KUALA LUMPUR, 12 Mei: Para pemimpin UMNO tidak perlu sibuk dengan usaha untuk membawa masuk PAS ke dalam BN kerana PAS tetap utuh dengan dasar perjuangannya yang suci sejak ditubuhkan dulu, berbanding UMNO yang mengamalkan dasar pecah belah.
Sebaliknya, Umno perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum berusaha ke arah itu bagi membolehkan Umno menilai diri sendiri yang selama ini penuh dengan pengkhianatan terhadap PAS yang juga dipimpin dan dianggotai orang-orang Melayu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) berkata, masalah perpecahan dan perkelahian adalah masalah Umno sendiri dan ia ternyata berbeza sama sekali dengan PAS.
Menurut beliau, sebaliknya perjuangan politik PAS amat jelas sejak ditubuhkan dulu hingga selamanya yang tidak berkelahi dengan sesiapa termasuk bersama Umno, orang-orang Melayu serta kaum-kaum lain dan penganut-penganut agama lain.
Katanya, PAS adalah parti yang memperjuangkan prinsip-prinsip Islam yang tentunya merupakan prinsip-prinsip terbaik bagi seluruh manusia tanpa mengira kaum dan ia tentu berbeza sama sekali dengan perjuangan Umno.
"Jadi, berbalah itu memang cara Umno, bukan cara PAS. Kenapa pula dikatakan nak bawa masuk PAS ke dalam BN untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri. Sedangkan dalam PAS tak timbul itu semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam yang mengatakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berazam untuk membawa masuk PAS ke dalam BN sebagai usaha menyatupadukan orang Melayu….harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment