Wednesday, May 18, 2011

Mubarak akan minta maaf pada rakyat Mesir

KAHERAH 17 Mei - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan meminta maaf kepada seluruh negara dan memohon pengampunan tidak lama lagi, tiga bulan selepas beliau digulingkan dalam pemberontakan rakyat.

Hasrat Mubarak itu dilaporkan oleh akhbar bebas al-Shorouk, hari ini dengan memetik sumber kerajaan Mesir dan Arab.

"Mubarak sedang merangka sepucuk surat yang akan disiarkan di saluran televisyen Mesir dan Arab, untuk memohon maaf bagi pihak dirinya dan keluarganya atas sebarang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat," lapor al-Shorouk.

Beliau juga akan memohon maaf 'kerana sebarang tindakan yang mungkin berpunca daripada maklumat salah yang disampaikan kepadanya oleh para penasihat beliau', menurut laporan itu.

Bekas Presiden Mesir itu dan isterinya, Suzanne kini ditahan di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah selepas kedua-dua mereka mengalami serangan jantung semasa disoal siasat berhubung dakwaan rasuah…

Ulasan: Sewaktu diambang kekuasaan, ingatlah sama bahawa kita akan mati juga.

No comments: