahim.

We have now reached the stage whereby lives of political opponents are even at stake when Anwar’s daughter, Nurul Izzah, another parliamentarian, received life threat to her daughter and Anwar’s car was apparently sabotaged causing an accident. While we had a state election in Sarawak recently where the opposition has made a historically significant gain, BN continues to keep the corrupt chief minister Taib, who is reportedly holding to billions of ill-earned fortune.

Whether or not the transformation measures taken by the PAP are sufficient, that is for the people of Singapore to judge. But I can say they are speedy and responsive, clearly a shining characteristic of PAP. In contrast, three years ago, we can now safely conclude that BN’s first business of the day is to grab on power at all costs, as prime minister Najib himself has once proclaimed. It has no interest and sincerity to understand the wish of the people. At most it would only try to create some feel-good factors, the so-called ‘shiok sendiri’ phenomenon in Malaysia.

Political analyst Cherian George sums up the Singapore general election well, and as I quote: “Singaporeans are evidently not immune to a dose of democratic common sense: government, they’ve concluded, will perform better when confronted with a threat of unceremonious eviction, a threat that must occasionally be realised if it is to be taken seriously.” (Emphasis mine.) In the case of BN, it is worse. It has expired itself and Malaysians should vote it out completely come the next general election.

Source: Part of the article PAP is a shining example of BN failure https://airkosong.com/_/2011/05/24/pap-is-a-shining-example-of-bn-failure/

Top 7 Reasons NOT To Vote BN Come 13th General Election 13

Top 7 Reasons NOT To Vote BN Come GE13 

Reading the latest happenings about our country is a pain for many of us. Seeing the kind of filth BN politicians churning day in and day out makes you think that Malaysia is in a state of anarchy.

Would anyone disagree? Politically, economically and socially our nation is sinking lower and it seems we are reaching the point of no return.

We were considered to be a model country at one time but today we are on the way to become the “Next Sick Man of Asia” or the next Somalia.

Can we re-claim our country from these corrupt and good for nothing BN politicians? I say we have too. And we need too.

 And we need to do it this coming GE13. Personally, I have 7 good reasons to kick BN out of Putrajaya come GE13:-

1) When BN is voted out you vote out people like Ibrahim Ali, Dr M, Perkasa and the likes. When you vote these people out you too vote out extremism, racism and bigotry from our nation. This is something we need to do as the current regime under Najib has failed to reprimand these racist politicians. In fact, Najib and his crony has been giving tacit support and approval by giving some of the most ridiculous statements in our nations history. Let us remember that “Perkasa adalah Perkakas UMNO” (Perkasa is UMNO's tool).

2) When you vote BN out you vote against corruption. This is a curse our nation has to endure since money politics has become so entrenched in our system. Every contract and business awarded has to be accompanied by a certain cut or percentage for those who walk in the corridors of power. Heard of the 10% men and his allegedly Maika shares? Of course, you have the BMF scandal, Perwaja and the latest PKFZ issue which is the hottest topic today but the current BN government seems to be dragging its feet to take those responsible to court. Why??? We can never expect BN to provide us with good governance as this is such an alien word to this bunch of crooks.

3) When you vote BN out you vote for all that stands for freedom and justice. What justice can a man on the street find for himself whenever his NCR land is taken over by BN cronies? What good is freedom if tomorrow he gets up to find his son has been gun down by the police in the wee hours of the morning? We not only need a dedicated and corrupt free cops/courts but also cops/courts who are able to perform their duty without fear or favor!

4) Vote BN out and you vote out an education system that supports mediocrity and second or third best. Look at our education system which is tainted with racism in the form of Biro Tata Negara (BTN) & quota system for university entry etc. If you look at our schools these days we will not fail to see how the standard has dropped from, let’s say 15-20 years ago to today. Our teachers are not equipped to teach English well and this is causing our future graduates to suffer in the employment market. Yet, BN leaders especially the Education Minister has been giving us excuses after excuses till today and the young ones are the most affected. So, why keep these incompetent BN ministers in power? Get rid of them to redeem our education system NOW!

5) When you vote BN out you vote against the likes of Utusan, The Star, TV3 and many other mainstream media which has been controlled, manipulated and shackled by the powers that be. These newspapers especially Utusan has been spewing lies after lies and are still doing so as their political masters are the ones dictating to them what should be the menu of the week. Responsible journalism is such a foreign word to this big time corporate liars. Their recent report on the Christian state and PM is a case in point! They must be stop at all cost and we are the ones who will do it by bringing down BN in the next GE13.


6) Under BN rule Malaysia is facing a serious brain drain in the last few years. The major factors are the lethargic country's economy, educational opportunities, lack of religious freedom, social inequality and BN's affirmative policy in the form of NEP. These factors has made many young Malaysians fed-up with the current state of affairs and this has brought about the a wave of brain drain which is already affecting our economy today. The best brains in our country feels they are not being appreciated and welcomed as most of them are not of the Bumiputera group. Between 2008 & 2009 a total of 300,000 Malaysians has emigrated overseas just after the 2008 tsunami election. We need to put a stop to this brain drain and the starting point is to get rid of BN and vote in a government which is more inclusive and fair in its administration.

7) When we vote BN out, we vote for a better livelihood for all. And I mean for all and not just for the selected few cronies or the elites. Since the Asian Financial Crisis and Anwar's sacking in the late 1990's our ecomony has never really prospered well. The BN government is planning for another round of petrol price hike come this June 2011. And Najib has the gall to say that subsidy has become an opium to the masses. Little did he realise that corruption and money politics in his own party UMNO is the real opium and the root of all evil!

And the list goes on. I'm very sure sure you have your own reason/s not to vote BN this time around. Do add in and see how long the list goes.

I'm convinced that for our country to move forward we need to put BN in its right place which is OUT of Putrajaya. As of now, I can only imagine Pakatan Rakyat as the only viable party to take over this government. 

I have made my decision. How about you?

http://realitybytesdmd.blogspot.com/2011/05/top-7-reasons-not-to-vote-bn-come-ge13.html

We Must Support BERSIH Rally 09/072011 in KL

We Must Support BERSIH Rally on the 9th July 2011 in KL
By SocratesI 

It is high time we take control of our fates in our own hands. This is our Constitutional RIGHT and we need to jealously guard this right. We need to nsure that we have absolutely FREE & FAIR elections in Malaysia, so that every voice of the Rakyat can be heard, and counted in an equitable and fair manner.
We must let the Election Commission and the government of the day know that we shall not allow any loopholes (unaccountable issuance of MyKADs etc.), inconsistencies (gerrymandering etc.), and discrepancies (phantom voters etc.) to exist in our electoral system, and that we shall fight tooth and nail for our birthright.

All loopholes must be plugged, and inconsistencies and discrepancies removed entirely, before the next General Election. We, the Rakyat of Malaysia, will leave no stone unturned to ensure this. This is why we MUST support the BERSIH Rally calling for clean and fair elections on the 9th July 2011 in Kuala Lumpur.

To all red-blooded Malaysian out there, let us show our resolve on the 9th July 2011. For those who want to contribute to this cause long term, join BERSIH, join MCLM, and do what you can do for your country, Malaysia. Malaysia NEEDS YOU!

One person, one vote, no more, no less.

[D]emonstrate peacefully for true Democracy,
[E]mulate Gandhi, Mandela, Egypt and Tunisia,
[M]alaysia is our beloved homeland now and forever,
[O]ur founding fathers worked all races together,

[C]onstitutionally, every voice is guaranteed to be heard,
[R]oaring across Malaysia in the form of votes,
[A]rticulating the Rakyat's will and resolve,
[C]reating a Nation that will successfully evolve,

[Y]ou must attend the BERSIH rally in KL on 9th July 2011.

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/40637-we-must-support-bersih-rally-on-the-9th-july-2011-in-kl

Monday, May 23, 2011

Gaji menteri Singapura disemak

SINGAPURA 22 Mei – Gaji menteri-menteri Kabinet Singapura akan dikaji semula menyaksikan gaji mereka dipotong apabila formula gaji sedia ada menteri-menteri dimansuh, kata seorang pemimpin masyarakat berpengaruh Gerard Ee.

Beliau memberitahu Channel NewsAsia hari ini formula gaji sebelum ini menjadikan menteri-menteri sebagai jutawan menyebabkan ramai pengundi marah sehingga mempengaruhi majoriti undi Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum negara ini, baru-baru ini…

Ulasan: Terima kasih kepada pengundi Singapura kerana undimu dalam pilihan raya umum lalu berjaya mengahantar mesej kepada Perdana Menteri supaya lebih berjimat dengan khazanah negara. 

Turki beri amaran kepada Israel

ANKARA 22 Mei - Turki semalam memberi amaran kepada Israel agar tidak mengulangi keganasan yang dilakukan oleh komando negara itu pada tahun lalu ke atas flotila bantuan ke Genting Gaza di perairan antarabangsa.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas kumpulan aktivis mengumumkan untuk menghantar bantuan baru ke Genting Gaza.

Menteri Luarnya, Ahmet Davutoglu berkata, Turki akan mengambil tindakan sekiranya Israel mengulangi perbuatan itu…

Ulasan: Negara yang benar-benar merdeka akan mempertahankan kebenaran.

Amnesty kecam hukuman sebat di Aceh

JAKARTA 22 Mei - Kumpulan Amnesty International hari ini mengecam hukuman sebat yang dikenakan ke atas 14 individu kerana berjudi di Langsa, Aceh Timur pada Khamis lalu.

Badan itu turut menggesa Jakarta memansuhkan undang-undang kecil itu yang dikuatkuasakan di wilayah separa autonomi tersebut yang menyaksikan sekurang-kurangnya 21 lelaki disebat kerana berjudi pada bulan ini...

Ulasan: Maaf ini hak orang Islam melaksanakan hukum agama di negara mereka. 
Amnesty tidak ada hak mencampurinya asalkan dilaksanakan dengan adil.

Krisis menguji hubungan Indonesia-Malaysia

SEBAGAI negara berjiran, Malaysia dan Indonesia tidak pernah terlepas menghadapi pelbagai isu dua hala termasuk melibatkan isu keselamatan, sempadan maritim dan soal buruh, yang kadang-kadang tegang. Bagaimanapun, atas sikap persefahaman dan toleransi pemimpin dan hubungan akrab rakyat kedua-dua negara, semua perselisihan faham yang timbul sebelum ini berjaya diatasi dengan baik….

Ulasan: Memang ada usaha tersembunyi untuk merenggangkan hubungan antara kita. Kita adalah umat Islam yang satu di Kepulauan Dunia Melayu atau pun di sebut sebagai Nusantara. Kita sewajarnya berusaha kearah Islam Raya. Bukan Indonesia Raya. Bukan Malaysia Raya. 

Presiden Yemen enggan serah kuasa pula

Presiden Yemen enggan serah kuasa

SANAA 22 Mei - Diplomat Barat dan negara-negara Teluk gagal memujuk Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menandatangani perjanjian untuk menyerahkan kuasa hari ini.

Sebelum ini, Ali dilaporkan akan menandatangani perjanjian penyerahan kuasa, hari ini setelah dua kali mengubah keputusan itu…

Ulasan: Rakyat Yemen eloklah meneruskan protes di jalan raya tanpa menggunakan senjata sehingga Presiden turun menyerahkan kuasanya. 

Skandal video seks di Turki

ISTANBUL 22 Mei - Enam pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), semalam meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, sekali gus dijangka mempengaruhi keputusan pilihan raya umum negara ini pada 12 Jun ini. 
Media Turki melaporkan, pemimpin kanan pembangkang itu dipaparkan dalam keadaan memalukan dalam rakaman video lucah itu, yang disiarkan melalui Internet.

Awal bulan ini empat yang lain yang juga merupakan pemimpin kanan parti itu telah meletakkan jawatan ekoran rakaman video hampir sama iaitu beberapa orang daripada mereka dipaparkan sedang mengadakan hubungan seks, dipercayai di sebuah rumah yang digunakan oleh anggota parti untuk mengadakan hubungan sulit…

Ulasan: Berita baik untuk rakyat: Pilihlah calon yang berakhlak untuk memimpin rakyat.

Roboh atau kekal ikut laporan JKR

HULU LANGAT 22 Mei - Keputusan sama ada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, di sini dikekalkan atau dirobohkan akan bergantung kepada siasatan teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung bagaimanapun mengakui pemantauannya hari ini mendapati rumah itu yang terletak di lereng bukit yang curam dan sangat bahaya untuk didiami.

"Saya diberitahu rumah ini telah lama dibina iaitu melebihi 15 tahun. Ketika itu, undang-undang tidak mewajibkan kebenaran diminta untuk membina rumah di lereng bukit apatah lagi ini kawasan pedalaman yang kebanyakan tanahnya digunakan untuk pertanian.

"Tidak ada salahnya mereka membina rumah ini ketika itu lebih-lebih lagi ia adalah tanah persendirian. Cuma pada tahun lalu kementerian mengeluarkan surat pekeliling kepada semua kerajaan tempatan agar pembinaan di lereng bukit menepati spesifikasi tertentu," katanya…

Ulasan: Bagaimana dengan bangunan kerajaan yang khabarnya tidak mendapat pengesahan dari Bomba dan tiada Sijil Kelayakan Menduduki ( CFO )?

Nasib kilang Lynas ditentukan hasil kajian pakar dilantik kerajaan

KUALA LUMPUR 22 Mei — Masa depan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang kini nampaknya bergantung pada hasil kajian pakar yang dilantik kerajaan untuk menilai semula aspek keselamatan projek itu.

Pada mulanya, Lynas Corporation Ltd. of Australia, pemilik kilang itu, merancang untuk menyiapkan pembinaan loji utamanya menjelang September ini.

Bagaimanapun, tarikh yang disasarkan itu kini menjadi persoalan kerana kerajaan akan membuat keputusan tentang masa depan Lynas hanya selepas menerima hasil kajian dan syor panel pakar berkenaan yang dijangka diserahkan kepadanya pada bulan depan…

Ulasan: Kesihatan rakyat: BN mengutamakan rakyat ATAU mengutamakan kroni?

Potong cerun tak ikut spesifikasi

HULU LANGAT 22 Mei - Pemotongan cerun yang tidak mengikut spesifikasi selain aktiviti penebangan pokok getah di atas cerun berkenaan dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, di sini, semalam. 

Menurut Penyelaras Program Bencana Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Tajul Anuar Jamaluddin, jangkaannya itu dibuat setelah meneliti sendiri keadaan di sekitar tempat kejadian itu pagi ini…

Ulasan: Pengalaman building disasters seluruh dunia menunjukkan kemalangan pembinaan cuma berlaku bila berlaku penyelewengan oleh manusia. Kerana undang-undang alam yang dijadikan Allah adalah exact. Eloklah bertanyakan pakar dalam hal yang kita tidak tahu. Sudah terjadi kemalangan tiada guna cakap.

Bunuh 20 penunjuk perasaan, polis Mesir dihukum mati

KAHERAH 23 Mei - Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang anggota polis kerana membunuh 20 penunjuk perasaan, kali pertama hukuman seperti itu dijatuhkan kepada anggota keselamatan kerana membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan pada Januari hingga Februari lepas.

xxx xxxx didapati bersalah kerana menembak mati secara rawak 20 orang penunjuk perasaan dan mencederakan 15 yang lain untuk menangkis serangan rusuhan di balai polis pada 28 Januari lepas, salah satu kejadian berdarah semasa tunjuk perasaan diadakan…

Ulasan: Kerajaan yang adil tidak memberikan lessen kepada polis untuk membunuh rakyat. Jangan hanya ikut arahan tetapi timbang ikut rasa hati.

Wednesday, May 18, 2011

Mubarak akan minta maaf pada rakyat Mesir

KAHERAH 17 Mei - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan meminta maaf kepada seluruh negara dan memohon pengampunan tidak lama lagi, tiga bulan selepas beliau digulingkan dalam pemberontakan rakyat.

Hasrat Mubarak itu dilaporkan oleh akhbar bebas al-Shorouk, hari ini dengan memetik sumber kerajaan Mesir dan Arab.

"Mubarak sedang merangka sepucuk surat yang akan disiarkan di saluran televisyen Mesir dan Arab, untuk memohon maaf bagi pihak dirinya dan keluarganya atas sebarang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat," lapor al-Shorouk.

Beliau juga akan memohon maaf 'kerana sebarang tindakan yang mungkin berpunca daripada maklumat salah yang disampaikan kepadanya oleh para penasihat beliau', menurut laporan itu.

Bekas Presiden Mesir itu dan isterinya, Suzanne kini ditahan di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah selepas kedua-dua mereka mengalami serangan jantung semasa disoal siasat berhubung dakwaan rasuah…

Ulasan: Sewaktu diambang kekuasaan, ingatlah sama bahawa kita akan mati juga.

Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tidur di penjara

Strauss-Kahn tidur di penjara

NEW YORK 17 Mei – Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn tidur di dalam penjara Rikers Island malam tadi selepas hakim tidak membenarkan beliau diikat jamin berhubung dakwaan cuba merogol seorang pekerja hotel di bandar raya ini.

Diasingkan daripada banduan lain demi keselamatannya, Strauss- Kahn ditempatkan di bilik kurungan seluas 3.5 meter kali 4 meter dan diberi alas tidur, sebiji cawan, sabun, syampu dan ubat gigi.

Tiga malam sebelumnya, beliau tidur di sebuah bilik hotel dengan bayaran penginapan sebanyak AS$3,000 (RM9,000) semalam, dilengkapi bilik persidangan, bilik rehat, bilik mandi berdinding marmar dan sebuah bilik tidur yang serba mewah….

Ulasan: Ada orang yang seronok di penjara? Dunia adalah penjara bagi orang mukmin.

DNA babi: Jakim batal sijil halal syarikat bekal ramuan roti

PUTRAJAYA 17 Mei - Pengguna Islam dinasihatkan berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut.

Syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut dikesan membekalkan bahan ramuan tidak halal tersebut kepada beberapa pasar raya dan restoran terkenal di negara ini.

Pembatalan itu dibuat hasil Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan 12 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan tepung telur dan tepung susu (whole egg powder dan whole milk powder) yang digunakan oleh syarikat itu.

Menurutnya, berikutan pertemuan itu semua pemegang dan pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran syarikat itu diminta mengambil beberapa tindakan dengan segera.

"Pemegang dan pemohon baru sijil halal Jakim perlu menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka juga perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut kenyataan itu.

Ulasan: Mengapa kita menjadi bangsa pengguna? Galakkan anak-anak supaya menjadi usahawan dan menyelamatkan dari kemelut ini.

Disiplinkan pelajar asing

PUTRAJAYA 17 Mei – Jabatan Imigresen menyarankan Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan kursus kesenian dan kebudayaan kepada pelajar warga asing bagi meningkatkan disiplin dan pengetahuan mereka tentang budaya hidup bermasyarakat di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad berkata, penawaran kursus tersebut sedikit sebanyak akan membantu pihak berkuasa menangani masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing terutama warga Afrika….

Ulasan: Selamat mendisipkan pelajar asing supaya negara dan rakyat tempatan tidak merana dengan kedatangan mereka.

Flat condong: Kerajaan P. Pinang digesa bertindak

GEORGE TOWN 17 Mei - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang digesa mengambil tindakan segera berhubung insiden rumah pangsa di Lengkok Mahsuri, Bayan Baru di sini yang didakwa condong sejak empat tahun lepas.

Seorang penduduk, Roswadi Mat Saad, 39, berkata, sebuah blok di kawasan rumah pangsa itu condong akibat mendapan tanah yang berlaku apabila air memasuki bawah lantai unit di tingkat bawah ketika hujan.

"Kesannya dapat dilihat dari dekat, keadaan itu menyebabkan permukaan koridor di rumah pangsa berkenaan tidak rata, dan penduduk di blok berkenaan, terutama yang mendiami kawasan di tingkat bawah, terpaksa membaiki rumah mereka untuk mengelak air masuk ke dalam rumah," katanya di sini, hari ini…

Ulasan: Lantik perunding untuk menyiasat dan bawa kes itu ke mahkamah. Biasanya ada tangan-tangan yang bertangungjawab tapi pihak perunding memberikan kesahihannya.

Pertahankan khazanah keharmonian rakyat

Pertahankan khazanah keharmonian rakyat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 17 Mei – Keharmonian antara kaum di negara ini merupakan khazanah paling berharga yang perlu dipertahan dan diperkukuhkan oleh seluruh rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, asas kepada pengukuhan khazanah tersebut adalah dengan memelihara hubungan baik antara kaum serta saling menghormati kepercayaan yang dianuti setiap anggota masyarakat…

Ulasan: Tinggalkan parti yang menjaga hak masing-mangsa bangsa. Marilah kita sama-sama berfikir untuk menjaga kita bersama.



Dunia perlu cegah kelahiran 'Osama baru'

IPOH 17 Mei - Dunia perlu memikirkan langkah yang lebih besar dan menyeluruh bagi menghindarkan kelahiran lebih ramai 'Osama baru' yang boleh menggugat keamanan dunia…

Ulasan: Lebih ramai Osama baru akan lahir bila negara besar mendera sewenang-wenangnya negara miskin.

Maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi

Pesara polis maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi

KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang bekas pegawai polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di sini, dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, bekas pegawai berusia 62 tahun itu difahamkan berpangkat asisten supritendan sebelum bersara, cuba melarikan diri menerusi tingkap hotel namun terjatuh di beranda tingkat lima hotel itu….

Ulasan: Bernikah lebih baik dari bermaksiat. Dapat pahala dan dapat berseronok secara halal.

Fahaman pluralisme, Islam liberal menyimpang

IPOH 17 Mei - Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berakhir hari ini sepakat meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa aliran pemikiran Islam liberal dan pluralisme agama sebagai terkeluar daripada Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebarang penyebaran fahaman tersebut tidak seharusnya dibenarkan di kalangan ummah kerana umat Islam wajib bersifat eksklusif dan haram mencampuradukkan akidah serta ibadah Islam dengan agama lain.

"Dalam al-Quran itu sendiri pun telah mengatakan bahawa agama yang diterima Allah ialah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita bermusuh dengan agama lain.

"Liberalisme misalnya mengatakan bahawa wahyu itu boleh ditafsir semula. Itu tidak boleh diterima kerana wahyu itu adalah daripada Allah.

"Yang kedua, tidak ada dalam ayat dalam al-Quran yang dipanggil tidak relevan, sebagaimana didakwa oleh golongan liberal yang berpegang kepada pendapat kemanusiaan. Mereka mengatakan hukum hudud sebagai tidak berperikemanusiaan walhal ia sebenarnya bertujuan untuk pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah….

Ulasan: Jalan terselamat ialah dengan mengamalkan Islam bila-bila masa pun seperti diamalkan oleh Rasul SAW dan sahabat RA iaitu dengan mengikut Quran dan Sunnah Rasul SAW. Hanya orang Islam yang jiwanya miskin yang menegakkan sesuatu yang baru, bid’ah, dalam Islam dan jelas itu sebenarnya tiada tempat dalam ajaran Islam. Rugi dan merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Dedah segera demi kredibiliti polis

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kredibiliti pihak polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, polis akan dituduh mempunyai kepentingan politik jika terus bermain 'tarik tali' memandangkan video seks itu sudah menjadi isu nasional…

Ulasan: Jangan sampai RAKYAT jadi tidak lagi percaya kepada polis kita.

Dukacita Israel tembak kapal bantuan kemanusiaan

OXFORD 17 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.

Sambil melahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu, Perdana Menteri menegaskan, tembakan tidak boleh dilepaskan terhadap kumpulan yang membawa bantuan kemanusiaan daripada orang awam tambahan pula tidak bersenjata, walaupun untuk tujuan amaran.

Menurut beliau, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin meskipun menghadapi banyak halangan dan rintangan.

“Saya berasa amat dukacita dengan perbuatan yang begitu angkuh dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis minum teh dengan penuntut-penuntut Malaysia di sini semalam.

Najib mengulas insiden kapal itu yang dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel semasa tiba di perairan berhampiran Rafah, Mesir.

MV Finch yang membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza, diserang pada pukul 6.54 pagi waktu Jordan (kira-kira pukul 11.54 pagi waktu Malaysia)…

Ulasan: Bantulah warga Palestin yang 63 tahun didera oleh Israel. Insya Allah kita tidak akan berhenti membantu Palestin selagi Israel mendera warga Palestin.

Pembangkang pandang sinis Kuan Yew berundur

SINGAPURA 15 Mei – Keputusan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong untuk berundur daripada Kabinet disambut dengan sinis oleh pembangkang di negara ini.

Pemimpin Parti Pembaharuan, Kenneth Jeyaretnam yang juga anak lelaki kepada tokoh pembangkang veteran, mendiang J.B. Jeyaretnam menyifatkan keputusan tersebut sebagai kempen perhubungan awam, lebih-lebih lagi kerana dua bekas Perdana Menteri itu akan terus menganggotai Parlimen.

“Keputusan itu hanya kempen perhubungan awam untuk menunjukkan seolah-olah ada pembaharuan tetapi sebenarnya terpulang kepada pengundi sendiri untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai langkah tersebut,” kata Jeyaretnam, hari ini.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Chee Soon Juan yang pernah menjalani hukuman penjara dan membayar denda selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Kuan Yew sebelum ini berkata, bekas Perdana Menteri itu patut ‘bersara sepenuhnya dari arena politik’.

“Meninggalkan terus arena politik akan benar-benar menandakan lembaran baru bagi politik di Singapura dan untuk demokrasi mula mencapai kemajuan yang tergendala selama ini,” kata Soon Juan.

Pengendali laman web sosiopolitik bebas, www.littlespeck.com, Seah Chiang Nee, bagaimanapun berkata, perubahan akan tetap berlaku berikutan pengunduran kedua-dua bekas Perdana Menteri itu daripada Kabinet.

“Daripada satu segi, orang tidak lagi akan berasa bimbang diri mereka sentiasa dipantau atau diancam dengan tindakan saman,” katanya.

Penganalisis politik percaya keputusan Kuan Yew, 87 dan penggantinya selepas itu, Chok Tong, 70, boleh membuka laluan kepada pembaharuan berikutan keputusan terburuk yang dicapai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya umum pada 7 Mei lalu.

Langkah kedua-dua veteran politik itu dipercayai didorong oleh keputusan pilihan raya yang mendedahkan kemarahan mendalam rakyat terhadap PAP dan mengesahkan hasrat golongan muda Singapura untuk melihat sistem politik lebih terbuka yang meliputi mekanisme sekat dan imbang.

“Keputusan (untuk berundur) mencerminkan langkah pertama ke arah pembaharuan PAP secara serius, satu transformasi daripada generasi ke generasi,” kata profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura, Bridget Welsh.

Welsh berpendapat Kuan Yew sepatutnya sudah bersara lama sebelum ini kerana beliau dilihat sudah terputus hubungan dengan rakyat Singapura kontemporari. – AFP

Ulasan: Akhirnya Kuan Yew akan pergi kerana Singapura buka hak mutlaknya. Selamatlah wahai orang muda mengendalikan negara anda tanpa menyusahkan jiran-jiran anda. 

Hentikan perdagang wanita

Rohayu Rusli (sumber harakahdaily.net ) 

Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.

Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.

Saya mewakili wanita khususnya mahasiswi mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan membantah isu ini di peringkat nasional. Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian. Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia.

Seperkara lagi yang lebih memualkan adalah isu video lucah yang lebih biadap memperlihatkan tubuh badan wanita seenaknya. Aksi-aksi 'dalam kelambu' sebegitu tidak patut diperlihatkan di pentas umum. Pendidikan politik lucah yang terbuka sebeginilah yang menjadi punca kehancuran pemikiran anak bangsa. Gambar-gambar aksi yang memperlihatkan tubuh badan wanita secara jelas ini memberi gambaran bahawa maruah wanita diletakkan di tempat yang paling rendah bahkan boleh dipijak-pijak.

Di zaman serba moden ini kita tidak lagi mendengar kisah-kisah diskriminasi terhadap wanita seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Pada zaman tersebut bayi-bayi perempuan dibunuh dan para ibu dijadikan hamba dek kerana mempercayai wanita merupakan punca nasib malang.

Akan tetapi diskriminasi terhadap wanita tetap wujud pada zaman ini. Tndakan perdagangan wanita dengan menggunakan wanita sebagai alat pelaris berlaku di dalam masyarakat secara agresif. Saya melihat fenomena ini semakin membarah apabila tubuh badan wanita seenaknya ditayangkan dengan tujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat dan para penonton demi mengaut keuntungan. Tindakan perdagangan wanita ini secara agresif berlaku di dalam industri muzik, perfileman, perlancongan, hiburan, sukan dan lain-lain.

Wanita tidak seharusnya menerima nasib menjadi alat pelaris. Islam mengangkat martabat wanita dengan menjamin pemeliharaan maruah wanita dengan sebaiknya. Di atas anjuran Islam yang membela maruah wanita ini saya menyeru kepada seluruh masyarakat bangkit mendesak pihak-pihak berwajib untuk menghentikan segera perdagangan wanita demi kesejahteraan peradaban ummat.

Rohayu Rusli,
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Ulasan: Muliakan wanita kita kerana emak kita juga wanita. Didiklah supaya mereka sedar lalu menjaga maruah mereka. Wanita bukanlah objek memuaskan seks lelaki.

Monday, May 16, 2011

Polis diseru bersama rakyat bantah Lynas

Harakahdaily  

KUANTAN, 16 Mei: PAS hari ini menasihatkan pihak polis untuk sama turun padang bersama-sama dengan rakyat untuk memprotes loji pemproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
 
“Kita memahami sebagai sebuah badan kerajaan, mereka terpaksa akur kepada kerajaan yang ada. 
 
Akan tetapi, kita amat berharap pihak polis yang sifatnya menjamin keselamatan rakyat dan negara, mereka juga sebenarnya patut turun padang bersama rakyat membantah projek yang mengancam keselamatan rakyat negara ini,” nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
 
Empat orang rakyat Malaysia ditahan polis di sini semalam kerana membantah loji pemproses nadir bumi di Gebeng milik Lynas Corp, sebuah syarikat Australia yang bakal membawa bahan nadir bumi yang mempunyai kandungan sisa radioaktif Thorium ke negara ini mulai September depan.
 
Mereka yang ditahan termasuk Setiausaha Publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui dan setiausaha penganjur, Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP.
 
Sebagai reaksi balas kepada tindakan polis tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan pasukan keselamatan untuk bertindak secara lebih adil ke atas rakyat yang mengadakan bantahan terhadap projek Lynas, sebuah projek syarikat asing di bumi sendiri, yang bukan dilakukan untuk berseronok tetapi disebabkan kebimbangan masa depan keselamatan mereka.
 
“PAS juga mengharapkan suatu mekanisma dikemukakan kepada rakyat yang membantah projek ini. Seperti memberikan kebenaran untuk mereka untuk mengadakan perhimpunan dan bantahan kerana ini adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan. 
 
Namun, pada waktu yang sama, mereka harus menghormati undang-undang dan peraturan yang ada,” tambahnya, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. 
 
Menurut Tuan Ibrahim, hakikatnya rakyat hanya bangkit membantah sebuah syarikat asing yang lebih rela membina kilang pemprosesan nadir bumi di negara lain daripada negara sendiri, bahkan negara mereka sendiri tidak mahu menerima kembali sisa radioaktif yang didakwa Lynas tidak berbahaya dan tidak mengancam keselamatan manusia dan persekitaran.
 
“Kalau ianya tidak bahaya, boleh ke kita senaraikan tiga buah negara sahaja yang sedia terima sisa tersebut?” tanya beliau.

“Bahkan sisa thorium yang dikatakan boleh digunakan bagi menjadi sumber menjana tenaga nuklear sepatutnya ada negara akan sanggup mengambilnya secara percuma.”
 
Tegasnya, rakyat hanya membantah kerana kebimbangan mereka, apatah lagi kesan kepada kesihatan manusia dan persekitaran akibat sebuah kilang nadir bumi yang dikendalikan oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak, yang beroperasi pada tahun 1980-an dan 1990-an masih terpahat di minda rakyat.
 
“Sebagai contoh, kalau berlaku musibah akibat malapetaka alam, seperti banjir besar, tsunami dan kecuaian manusia, apakah jaminan keselamatan rakyat sekitar? Jika berlaku musibah, semua akan terkena, polis dan FRU juga akan terkena,” Tuan Ibrahim memberikan ingatan.
 
Kemarahan awam terus memuncak terhadap pembangunan kilang Australia Corp Lynas nadir bumi di Gebeng kerana kebimbangan terhadap keracunan radiasi tidak dapat dielakkan terhadap masyarakat dan lingkungan sekitarnya.  
 
Rakyat juga kelihatan kurang yakin dan percaya akan jaminan yang diberikan dari kerajaan dan Lynas bahawa operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap radiasi yang amat rendah kerana kerana setakat ini tidak ada pelan yang jelas, bagaimana dan di mana bahan buangan sisa kilang itu - dikatakan satu sumber utama radiasi - akan dibuang.
 
Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas dijangka akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Menurut pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan, jumlah tersebut adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu.
 
Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Hasil daripada tekanan bantahan rakyat, kerajaan telah mengarahkan Agensi nuklear PBB - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menubuhkan sebuah panel pakar untuk memberi nasihat mengenai potensi risiko radiasi dari kilang tersebut. 

Lynas kelihatan amat yakin terhadap panel bebas tersebut, dengan berkata bahawa kajian yang bakal dikeluarkan dipercayai tidak akan memberi kesan kepada jangkaan tarikh siap projek itu, iaitu September tahun ini.

Ulasan: Utamakan rakyat ATAU utamakan kroni, kesihatan rakyat diperjudikan? 


Tak payah ajak PAS, UMNO memang pecah belah

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Para pemimpin UMNO tidak perlu sibuk dengan usaha untuk membawa masuk PAS ke dalam BN kerana PAS tetap utuh dengan dasar perjuangannya yang suci sejak ditubuhkan dulu, berbanding UMNO yang mengamalkan dasar pecah belah. 

Sebaliknya, Umno perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum berusaha ke arah itu bagi membolehkan Umno menilai diri sendiri yang selama ini penuh dengan pengkhianatan terhadap PAS yang juga dipimpin dan dianggotai orang-orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) berkata, masalah perpecahan dan perkelahian adalah masalah Umno sendiri dan ia ternyata berbeza sama sekali dengan PAS.

Menurut beliau, sebaliknya perjuangan politik PAS amat jelas sejak ditubuhkan dulu hingga selamanya yang tidak berkelahi dengan sesiapa termasuk bersama Umno, orang-orang Melayu serta kaum-kaum lain dan penganut-penganut agama lain.

Katanya, PAS adalah parti yang memperjuangkan prinsip-prinsip Islam yang tentunya merupakan prinsip-prinsip terbaik bagi seluruh manusia tanpa mengira kaum dan ia tentu berbeza sama sekali dengan perjuangan Umno.

"Jadi, berbalah itu memang cara Umno, bukan cara PAS. Kenapa pula dikatakan nak bawa masuk PAS ke dalam BN untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri. Sedangkan dalam PAS tak timbul itu semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam yang mengatakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berazam untuk membawa masuk PAS ke dalam BN sebagai usaha menyatupadukan orang Melayu….harakahdaily.net

Negara seribu fitnah

Benarlah seperti kata Plato “Rakyat yang kacau itu lahir dari pemimpin yang kacau” Masyarakat Malaysia sememangnya sudah lama kacau pemikirannya, fitnah, dendam, adu domba, korupsi menjadi hal biasa, oleh kerana terbiasa sehingga bagi siperlaku tidak sedikit pun merasa bersalah atau berdosa di atas perbuatannya. Malangnya semua perbuatan keji itu dimulai dari atas, oleh para pemimpin politik.

Lihat artikel ‘Negara seribu fitnah’ oleh Rossem. (http://demitinta.blogspot.com/2011_03_01_archive.html)