TOKYO 26 Mei - Keputusan tidak menaikkan harga petrol RON 95, diesel dan gas petroleum cecair dalam waktu terdekat membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang terpaksa ditanggung rakyat walaupun akan terpaksa menanggung subsidi hampir RM20 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan menanggung beban yang berat itu terpaksa dibuat semata-mata untuk kebajikan rakyat kerana kerajaan hanya mempunyai bajet subsidi minyak sebanyak RM11 bilion tahun ini.
"Ini bererti langkah-langkah susulan atau alternatif perlu diambil kalau harga minyak masih tidak dinaikkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Jepun untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-17 di sini, hari ini....
Ulasan: Selamatlah rakyat dari satu lagi kenaikan. Bagus juga dekat dengan pilihan raya umum ke 13. Tapi kalau kita sokong dan undi BN juga, lepas menang nanti, banyaklah kenaikan harga terhadap kenaikan harga barangan yang tertangguh.
No comments:
Post a Comment