Monday, May 23, 2011

Skandal video seks di Turki

ISTANBUL 22 Mei - Enam pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), semalam meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks, sekali gus dijangka mempengaruhi keputusan pilihan raya umum negara ini pada 12 Jun ini. 
Media Turki melaporkan, pemimpin kanan pembangkang itu dipaparkan dalam keadaan memalukan dalam rakaman video lucah itu, yang disiarkan melalui Internet.

Awal bulan ini empat yang lain yang juga merupakan pemimpin kanan parti itu telah meletakkan jawatan ekoran rakaman video hampir sama iaitu beberapa orang daripada mereka dipaparkan sedang mengadakan hubungan seks, dipercayai di sebuah rumah yang digunakan oleh anggota parti untuk mengadakan hubungan sulit…

Ulasan: Berita baik untuk rakyat: Pilihlah calon yang berakhlak untuk memimpin rakyat.

No comments: