KULIM, 29 Mei: Fakta dan kedudukan sebenar mengenai orang Melayu di Pulau Pinang tidak boleh dipolitikkan kerana sememangnya orang Melayu adalah yang termiskin di negeri itu.
Namun begitu, ianya bukan masalah baru sejak diterajui oleh Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada tahun 2008 yang lalu kerana telah berlarutan semasa BN menerajui kepimpinan negeri lagi.
Walau bagaimana pun sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah, pelbagai usaha dilakukan bagi membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik (gambar) berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah sempena makan malam anjuran PKR Cabang Kulim-Bandar Baharu malam tadi.
"Usaha bagi mengurangkan jumlah miskin tegar dilakukan oleh kerajaan negeri dengan mengunjurkan tambahan pendapatan supaya mereka yang berada dalam kategori ini mendapat pendapatan bulanan dari RM400 kepada RM500.
"Dalam tempoh setahun pembasmian ini telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2010 yang lalu sebanyak RM3.6 juta telah diperuntukkan bagi program ini," ujarnya lagi.
Malah katanya, DAP tidak pernah mengamalkan sikap melampau atau cauvanis sepertimana yang didakwa oleh BN dan konco-konconya….
Ulasan: Satu hari nanti, BN/UMNO akan jatuh juga kerana zalim kepada rakyat. Bila BN/UMNO kuat, orang politik UMNO tak pernah miskin dan rakyat Melayu akan merana.
No comments:
Post a Comment