OXFORD 17 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.
Sambil melahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu, Perdana Menteri menegaskan, tembakan tidak boleh dilepaskan terhadap kumpulan yang membawa bantuan kemanusiaan daripada orang awam tambahan pula tidak bersenjata, walaupun untuk tujuan amaran.
Menurut beliau, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin meskipun menghadapi banyak halangan dan rintangan.
“Saya berasa amat dukacita dengan perbuatan yang begitu angkuh dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis minum teh dengan penuntut-penuntut Malaysia di sini semalam.
Najib mengulas insiden kapal itu yang dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel semasa tiba di perairan berhampiran Rafah, Mesir.
MV Finch yang membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza, diserang pada pukul 6.54 pagi waktu Jordan (kira-kira pukul 11.54 pagi waktu Malaysia)…
Ulasan: Bantulah warga Palestin yang 63 tahun didera oleh Israel. Insya Allah kita tidak akan berhenti membantu Palestin selagi Israel mendera warga Palestin.
No comments:
Post a Comment