Monday, May 30, 2011

Jangan minum bir didakwa halal

PADANG SERAI 29 Mei — Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bersama majlis-majlis agama Islam negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih jelas," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan dekat sini, petang semalam.

Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular dalam kalangan umat Islam dan dikesan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), baru-baru ini…

Ulasan: Kita hina selagi kita hanya menjadi umat pengguna. Kita sepatutnya keluar dari kepompong pengguna menjadi umat usahawan. Ulama telah memberitahu lama memberutahu kita bahawa masyarakat kita perlu lepas dari tanggungjawab fardhu kifayah. Selama belum, kita sama menanggung dosa. Dan di dunia nampak jelas kita dipermain-mainkan orang. Salahnya diri kita sendiri. Duit berjuta pun tak ada guna.




No comments: