Friday, December 22, 2006

Pertembungan angin punca hujan luar biasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan sememangnya mengetahui hujan lebat luar biasa akan berlaku di selatan Semenanjung seperti yang dialami sekarang, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani.

Ulasan: So what? Sepatutnya gerakan menyelamatkan dan membantu mangsa banjir berjalan hebat.

Hujan dan angin bisa menghancurkan negara. Sebenarnya kita kena akur bahawa kita berkuasa melawan kekuasaan Allah. Hujan dua tiga hari pun menyebabkan banjir melanda negara.

Usahakan supaya negara bebas dari segala macam maksiat. Umpamanya mutakhir pesta menyambut tahun baru 2007.

‘Tidak potong tangan’

BANDA ACEH: Calon disebut-sebut memenangi pilihan raya gabenor Aceh menyatakan beliau akan menyekat undang-undang memotong tangan pencuri jika undang-undang syariah diluluskan sebelum beliau mengangkat sumpah.
“Saya akan menyekat pelaksanaan undang-undang ini,” kata Irwandi Yusuf, bekas ketua pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang mendahului undi untuk menjadi gebenor wilayah itu menerusi pilihan raya awal bulan ini.

Ulasan: Islam yang di amalkan dan di sampaikan Rasulullah s.a.w. sudah cukup sempurna. Tak perlu di tambah dan tak boleh di kurangi. Senang saja: Just DO it. Tidak ada ertinya kalau undang-undang syariah diluluskan tanpa potong tangan. Bertanyalah kepada pakar bila kita tidak tahu. Sayangkan dan lindungi rakyat yang ramai atau pencuri?

Mutakhir
Irwandi angkat sumpah gabenor Aceh

BANDA ACEH 8 Feb. – Bekas pemimpin pemisah hari ini mengangkat sumpah sebagai Gabenor Aceh, mengukuhkan lagi perjanjian damai yang menamatkan perang selama tiga dekad.
Irwandi Yusuf, 46, yang melepaskan diri daripada penjara semasa tsunami 26 Disember 2004 mengangkat sumpah jawatan dengan menjunjung senaskhah al-Quran dan patuh kepada pancasila dan perlembagaan Indonesia...(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Jangan sia-siakan harapan umat Aceh yang mahukan Islam sebagai cara hidup yang syumul.
PUTRAJAYA: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang akan diajarkan kepada kanak-kanak seawal empat tahun mulai tahun depan, tidak dijadikan mata pelajaran khusus. Sebaliknya, pengajaran pendidikan seks itu akan dibuat merentas kurikulum dan dimasukkan ke dalam mata pelajaran sedia ada yang akan diputuskan Kementerian Pelajaran.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya belum menetapkan subjek yang akan digabungkan dengan PKRS kerana ia akan diputuskan selepas mesyuarat bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Matlamat PKRS ialah mengatasi masalah sosial seperti sumbang mahram, rogol, menggugurkan kandungan, membuang bayi dan penularan HIV/Aids.”

Ulasan: PKRS mungkin terlupa bahawa dua lagi masalah sosial yang meruncing sekarang iaitu ZINA dan MENDEKATI ZINA. Jangan ada kementerian lain yang merosakkan anak-anak kita.

The Deportation of Chechens

In the frosty morning on February 23, 1944, all adults (there were few men, the war was still on) were summoned to the places of mass assembly: clubs, schools, town and village squares. That was the Red Army Day and, being still unaware, people were in a festive mood. But the blasphemy of Soviet authorities was so jesuitical that the state holiday was used as a pretext for the bloody crime. So, the monstrous action began with perfidy and meanness. Across the whole territory of Checheno-Ingushetia, against the background of machine-guns, the decree-sentence about the deportation of Chechens and Ingushs was announced. Then a 100,000 strong contingent of specially trained for such actions Russian soldiers began breaking into houses of the peaceful, unprotected and armless Chechen and Ingush population. Victims of these barbarian actions were given only 10-15 minutes to get ready! After that all those who were unable to quickly obey the order, i.e. weak elderly, children and women were forced outside, the ill were thrown down from hospital beds. Any manifestation of resentment was punished with death! An attempt to escape - execution! Misunderstood order - execution! All orders were given in Russian, although many Chechens did not understand it….http://www.kavkazcenter.com/eng/

Comment: No wonder the Chechens are fighting hard to be free. Sometimes, the world is too kind to everything except Muslims around.

Afiqah 11 tahun, sudah baca 2,200 buku

IPOH 21 Dis. – Walaupun baru berusia 11 tahun, Afiqah Ramatullah Khan telah membaca sebanyak 2,200 buah buku termasuk novel yang menjadi teman setianya setiap hari.
Pelajar tahun 5, Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh itu memberitahu, judul buku-buku tersebut mula dicatatkan sejak tahun 1 dan ini bermakna jumlah buku yang dibacanya mungkin lebih daripada itu.

Ulasan: Doakan semoga Afiqah maju bersama Islam kerana ayat pertama yang di wahyukan kepada Rasulullah s.a.w.

Thursday, December 21, 2006

Gadis Melayu Jadi Sampah di Kelab Malam, Disko dan Kelab Dangdut

Kesimpulan Siasatan Eksklusif MASTIKA, edisi Januari 2007, m.s 10-31: Cukup jelas (kelab malam), disko dan kelab dangdut menjadi tempat beranak-pinaknya segala maksiat dan gejala yang merosakkan masyarakat kita. Disitulah tempat membiaknya zina, minuman keras, dadah, murtad dan segala macam sampah sarap yang paling hanyir dan meloyakan.

Selagi tempat begini terus hidup subur, jangan harap penyakit social kita akan berakhir…

Ulasan: Ingat lagi kes tangkapan JAWI di Disko Zouk pada 13 Januari 2005? Apa yang terjadi selepas itu, sila baca Siasatan Eksklusif MASTIKA, edisi Januari 2007.

Semua berlaku depan mata kita sewaktu parti Melayu, UMNO berkuasa mutlak sejak dari merdeka. Apa ertinya kuasa pemerintahan kepada bangsa? Atau memang tak pandai guna kuasa kecuali untuk buncitkan perut sendiri dan kroni?

Kepada Semua Wakil Rakyat Malaysia: Tutuplah jalan-jalan kearah maksiat yang sudah di ketahui bahayanya. Tak tahu tanyalah pakar-pakar agama. Tanyalah juak-juak apa terjadi kepada gadis Malaysia di sana? Kasihanilah semua rakyat terutama wanita dan remaja.

Sewajarnya kerajaan sibuk menyelamatkan wanita dari menjadi pelacur, callgirls, mistress, GRO, dan gadis yang sanggup menyerahkan tubuhnya dengan/atau tanpa bayaran kerana merosakkan masyarakat, budaya kita dan maruah wanita. Bukankah wanita itu tiang negara merdeka.
Paling kurang: Haramkan bangsa Melayu menjadi pelanggan kelab malam, pub, disko dan kelab dangdut.

Semua kementerian mestilah bergerak kearah negara adil yang bebas dari maksiat.
Negara maju tanpa maksiat, semua wanita terpelihara maruah. Adakah menteri atau wakil rakyat yang tak mahu negara bebas dari maksiat? Merdekakah kita?

Jabatan Agama setiap negeri: Mestilah perkemaskan, teruskan dan tingkatkan usaha supaya negara ini bebas dari maksiat yang boleh menurunkan bala dari langit. Apa ertinya Ladies Night kalau bukan tempat untuk bermaksiat?

Motto: Tidak ada tempat untuk bermaksiat di negara seindah ini.

10 terbunuh rempuhan di konsert rock

JAKARTA 20 Dis. – Sepuluh orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam insiden rempuhan selepas satu konsert rock di wilayah Jawa Tengah lewat malam tadi.
Rempuhan itu berlaku di pekan Kedungwuni, 90 kilometer ke barat ibu kota wilayah, Semarang selepas kumpulan rock popular, Ungu selesai membuat persembahan dalam sebuah stadium bola sepak yang penuh sesak.

Ulasan: Semampu mungkin pastikan keadaan kematian kita di terima Allah sebagai seorang Islam. Berdakwahlah supaya semua manusia akan sedar bahawa hidup akan bermaruah dan mati mulia dengan Islam seperti di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabah r.a.

Petikan dari JAKIM mengenai Mati Dalam Iman
Hadith : Dari Jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.” (Muslim).

Huraiannya: “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam" merupakan perintah Allah agar kita jangan mati kecuali dalam keadaan beriman dengan ajaran Islam kerana Allah S.W.T tidak akan menerima agama selain Islam, malah Islamlah satu-satunya agama yang diredhai-Nya.

Memang tidak dinafikan bahawa tiada sesiapa pun yang layak dan mampu memberikan hidayah kepada seseorang kecuali Allah yang akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.

Namun begitu kita selaku manusia diberi kemampuan untuk membuatkan diri kita mati di dalam keadaan beriman sedangkan Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada kita jalan untuk mencapainya iaitu kita seharusnya melakukan perkara-perkara berikut :
• Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
• Berdoa kepada Allah untuk mematikan kita dalam Islam dan dalam keadaan beriman (husnul khotimah).
• Bersyukur kepada Allah di atas nikmat Islam yang diberi bahkan sesungguhnya nikmat yang terbesar yang kita miliki ialah nikmat Iman dan Islam.
• Menanamkan perasaan takut sekiranya mati dalam keadaan suul khotimah.

Oleh itu seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjaga dan memperkuat keimanan kita dengan menjauhi maksiat dan dosa kerana perkara tersebut akan melemahkan dan merendahkan nilai pegangan aqidah kita serta ditakuti nanti kita akan menghadapi saat sakratul maut yang payah.

Pekerja maut, rakan cedera dandang loji meletup

GURUN 20 Dis. – Seorang pekerja kontrak maut manakala rakannya cedera apabila sebuah dandang loji milik Petronas Fertilizer (Kedah) Sdn. Bhd. meletup di Kilometer 3, Jalan Jeniang di sini, hari ini.

Ulasan: Pohon siasat supaya tak berlaku kecuaian yang disengajakan.

Astro tambah empat saluran baru

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Astro, stesen televisyen satelit di negara ini hari ini mengumumkan pelancaran empat saluran baru, selepas ia memperkenalkan tujuh saluran tambahan sempena Hari Kemerdekaan hampir empat bulan lalu.

Ulasan: Sewaktu lapang fikir-fikirkan bahawa siapa yang memberikan pemilik Astro jadi billionaire kalau bukan KITA, pelanggannya.

Dua kementerian gabung tangani masalah sosial

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berganding bahu melaksanakan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial untuk memberikan pengetahuan berkaitan masalah sosial.

Ulasan: Bukan hanya dua kementerian bahkan SEMUA kementerian wajar tangani masalah sosial yang meruncing di dalam negara kini.

Semua kementerian bertanggung jawab mempastikan semua program yang di laksanakan tidak menyumbang kepada masalah sosial. Jangan merosakkan apa yang baik yang cuba di ketengahkan oleh guru di sekolah. Sepatutnya bersama-sama sepadu memurnikan masalah yang ada.

Wednesday, December 20, 2006

Khalwat: 8 pasangan ditangkap sebulan

IPOH 19 Dis. – Sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan pasangan beragama Islam ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) kerana berkhalwat di bilik-bilik hotel di seluruh negeri ini pada setiap bulan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury berkata, pasangan yang ditangkap meliputi golongan remaja dan dewasa termasuk mereka yang sudah berusia dan berumahtangga.
Malah, katanya, jumlah tangkapan kes khalwat meningkat berkali ganda apabila berlangsungnya konsert hiburan sempena sambutan hari perayaan seperti Hari Kebangsaan…(UM, 20/12/06).

Ulasan: Jabatan Agama setiap negeri mestilah teruskan usaha sebegini supaya negara ini bebas dari maksiat yang boleh menurunkan bala dari langit.
Semua kementerian mestilah bergerak kearah negara adil yang bebas dari maksiat. Negara maju tanpa maksiat, semua wanita terpelihara maruah. Ada yang tak mahu negara bebas dari maksiat?

Pemimpin Islam dunia akan hadir WHF 2007

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Forum Halal Sedunia (WHF) 2007 yang diadakan pada Mei tahun depan dijangka dihadiri oleh beberapa pemimpin Islam dari seluruh dunia.
Pengerusi WHF, Khairy Jamaluddin berkata, antaranya ialah Presiden Pakistan, Pervez Musharraf; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono; Raja Abdullah dari Arab Saudi dan Perdana Menteri Turki, Racip Tayyip Erdogan…(UM, 20/12/06).

Ulasan: Jangan ambil Islam hanya dalam perkara yang membawa duit berbillion contohnya bank tanpa riba, takaful, tabung haji, makanan halal dsbnya.
Keseluruhan Islam untuk di amalkan dalam diri individu, masyarakat dan negara.

Melalui Islam, Tuhan kita, Allah s.w.t mengurniakan kepada kita semua yang baik di dunia dan akhirat. Tugas kita senang saja - Just DO it.

Kualiti tandas awam cerminan status masyarakat – Najib

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kualiti tandas awam menjadi ukuran kemajuan infrastruktur sesuatu tempat dan mencerminkan tahap pembangunan sosial masyarakat di sesebuah negara.
Beliau berkata, ketamadunan sesebuah bangsa boleh dinilai daripada penggunaan dan kebersihan tandas awam.
Menurut beliau, tandas awam yang bersih seringkali dijadikan ukuran bagi melabel atau membentuk persepsi dan sikap terhadap sesebuah negara itu…(UM, 20/12/06).

Ulasan: Di samping usahakan cerminan jangan terlupa kita kena usahakan supaya hati yang baik dan takut kepada Allah akan menjadikan negara hebat seumpama negara Islam masa lampau.

Dayus jika biar Utusan Melayu dikawal pihak lain

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Tindakan membiarkan Utusan Melayu (M) Bhd. dikawal oleh pihak lain melalui cadangan penggabungan dengan The New Straits Times Press (NSTP) boleh dianggap sebagai dayus kerana ia akan menjejaskan budaya dan maruah orang Melayu.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan yang mahu diambil tidak sepatutnya tertumpu kepada soal perniagaan sebaliknya mesti mengambil kira roh perjuangan Utusan Melayu dalam meneguhkan kerajaan, parti dan membangkitkan kesedaran orang Melayu.

Ulasan: Apa guna bersusah payah untuk merdeka tetapi dayus dalam segala hal? Bila yang pokok dan besar pun terlanggar, inikan pula Utusan Melayu yang kecil…

Jangan seronok bila ada isteri cantik dan/atau perempuan cantik dibawah tanggungjawab atau jagaannya tetapi DAYUS menurut pandangan pakar agama…seterusnya sila baca yang berikutnya.

Mengikut tafsiran fuqaha, lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kepada lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka adalah lelaki yang dayus.

Pendayus/lelaki yang dayus akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya
setaraf org yg menderhaka kepada kedua ibu bapa (Az-Zahabi, Kitabul Kaba'ir).

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke jannah yakni peminum khamar, penderhaka kepada ibubapa dan pendayus yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat. (Hadith riwayat Imam Ahmad).

Dari Abdullah R.A bahawa baginda S.A.W bersabda: 3 orang tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan memandang mereka penderhaka kpd kedua ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus ...(Hadith riwayat Imam Ahmad).

Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus(Hadith riwayat An-Nasaie).

Syarh Sunan An-nasaie: Dayus itu ialah lelaki yang tiada ghirah (perasaan
cemburu) terhadap ahli keluarganya.

Rujukan:
1. Syarah Sunan AN Nasai'e
2. Kitabul Kaba'ir, Az-Zahabi

Dayus menurut ulama' ialah "Seorang lelaki yang lemah perasaan cemburu (sensitif terhadap maksiat), ia membezakan diantara seorang Islam dari yang lain, dari orang kafir dan dayus yang membenarkan kelucahan dan perkara yang tidak
bermoral keatas keluarganya"

Imam Al-Zahabi didalam bab "membenarkan kelucahan keatas ahli keluarganya" mengkelaskan dayus sebagai salah satu dari dosa-dosa besar.
Membenarkan ahli keluarga melakukan maksiat, misalnya tidak menutup aurat, melakukan zina, menonton filem lucah dan sebagainya adalah merupakan sifat-sifat orang dayus. Dengan kata lain, dia langsung tidak mempunyai perasaan
cemburu keatas ahli keluarganya diatas maksiat yang mereka lakukan.

Dari Abu Hurairah ra., sabda Nabi saw : Sesungguhnya Allah cemburu dan orang mukmin juga cemburu, sesungguhnya cemburu Allah didatangkan kepada orang mukmin dengan apa yang diharamkan keatasnya" - [hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Orang yang tidak ada perasaan cemburu keatas apa yang Allah larang keatas orang dibawah jagaannya dikatakan seorang yg dayus. Mereka disifatkan tidak mempunyai perasaan sensitive langsung dengan hukum-hukum moral dalam syariat Islam yg seharusnya dijaga keatas ahli-keluarganya.

Jangan jadi DAYUS.

Ihsan tabirhati http://s7.invisionfree.com/Kampung/ar/t2103.htm

UN should condemn Israel's 'clandestine' nuclear weapons

Iran demanded Tuesday that the United Nations Security Council condemn what it said was Israel's clandestine development and possession of nuclear weapons.
Javad Zarif, Iran's ambassador to the UN, said in identical letters to the council and to the secretary-general that the Security Council should "condemn Israeli regime's clandestine development and possession of nuclear weapons, compel it to abandon nuclear weapons, [and] urge it to accede" to the Nuclear Nonproliferation Treaty.

Zarif said the Security Council should demand that all of Israel's nuclear facilities be subject to inspection by the International Atomic Energy Agency and be placed under its safeguards program. "Should the Israeli regime fail to do so, the council must take resolute action under Chapter 7 of the Charter to ensure compliance," he said.
Chapter 7 of the UN Charter, which authorizes a range of measures from diplomatic and economic sanctions to military action….(The Associated Press, 20/12/2006).

Ulasan: Has the UN the gut to face Israel? A small country yet arrogant. Dear Americans, do not let the few Jews to control your government and side with Israel in matters endangering the mankind.
Can we forget that we should help one another in righteousness? The prophet (S.A.W.) said, ''Support your brother whether he is the transgressor or the transgressed. '' They said, ''How can we support our brother if he is the transgressor? He said, ''By preventing him from transgression.'' [Reported by Imam Bukhari].

Jangan Harap Indonesia Buka Hubungan Diplomatik dengan Israel

Departemen Luar Negeri Indonesia menegaskan, pemerintah Indonesia tidak akan mengubah kebijakan luar negerinya; tidak menjalin hubungan dengan Israel, selama rejim Zionis itu tidak mematuhi semua resolusi PBB tentang pendirian negara Palestina dan mundur dari wilayah Palestina yang didudukinya.
Hal tersebut diungkapkan juru bicara departemen luar negeri, Desra Percaya seperti dikutip dari Islamonline, mengomentari tentang hadirnya situs resmi Israel berbahasa Indonesia yang dibuat oleh kementerian luar negeri Israel. Desra mengatakan, kehadiran situs itu merupakan salah satu cara Israel untuk lebih mendorong diplomasi publiknya, tapi jangan harap Indonesia akan mempertimbangkan pemulihan hubungan diplomatik dengan Israel.
Ia menegaskan, jika Israel ingin Jakarta mempertimbangkan hubungan diplomatik dengan Israel, negara Zionis itu harus mematuhi semua resolusi PBB tentang Palestina, termasuk pendirian negara Palestina.
Situs/website Israel berbahasa Indonesia diluncurkan oleh kedutaan besar Israel di Singapura pada Senin (18/12). Tujuannya untuk membuka ruang dialog dengan masyarakat Indonesia yang majoritas penduduknya beragama Islam.
(http://www.eramuslim.com/news/int/4588a7f8.htm, 20 Dis 06).

Ulasan: Negara haram Israel sanggup membuat apa saja untuk mencari sokongan kerana umat Islam yang semakin ramai yang tentu tidak menyenangi tindakan kewujudannya dan selepasnya.

Singapura – cukup menjadi jiran yang buruk yang menyusahkan jiran-jiran. Kenapa menganggap diri sendiri terpencil seperti Israel. You cannot survive without good neighbours. Singapore, behave nicely.

Anak lumba, bapa disaman

KUALA PERLIS: Sebanyak 12 saman dikeluarkan terhadap pemilik motosikal termasuk ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang tanpa lesen memandu dalam operasi membanteras aktiviti lumba haram di jalan pesisir pantai di sini, petang kelmarin…(Harian Metro, 19/12/06).

Ulasan: Sewajarnya suami kepada isteri dan bapa kepada anak perempuan tetapi yang tidak melarang mereka dari membuat maksiat di hukum sama. Tapi persoalannya wujudkah pemerintah sekarang yang sedih bila maksiat berlaku di depan mata pada hal berkuasa? Semua kita sewajarnya melakukan sesuatu berdasarkan kuasa yang ada untuk mengunci rapat pintu-pintu kearah maksiat. Tak pandai guna kuasa? Ask the experts.

Dewan Negara: Institut integriti terap budaya benci rasuah

KUALA LUMPUR: Pembanterasan gejala rasuah harus berlandaskan strategi serampang dua mata menggabungkan tindakan dari segi perundangan dan usaha memupuk kesedaran masyarakat sekiranya mahu mencapai sebarang kejayaan menghapuskannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata pembanterasan rasuah menjadi agenda utama kerajaan sekarang dan semua agensi di bawahnya dikerah menyelaras usaha bersepadu bagi memerangi rasuah.
Mengenai keberkesanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dibangkitkan Lee dalam soalan berasingan, Nazri berkata, isu sama ada sesuatu pendakwaan adalah budi bicara Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.
Beliau menjelaskan, BPR bertanggungjawab menyiasat semua kes dilapor kepadanya tetapi terpulang kepada Peguam Negara sama ada mahu melakukan pendakwaan dan tidak semua kes yang dibawa ke mahkamah itu keputusannya berpihak kepada BPR…(BH, 19/12/06).

Ulasan: Dua perkara: 1. Semuanya ok kecuali yang bercakap. Rakyat ternanti-nanti apa cerita isu permit teksi dulu?

2. Sesuatu pendakwaan adalah budi bicara Jabatan Peguam Negara? Kenapa jadi hakim sebelum di bawa ke mahkamah sebenar?

RM17 juta dibelanja sehari hantar SMS

KUALA LUMPUR: Pengguna telefon bimbit di negara ini membelanjakan lebih RM17 juta sehari untuk menghantar sekurang-kurangnya empat khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang bagi pelbagai tujuan, termasuk melanggan dan memuat turun nada dering.
Kajian yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari 2002 hingga sekarang mendapati secara keseluruhan penggunaan SMS menunjukkan peningkatan jumlah SMS iaitu dua hingga tiga bilion setiap tahun…(BH 19.12.06)..

Ulasan: Semak siapakah yang sudah tentu kaya dari penghantaran SMS kita?
Apa macam turunkan kadar harga penggunaan hand-phone?

17.8 juta daftar prabayar

MANJUNG: Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yakin kes penyalahgunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kegiatan mengesan along dapat diselesaikan lebih pantas selepas semua pemilik telefon prabayar mendaftar talian mereka.
Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata langkah mewajibkan pemilik mendaftarkan talian itu adalah bagi mengelak ia disalahgunakan untuk tujuan yang boleh menggugat keselamatan negara…(BH 19.12.06).

Ulasan: Sepatutnya kita tinggalkan sikap bersangka jahat terhadap rakyat. Kelakuan rakyat mengikut apa dilakukan oleh pemerintah atau sangka pemerintah terhadap rakyat.
Selama ini sebelum pendaftaran telefon prabayar di wajibkan pun keselamatan negara terkawal. Terima kasih kepada ATM dan PDRM. Tak usah cari hujah remeh untuk justify apa yang telah dibuat, menghabiskan masa rakyat saja.

Thursday, December 14, 2006

China bans 'sexy' female attire

Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.
Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.
They should "dress in a serious, proper, simple and natural way"…(BBC, 2 September, 2004, http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3621864.stm)

Comment: Dear UMNO, MCA, DAP politicians: China has enforced this more than 2 years ago. If you do really care to reduce or stop the immorality and rape in the nation, why not try this.

Dear feminists: Don’t just blame the opponents - male. There are things women can do to avoid rape. Save ourselves by not wearing revealing tops and leggings outside our houses. Dignity counts.

Perceraian pasangan muda Islam tinggi

KUALA LUMPUR: Perceraian pasangan Islam muda lebih tinggi berikutan ketiadaan asas pendidikan agama kukuh serta tidak memahami hak dan tanggungjawab yang datang dalam kehidupan berumahtangga.
Presiden Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar, berkata kebanyakan mereka bersama selepas lama bercinta tetapi gagal memahami dengan jelas hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan.

Ulasan: Pada sesiapa yg belum nikah, berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, mesti utamakan hidup beragama Islam melebihi yang lain contohnya kecantikan dsbnya. Amalkan seperti kehendak semua Hadith, Insya Allah jodoh anda akan selamat.

Pada yang sudah nikah, asuhlah diri dan pasangan supaya benar-benar kenal dan cinta Allah dan agama dan merindui kehidupan akhirat.

Kalau tidak, bila terperangkap dengan masalah baru hendak kembali kepada agama Islam. Agak susah. Waktu tengah berseronok, tidak mengambil kisah pasal agama.

Sebenarnya seronok dan senang hidup beragama kerana agama adalah tempat rujukan tertinggi. Hidup dengan isteri atau suami yang patuh beragama adalah lebih senang...sebab dia akan ikhlas bila dia sayang kita kerana Allah bukan kerana sebab dunia yang sementara. Kalau dia marah kerana sesuatu sebab yang patut, dia tidak akan melanggar peraturan agama contohnya kejam, mendera, dsbnya.

Di samping sibuk bekerja mencari rezeki halal janganlah lupa iaitu peuntukkan masa untuk mencari ilmu agama, ilmu akhirat, dan amalkan serta sampaikan. Sampai-sampaikanlah kepada kawan-kawan supaya kita hebat di dunia ini dan di kehidupan akhirat nanti..

Penduduk mahu imej Kuala Lumpur dipertingkat

KUALA LUMPUR: Warga kota mahu Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru, Datuk Ab Hakim Borhan memberi tumpuan kepada masalah sosial remaja, kebersihan, lalu lintas dan menambahbaik kemudahan awam bagi keselesaan penduduk.

Ulasan: Semoga KL dengan Datuk Bandar yang baru akan menjadi bandar raya contoh yang bebas dari zina dan mendekati zina.

Sila tutup rapat semua jalan ke arahnya. Tentu akan menarik pelawat asing kerana KL bermaruah.

RM11 bilion dibelanja ambil alih semula syarikat

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Sebanyak RM11 bilion dibelanjakan oleh kerajaan bagi mengambil alih syarikat yang diswastakan bagi tempoh 1983 hingga 2005, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Raman Suliman.
Menurut beliau, antara syarikat yang diambil alih ialah Sistem Pengangkutan Laju Ringan (Star-LRT) dengan kos pengambilalihan RM3.2 bilion dan Aliran Laju Ringan Putra (RM4.4 bilion).
Syarikat lain yang diambil alih selepas menghadapi pelbagai masalah pengurusan dan kewangan selepas diswastakan katanya, ialah Lebuhraya Seremban-Port Dickson (RM142 juta), Penjara baru Kuching (RM135 juta), Malaysia Airlines System Bhd. (RM2.8 bilion), Sistem Pembentungan Negara (RM193 juta) serta Unit Kajian Melaksana dan Gunaan Orang Islam (RM8.3 juta).

Ulasan: Sebanyak itu duit rakyat di gunakan untuk menyelamatkan syarikat kroni BN/UMNO yang bermasalah (rugi?). Waktu buat untung, enjoy sana-sini lupa rakyat, waktu rugi duit rakyat di habiskan untuk selamatkan kroni. Tak pandai berniaga, jangan berniaga atau belajar dulu daripada orang lain yang hebat.

Circumcision may reduce risk of HIV

WASHINGTON (AP) — Circumcising adult men may reduce by half their risk of getting the AIDS virus through heterosexual intercourse, the U.S. government announced Wednesday, as it shut down two studies in Africa testing the link.
The National Institutes of Health closed the studies in Kenya and Uganda early, when safety monitors took a look at initial results this week and spotted the protection. The studies' uncircumcised men are being offered the chance to undergo the procedure.
Why would male circumcision play a role? Cells in the foreskin of the penis are particularly susceptible to the HIV virus, Fauci explained. Also, the foreskin is more fragile than the tougher skin surrounding it, providing a surface that the virus could penetrate more easily...(http://www.usatoday.com/news/health/2006-12-13-circumcision-hiv_x.htm).

Ulasan: Rupa-rupanya bersunat ini ada kehebatannya. Tapi jangan berzina dan jangan mendekati zina.

Wednesday, December 13, 2006

Hukuman mati kekal

PUTRAJAYA: Bekas pemandu bas ekspres, Hanafi Mat Hassan, yang merogol dan membunuh jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar dalam basnya, enam tahun lalu, akan dihukum gantung sampai mati selepas gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan, semalam.

Ulasan: Berani buat berani tanggung. Tapi antara pengajaran untuk di ambil iktibar ialah jangan percayakan lelaki dan dalam apa saja keadaan perlu ada pelan alternatif untuk selamatkan diri.

Dalam filem Bollywood selalunya kes-kes yang melibatkan orang ternama yang susah nak di sabitkan. Di sini, bagaimana?

Kompaun biak aedes hampir RM1 juta

PUTRAJAYA 12 Dis. – Kementerian Kesihatan mengutip kompaun hampir RM1 juta yang dikenakan ke atas individu dan premis kerana didapati membiak jentik-jentik nyamuk aedes sepanjang tahun ini.
Pengarah Kawalan Penyakit, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, Selangor dan Kuala Lumpur mencatat kutipan kompaun tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
Beliau berkata, premis yang dikenakan kompaun kerana kesalahan itu terdiri daripada sekolah, rumah, kompleks membeli-belah, kilang, tapak binaan dan kedai.

dan mutakhir:
Biak aedes: RM2.6j kompaun dikutip
PUTRAJAYA 19 Dis. – Sebanyak RM2.6 juta kompaun dikutip daripada individu dan premis yang didapati membiak nyamuk aedes di seluruh negara sejak awal tahun ini.


Ulasan: Seronok mendapat duit kompaun yang mungkin berpuluh-puluh juta RM tetapi apa ertinya? Menunjukkan sikap yang rendah walaupun di negeri yang maju. Biar orang kena denggi asalkan kita hidup terus hidup dan buat duit.

Olmert akui Israel kuasa nuklear

BERLIN 12 Dis. – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menimbulkan kontroversi semasa lawatannya ke Jerman semalam dengan membayangkan buat pertama kali bahawa negara Yahudi itu memiliki senjata nuklear.

Ulasan: Selama ini Israel memiliki senjata nuclear dengan pengetahuan umum negara besar terutama Amerika. Negara haram yang kecil tetapi menjadi jiran yang jahat kepada semua jiran-jiran dekat.

Monday, December 11, 2006

Habuan nafsu 11 lelaki

SUBANG JAYA: Tindakan seorang gadis keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya berakhir dengan mimpi ngeri apabila dirogol bergilir-gilir oleh 11 lelaki di sebuah rumah di Puchong, di sini, minggu lalu.
Pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Kajang itu dikatakan membonceng motosikal bersama lelaki terbabit untuk bersiar di sekitar ibu kota...(Metro).

Ulasan: Sayangkanlah dirimu, jangan diserahkan kepada orang yang bukan suamimu yang sah. Kadang-kadang kesian melihat perempuan yang terlalu berani yang akhirnya di jadikan korban jalanan. Wahai perempuan, jangan jadi bodoh sombong, akhirnya tergadai maruah. Jaga diri sebelum kena.

Jangan terima tawaran Singapura

JOHOR BAHRU 10 Dis. – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad meminta kerajaan negeri menolak sebarang usaha oleh syarikat milik kerajaan Singapura (GLC Singapura) untuk membeli ekuiti dalam projek monorel yang akan dilaksanakan di bandar raya ini bernilai RM3 billion.
Katanya, Jalur Mudra Sdn. Bhd. (JMSB), syarikat tempatan yang telah diberikan kebenaran untuk menyiapkan projek tersebut, tidak harus memberi ruang kepada mana-mana GLC Singapura menyertai projek yang dikendalikannya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai minat sebuah syarikat Singapura, SMRT Corporation (SMRT) untuk menyertai projek tersebut.
SMRT ialah syarikat pengendali pengangkutan awam Singapura yang mana 55 peratus sahamnya dimiliki oleh cabang pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.
Katanya, cadangan pelaksanaan projek kereta api laju oleh YTL Corporation juga tidak sepatutnya melibatkan Singapura.

Ulasan: Berhati-hatilah mereka akan cuba melalui pelbagai cara untuk menyertai projek tersebut. Kita tunggu dan lihat. Terpulang kepada kerajaan Johor dan kerajaan Malaysia untuk menjaga maruah.
Cadangan pelaksanaan projek kereta api laju oleh YTL Corporation nampaknya baik tapi apa kesan negatif kepada KTMB? Semoga pemimpin Islam selamanya sentiasa bersifat fatonah (bijaksana) seperti Rasulullah s.a.w. bila menghadapi kaum kafir.

UMNO tetap pertahan keunggulan Utusan Malaysia

JAKARTA 10 Dis. – UMNO tetap akan mempertahankan keunggulan dan sejarah kegemilangan Utusan Malaysia sebagai lidah perjuangan orang Melayu dan dalam masa yang sama mahu Kumpulan Utusan mampu bersaing dengan syarikat media lain.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, oleh itu kepimpinan UMNO sedang mencari beberapa pendekatan untuk ‘mempertahankan’ kredibiliti akhbar Utusan Malaysia supaya nilai sejarah perjuangannya tidak diketepikan.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia di sini semalam ketika ditanya usaha untuk menggabungkan Utusan dan NSTP bagi menjadi satu entiti syarikat media terbesar.

Ulasan: Apakah terjadi lagi ular telan naga? Cerita sensasi ular telan naga bila Bank Bumiputra (ditubuhkan hasil Kongres Ekonomi Bumiputera khusus untuk. membantu bumiputera) jadi Bank Bumiputra-Commerce. Sekarang Bank Bumiputra dan Bank Commerce itu terus hilang menjadi Bank CIMB.

Khabarnya sebilangan besar pengurusan dan pengurus professional Melayu yang asalnya dari Bank Bumiputra, kemudian jadi Bank Bumiputra-Commerce dan sekarang, majoritinya diganti oleh mereka yang Bukan Melayu, dibawah Kumpulan CIMB, terutama selepas Southern Bank Bhd dibawa masuk kedalam kumpulan kewangan tersebut.

Semua berlaku depan mata kita sewaktu UMNO berkuasa mutlak sejak dari merdeka.
Sayangnya, Bangsa Melayu di dagang bukan di perjuangkan. Patutlah UMNO anggap 6o tahun tak cukup untuk perjuangan Melayu…

Mahmoud mahu terus rancangan pilihan raya awal

RAMALLAH, Tebing Barat 10 Dis. – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini bercadang untuk meneruskan rancangan beliau mengadakan pilihan raya parlimen dan presiden lebih awal dalam tindakan yang disifatkan Hamas sebagai rampasan kuasa terhadap demokrasi.

Ulasan: Kenapa tidak bersama-sama supaya HAMAS boleh memerintah Palestin dengan baik? Jangan gunakan kedudukan untuk menyusahkan saudara seagama walaupun mereka dari kumpulan yang berbeza.

BPR tahan 2 anggota polis

JOHOR BAHRU 10 Dis. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan dua orang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Kontinjen Johor kerana didakwa menerima rasuah untuk ‘menyelesaikan’ satu kes dadah.

Ulasan: Tahniah BPR kerana berusaha untuk bebaskan Malaysia dari rasuah. Jangan lupa kes melibatkan orang besar-besar. Jangan reda diri terlibat dengan rasuah dan beri laluan kepada BPR.

Friday, December 08, 2006

Kontraktor perlu lengkapkan diri dengan kemahiran

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kontraktor Malaysia yang memperoleh projek di luar negara perlu melengkapkan diri dengan kebolehan dan kemahiran yang tinggi.

Ulasan: Kepada kontraktor Melayu yang berpengalaman dengan mendapat projek atas angin melalui hubungan politik dengan pemerintah yang ada atau kenalan orang besar dan kemudian menjualnya kepada kontraktor kafir yang melaksanakannya. Hidup sedemikian sampai 100 tahun pun tidak berguna. Kita hanya mendapat pengalaman menguruskan orang tertentu dan sedikit wang tetapi orang lain mendapat pengalaman melaksanakan projek dan wang yang lebih banyak.

Hasil haram dan syubhat tidak mendatangkan berkat.
Lakukan sendiri, belajar untuk hidup mulia.

Anugerah Skrin Ke-8 artis dilarang berpakaian seksi

GLAMOR dan elegan menjadi konsep Anugerah Skrin ke-8 (AS8) kali ini yang akan diadakan pada 22 Disember ini. Biarpun mengutamakan glamor dan elegan, namun TV3 selaku penganjur anugerah tersebut tetap mempunyai pendirian bagi memastikan majlis gilang gemilang yang mengiktiraf hasil seni tempatan tidak menimbulkan kontroversi.
Untuk itu, bagi memastikan rumah siap dan pahat tidak berbunyi, TV3 mengingatkan para artis yang hadir pada majlis tersebut agar tidak berpakaian seksi dan menjolok mata terutama artis wanita.

Ulasan: Untuk keselesaan dan kesejahteraan semua pihak termasuk mempertahankan maruah wanita, kita patut menerima cadangan agar SEMUA WANITA (dan lelaki, kalau ada) tidak berpakaian seksi dan menjolok mata kecuali di hadapan suami yang sah.

Artis terutamanya artis WANITA patut faham kerana mereka dianggap sebagai idola oleh sebilangan kecil peminat. Buat cuma yang baik-baik saja dan halal tau.

Gunakan kehebatan fikiran untuk menonjol lebih hebat. Tidak perlu biarkan badan di pamerkan hanya untuk mencari habuan sementara. Bukankah kita bukan pelacur?

Permuafakatan antara jemaah menteri penting – Seri Paduka

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail bertitah kerjasama dan permuafakatan yang erat antara anggota jemaah menteri amat penting dalam sistem pentadbiran yang berasaskan perkongsian kuasa seperti yang diamalkan di Malaysia.

Ulasan: Jom bermuafakat untuk laksanakan undang-undang Islam sepenuhnya dalam negara kita. Atau pun minimum supaya Islam dilaksanakan dalam masyarakat Islam saja. Bagi rakyat yang bukan Islam mereka punya pilihan mengikuti undang-undang Islam atau undang-undang konvensional yang ada sekarang.

Berikan hak kepada Muslim untuk amalkan agama kami. Itulah makna merdeka.

Thursday, December 07, 2006

Ahmadinejad beri amaran

TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam memberi amaran kepada pemimpin Barat supaya mengikut petunjuk Tuhan atau hilang daripada muka bumi, lapor agensi berita Mehr semalam.

Ulasan: Malaysia pun kena mengikut petunjuk Tuhan atau hilang daripada muka bumi kerana dunia ini tidak berharga bagi Allah sekiranya manusia tidak beriman kepadaNya dan suka mencabar kekuatanNya yang mutlak.

SPR: Celup jari pengundi dakwat khas

PUTRAJAYA 6 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keberatan menggunakan kaedah mencelup jari pengundi ke dalam dakwat khas setelah mereka selesai mengundi seperti yang dicadangkan oleh parti pembangkang kerana ia akan menimbulkan banyak kesulitan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, selain merupakan kaedah yang ketinggalan zaman, peraturan itu juga memerlukan pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1958 atau Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ulasan: Pengerusi SPR tak perlu bimbang kerana pindaan akta itu kerja pembuat undang-undang iaitu ahli parlimen kita. Malaysia terpaksa menggunakan kaedah yang ketinggalan zaman SEHINGGA pengundi hantu di elakkan. So far SPR seolah-olah merestuinya. Ini merisaukan pemerhati.

Ingat: Kewajipan SPR hanyalah melaksanakan pilihan raya yang bersih tanpa pengundi hantu.

Kontroversi penggunaan keris Pemuda UMNO selesai

PUTRAJAYA 6 Dis. – Kontroversi penggunaan keris oleh Pergerakan Pemuda UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, selesai hari ini setelah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan dengan Pergerakan Pemuda MCA bagi menjelaskan perkara tersebut.

Ulasan: Apakah dapat lagi di percaya bahawa UMNO, termasuk Pemuda UMNO sebagai pejuang bangsa Melayu Islam? Sudah 60 tahun berjuang dan memerintah secara selesa tapi perjuangan tetap tak selesai…yang tentu banyak hilang ialah hak orang Melayu. Nak lagi 60 tahun?

Denda pakaian seksi ganggu hak wanita

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai mengganggu hak asasi kaum wanita.
Pengerusinya, Dr. Rozaidah Talib berkata, pakaian merupakan hak individu dan pihak berkuasa tempatan tidak berhak mencampuri atau menentukan fesyen pakaian individu.

Ulasan: Oleh sebab tafsiran pakaian menjolok mata mungkin berbeza bagi setiap orang, pemerintah sewajarnya menggariskan syarat minimum pakaian seksi untuk kesejahteraan rakyat.

Sayanglah lelaki janganlah wanita berpakaian seksi. Sila tanya ahli psikilogi mengenai berpakaian seksi boleh meransang nafsu lelaki. Sayangnya, mangsa rogol mungkin orang wanita lain yang berpakaian biasa.

Kalau betul sayangkan wanita, pertahankan maruah wanita. Salah satunya ialah jangan berpakaian seksi menurut pandangan lelaki.

China bans 'sexy' female attire...carilah dalam internet.

Keputusan kenaikan kadar tol tidak lama lagi

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Kabinet hari ini telah membincangkan cadangan menaikkan kadar tol bagi lima lebuh raya yang dijangka berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.
Difahamkan, kerajaan perlu membayar sebanyak RM2 bilion kepada syarikat-syarikat konsesi itu jika tiada kenaikan tol diluluskan pada 1 Januari ini.

Ulasan: Kenapa perlu kerajaan bayar sebanyak RM2 bilion kepada syarikat-syarikat konsesi itu jika tiada kenaikan tol diluluskan pada 1 Januari ini, padahal bilangan pengguna lebuh raya semakin bertambah?

Sila dedahkan kontrak perjanjian dan lantik suruhanjaya rakyat untuk mengkajinya. Berikan maklumat cukup supaya rakyat semakin bijak sekarang untuk buat keputusan kerana RM2 itu milik rakyat.

Indonesia timbang larang menteri, Ahli Parlimen berpoligami

JAKARTA 6 Dis. – Indonesia sedang menimbang untuk melarang para menteri, Ahli Parlimen dan gabenor daripada berpoligami ekoran perdebatan hangat mengenai isu itu selepas seorang penceramah agama mengaku mempunyai dua isteri.

Ulasan: Poligami itu hak yang ditentukan Allah. Kenapa sibuk dengan sesiapa yang mampu untuk berpoligami?

Sewajarnya sibuk menyelamatkan wanita dari menjadi pelacur, callgirls, mistress dan wanita yang sanggup menyerahkan tubuhnya dengan/atau tanpa bayaran kerana merosakkan masyarakat, budaya kita dan maruah wanita. Wanita itu tiang negara merdeka.

Wednesday, December 06, 2006

Litvinenko Akan Dimakamkan Sebagai Muslim

London, 5 Disember 2006 11:22
Alexander Litvinenko, mantan mata-mata Rusia yang meninggal dunia di London setelah diracuni, akan dimakamkan secara Islam setelah ia menyatakan menjadi seorang Muslim sebelum ajalnya.
Walter Litvinenko, ayah mantan agen KGB itu, dalam wawancaranya Senin mengatakan bahwa anak lelakinya, yang terlahir sebagai seorang Kristen Orthodox namun mempunyai hubungan dekat dengan gerilyawan Muslim di Chechnya, menyampaikan permintaannya tersebut ketika ia terbaring sekarat di Rumah Sakit University College di London.
"Ia bilang, `Saya ingin dikuburkan sesuai dengan tradisi Muslim`," kata Walter kepada harian Moskow, Kommersant. (http://www.gatra.com/artikel.php?id=99989)

Ulasan: Beruntunglah orang kafir yang menerima Islam sebelum matinya. Bagi kita yang sudah lama Islam atau dari sejak dari kecil maka tiada jalan lain untuk mati MULIA melainkan mati dalam perjuangan dakwah. Jom.

Melayu paling ramai dijangkiti HIV

KUALA LUMPUR: Lebih 70,000 rakyat Malaysia dilaporkan dijangkiti HIV sejak penyakit ini dikesan 20 tahun lalu sehingga menimbulkan senario yang menggerunkan jika langkah proaktif tidak diambil segera.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata untuk enam bulan pertama tahun ini, hampir 3,000 kes baru dilaporkan membabitkan kaum Melayu yang mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 73 peratus, diikuti Cina (15), lapan peratus India dan selebihnya lain-lain.

Ulasan: Dua sebab terbesar menyebabkan HIV : penyalahgunaan dadah dan berzina. Sudahkan di tutup rapat punca yang memungkinkan berlakunya penyalahgunaan dadah dan berzina? Kalau betul sayangkan negara jangan berzina.

Sayangnya Melayu paling ramai dijangkiti HIV walaupun UMNO/BN berkuasa mutlak dinegara kita selama ini. Apa ertinya kuasa pemerintahan kepada bangsa? Atau tak pandai guna kuasa?

405 hotel tak daftar bomba

KUALA LUMPUR: Sebanyak 406 premis yang menjalankan perniagaan hotel bajet sekitar Lembah Klang masih belum mendaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA).

Ulasan: Ingatlah kemalangan boleh terjadi bila-bila masa. Bagaimana hotel bajet di tempat lain?

Along berebut kawasan dibunuh

SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh akibat perebutan kawasan perniagaan dengan sekumpulan ceti haram atau along lain, ditemui dalam lubang di Taman Kempas, di sini, petang semalam.

Ulasan: Kemilau dunia menyebabkan manusia membunuh sesama sendiri seperti yang telah berlaku kepada dua orang anak Nabi Adam. Pada hal Allah telah jadikan dunia ini cukup untuk semua orang hidup senang. Carilah ilmu, berusaha dan berdoa.

Skandal seks: Ahli Parlimen letak jawatan

JAKARTA 5 Dis. – Seorang ahli Parlimen Indonesia meletakkan jawatan daripada parti Golkar semalam selepas skandal seksnya dengan seorang penyanyi terbongkar.
Para pegawai Indonesia hari ini berkata, Yahya Zaini meletakkan jawatan sebagai ketua jawatankuasa hal ehwal agama Golkar.

Ulasan: Kalau memang mahu menjadi pemimpin rakyat sewajarnyalah boleh memimpin diri sendiri. Kalau bernafsu besar buat cara yang di anjurkan agama : carilah isteri yang halal.

Telefon bimbit prabayar akan perangkap Ah Long

KUANTAN 5 Dis. – Polis akan bertindak secara lebih intensif terhadap ceti haram atau Ah Long mulai tahun depan sebaik sahaja semua kad prabayar telefon bimbit didaftarkan.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berkata, arahan kerajaan mewajibkan pengguna telefon prabayar mendaftarkan perkhidmatan mereka akan memudahkan polis mengesan kegiatan Ah Long.

Ulasan: Semua kita tahu polis kena lebih cekap @ smart daripada penjenayah.

Jangan beli ubat melalui Internet – Soi Lek

PETALING JAYA 5 Dis. – Orang ramai diingatkan supaya tidak membeli ubat, produk kesihatan dan bahan kosmetik melalui Internet kerana produk-produk itu mungkin tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan penggunaannya boleh membawa risiko kepada kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, ubat yang dijual melalui Internet walaupun harganya kelihatan murah tetapi ia kemungkinan besar merupakan ubat palsu atau ubat yang tidak didaftarkan dengan kementerian.

Ulasan: Indahnya kalau kita manusia kukuh hidup beragama. Nescaya tidak ada sebarang penipuan kerana hasil haram tidak mendatangkan keberkatan hidup.
Jom ajak manusia balik semula kepada mengamalkan agama.

31 kes rasuah PBT Johor, satu dihukum setakat ini

JOHOR BAHRU 5 Dis. – Sebanyak 31 kes rasuah melibatkan pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor dilaporkan dalam tempoh 11 bulan lalu tetapi sehingga kini hanya seorang telah dikenakan tindakan undang-undang.

Ulasan: Semoga negara indah ini akan bebas dari rasuah dan penyelewangan angkara jerung dan bilis. Sshh, jangan lupa 18 kes high profiles yang di janjikan kepada rakyat.

Tuesday, December 05, 2006

Cadangan diberi gelaran ‘Penganjur Utama Kemerdekaan’

FELLOW Penyelidik Kanan, Institut Tamadun dan Dunia Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Syed Hussein Al-Attas mencadangkan Presiden Umno pertama, Datuk Onn Jaafar diberi gelaran ‘Penganjur Utama Kemerdekaan’. Beliau membuat cadangan itu ketika ditanya seorang peserta Seminar Kebangsaan Mengenai Pemikiran Datuk Onn sama ada tokoh Umno itu layak diberikan gelaran 'Bapa Kemerdekaan' menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...

Ulasan: Yang terawal meniupkan semangat kemerdekaan di mana-mana bumi Islam ialah para ulama kerana penjajahan secara asasnya adalah bertentangan dengan Islam. Tidak mungkin penjajah kafir dan Islam akan dapat hidup bersama.

Sayangnya puak nasionalis pandai mengambil peluang daripada keikhlasan ulama. Hasilnya ulama kembali ke masjid atau pondok @ pesantren masing-masing untuk mendidik umat sementara puak nasionalis menjadi pemerintah anak pribumi sendiri yang rupa-rupanya...Indian in blood and colour, but English in taste, in opinions, in morals, and in intellect.

Tamsil: Presiden Sukarno memang menipu Teungku Daud Beureueh kerana TIDAK pernah melaksanakan janjinya. Apa janjinya? "Teungku Daud Beureueh pernah menyatakan: "Lebih setahun sesudah proklamasi kemerdekaan, pada waktu tentara Belanda dan Sekutu sedang melancarkan serangan secara besar-besaran, dimana para pemuda kita sudah ribuan bergelimpangan gugur di medan perang, datanglah Sukarno ke Aceh...Dia datang menjumpai saya menerangkan peristiwa-peristiwa dan perkembangan revolusi. Dalam pertemuan itu saya tanya Sukarno: "Untuk apa Indonesia merdeka?" Sukarno menjawab: "Untuk Islam kak". Dia memanggil kakak kepada saya. Saya tanya lagi, "betulkah ini?". Jawabnya, "betul kak". Saya tanya sekali lagi, "betulkah ini?". Dia jawab, "betul kak". Saya ulangi lagi, "betulkah ini ?". Pada waktu inilah Sukarno berikrar: "Kakak! Saya adalah seorang Islam. Sekarang kebetulan ditakdirkan Tuhan menjadi Presiden Republik Indonesia yang pertama yang baru kita proklamasikan. Sebagai seorang Islam, saya berjanji dan berikrar bahwa saya sebagai seorang presiden akan menjadikan Republik Indonesia yang merdeka sebagai negara Islam dimana hukum dan pemerintahan Islam terlaksana. Saya mohon kepada kakak, demi untuk Islam, demi untuk bangsa kita seluruhnya, marilah kita kerahkan seluruh kekuatan kita untuk mempertahankan kemerdekaan ini" (S.S. Djuangga Batubara, Teungku Tjhik Muhammad Dawud di Beureueh Mujahid Teragung di Nusantara, Gerakan Perjuangan & Pembebasan Republik Islam Federasi Sumatera Medan, cetakan pertama, 1987, hal. 76-77).

Dengan ikrar Soekarno itulah, Teungku Daud Beureueh percaya kepada Soekarno untuk ikut mempertahankan kemerdekaan RI Yogyakarta, (salah satunya dengan tulus ikhlas menyumbangkan pesawat udara kepada RI Yogyakarta).Tetapi, ternyata Ikrar Soekarno itu hanyalah alat penipu saja….(http://www.dataphone.se/~ahmad/030713.htm).

Rogol: Askar marin AS dipenjara 40 tahun

MANILA 4 Dis. – Seorang askar marin Amerika Syarikat (AS) didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita Filipina dan dikenakan hukuman penjara 40 tahun hari ini. Mahkamah di sini membuat keputusan itu pada akhir perbicaraan selama tujuh bulan yang telah menjejaskan hubungan AS-Filipina serta menguji pakatan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Ulasan: Negara merdeka sepatutnya mempertahankan maruah wanita kerana wanita tiang negara. Jangan disebabkan pakatan ketenteraan antara kedua-dua negara, langsung wanita di diarkan menjadi mangsa nafsu lelaki.

Monday, December 04, 2006

Polis pantau cara anggota berbelanja

PUTRAJAYA: Semua ketua polis daerah diarah memantau cara berbelanja dan gaya hidup kira-kira 80,000 anggotanya di seluruh negara dalam usaha memastikan mereka bebas daripada gejala rasuah.

Ulasan: Tahniah kepada PDRM dan BPR kerana tindakan ini. Satu hari akan datang di mana amalan polis dan dalam sektor awam dan swasta negara jauh dari rasuah. Bayangkan cantiknya negara tanpa rasuah.

Bila kita memandang akhirat lebih hebat dari keseronokan dunia ini, semua boleh berlaku.

Aishwarya, Hrithik disaman kerana cium

BHOPAL: Adegan kucupan dalam filem Bollywood lakonan Aishwarya Rai dan Hrithik Roshan menimbulkan kemarahan seorang peguam yang memfailkan kes jenayah terhadap dua pelakon itu menuduh mereka berkelakuan lucah.
Shailendra Dwivedi dari Indore, berhampiran Bhopal, ibu negeri Madhya Pradesh, berkata adegan dalam filem Dhoom 2 itu, merendahkan martabat wanita India dan memberi mesej lucah kepada remaja.

Ulasan: Kepada pengeluar filem/drama Malaysia dari pelbagai agama dan bangsa sepatutnya belajar sesuatu yang baru daripada berita India ini: Janganlah anda merendahkan martabat wanita Malaysia dan memberi mesej lucah kepada remaja melalui filem keluaran anda.

Wanita tiang negara dan remaja harapan negara. Jangan kerana nama, kemasyhuran dan duit menyebabkan hilang pertimbangan. Jangan merendahkan dan jangan merosakkan sekiranya anda sayangkan negara, bangsa dan agama.

Wednesday, November 29, 2006

Bil air diseleweng -- Keng Yaik: Perbuatan ‘bisa diatur’ punca kerugian JBA negeri

PULAU PINANG 28 Nov. – Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik mengesyaki wujud penyelewengan dalam urusan pengeluaran bil air oleh syarikat pemegang konsesi dan Jabatan Bekalan Air (JBA) negeri-negeri.
Dengan menyifatkannya sebagai perbuatan ‘bisa diatur’, beliau berpendapat, gejala itu adalah punca ada syarikat konsesi dan JBA negeri yang merekodkan kerugian air tanpa hasil (NRW) sehingga mencecah lebih 50 peratus.
Katanya, penyelewengan tersebut banyak membabitkan syarikat gergasi yang menggunakan air sehingga bilnya mencecah ratusan ribu ringgit sebulan…(UM 29.11.06).

Ulasan: Kalau orang biasa terlambat sedikit membayar bil sudah kena potong airnya. Negara ini milik rakyat atau negara milik syarikat gergasi?

Jangan bercakap saja. Tindakan adil sewajarnya nampak di lakukan. Kalau berlaku penyelewangan, BPR pohon pantau.

Rasuah: BPR diarah bertindak

PORT DICKSON 28 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak segera menyiasat aduan rasuah dan menghadapkan mereka yang didakwa melakukan jenayah itu ke mahkamah tanpa mengira mereka ‘orang besar’ atau ‘orang kecil’.
Menurut Perdana Menteri, BPR perlu menjalankan siasatan sendiri tanpa menunggu laporan polis jika mereka yakin maklumat yang diterima berhubung sesuatu kes rasuah benar-benar berasas…(UM 29.11.06).

Ulasan: Jangan halang BPR menyiasat orang tertentu dan jangan pengaruhi mahkamah dalam sebarang bentuk. Fair & square: Rakyat jadi selamat bila siapa saja membuat salah kena tindakan yang adil.

Tuesday, November 28, 2006

Pelajar IPT tak terbabit pelacuran

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata kes pelacuran kanak-kanak seperti yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin tidak membabitkan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Mustapa berkata, sepanjang 35 tahun iaitu daripada 1971 hingga 2006, hanya 3,818 kes salah laku membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dilaporkan.
Beliau berkata, jumlah sebanyak 3,818 itu hanya menunjukkan purata sebanyak 100 kes setahun. Daripada jumlah itu, katanya, kes khalwat di kalangan pelajar IPT paling tinggi iaitu 735 kes."Selain itu, penyelewengan akademik sebanyak 632 kes, membawa nota sewaktu peperiksaan (270), kesalahan lalu lintas (212) dan penyalahgunaan dadah (107)," …(BH, 27.11.06).

Ulasan: Memanglah kajian itu melibatkan pelacuran di kalangan kanak-kanak (berumur kurang 18 tahun), tidak termasuk pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Tapi majalah Mastika yang baru ada menyiarkan pengakuan pelajar IPT yang melacurkan dirinya…
Bagaimana anak haram yang di lahirkan oleh siswi akibat khalwat? Kerajaan yang benar-benar sayangkan rakyatnya perlu laksanakan sesuatu supaya jalan-jalan zina di tutup serapat mungkin.

Perhimpunan UMNO: Tiada sebab berasa cemas

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak ada sebab untuk mana-mana pihak berasa cemas dengan kelantangan beberapa perwakilan UMNO memperjuangkan isu-isu Melayu pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini…(UM).

Ulasan: Kokok berderai-derai, macam nak runtuh Bangunan PWTC dek gema pejuang Melayu tapi tanpa Islam, agama sebagai sandaran yang kukuh, tak ada apa-apa kehebatan kita. Lepas perhimpunan kebanyakannya balik dengan agenda peribadi untuk mengumpulkan harta, wang dan nama di sebalik nama perjuangan bangsa. Bukan setahun dua.

Rakyat jemu mendengar hujjah lama orang politik UMNO perjuangan orang Melayu belum selesai….walaupun UMNO berkuasa penuh dalam politik di Malaysia. Nak lagi?

Yang sebenarnya kaya ialah towkay-towkay di belakang kebanyakan orang politik UMNO. Orang lain jadi kaya tapi kita menyembah towkay kafir walaupun kelihatan hebat di mata pengikut.

‘Kerajaan Thailand terdahulu bunuh suspek pemberontak’

BANGKOK 27 Nov. – Panglima Tentera Darat Thailand, Sonthi Boonyaratglin hari ini mendedahkan kerajaan sebelum ini telah membunuh suspek pemberontak yang diserahkan oleh Malaysia kepada Thailand…(UM).

Ulasan: Sampai hati negara kita mempersembahkan saudara kita untuk di bunuh oleh kerajaan Thai tanpa melalui mahkamah. Sila buktikan suspek bersalah dahulu.

Malaysia terkejut laporan Thailand bunuh suspek pemberontak

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Wisma Putra melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan kerajaan Thailand mengaku membunuh suspek pemberontak yang diserahkan oleh kerajaan Malaysia kepada negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tindakan yang diambil kerajaan Thailand itu jelas melanggar aku janji yang telah dipersetujui kedua-dua negara sebelum ini.…(UM 29.11.06).

Ulasan: Ye ke? Semudah itu dan amat mengecewakan.

Thursday, November 23, 2006

Jangkitan HIV setiap 8 saat

GENEVA: Jangkitan HIV, virus yang membawa kepada Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) berlaku setiap lapan saat dan meningkat di setiap benua serta paling teruk di Uganda dan Thailand meskipun dua negara itu dianggap mencapai kejayaan melawan Aids.
Seramai 39.5 juta orang dewasa dan kanak-kanak dijangkiti HIV di seluruh dunia, paling banyak berlaku di timur Asia dan timur Eropah serta tengah Asia, kebanyakannya berpunca daripada penyalahgunaan dadah dan seks rambang, dedah agensi UNAIDS dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin.
Selain itu, jangkitan HIV berlaku setiap lapan saat yang bermakna 11,000 orang dijangkiti setiap hari dan 8,000 lagi yang turut dijangkiti menemui ajal, menurut laporan bersama pertubuhan berkenaan bertajuk ‘2006 Aids Epidemic Update’ (Keadaan Terkini Wabak Aids 2006).
“Bukti menunjukkan sekali lagi bahawa wabak Aids berkembang di semua tempat,” kata Pengarah Eksekutif UNAIDS, Peter Piot, pada sidang media.

Ulasan: Ada dua punca HIV iaitu penyalahgunaan dadah dan seks rambang, zina.
Selagi tidak di bendung kedua punca ini, segala yang di buat hanya menghabiskan peruntukan saja kerana akan ada pesakit HIV dan semakin bertambah.

Sudah tentu ramai orang terlibat dalam zina berbanding penyalahgunaan dadah. Zina mudah berlaku percampuran bebas daripada cara hidup bebas ala Barat seperti yang di amalkan sekarang. Patutlah Dato Maharajalela dan kawan-kawannya sanggup membunuh JWW Birch di Perak dulu kerana inginkan generasi akan datang hidup sihat.

Ceritanya bermula dan kemuncak dengan nafsu menguasai diri dan kemudian berzina. Kemudian melanggani pelacur. Kemudianya menyebarkan secara tak sedar virus penyakit kepada yang di sayangi: isteri dan anak dalam kandungan. Hujungnya terlantar dan menderita dan mendatangkan masalah kepada semua termasuk negara yang mengizinkan tempat maksiat beroperasi secara terang atau haram.

Jangan kita mendekati zina. Kerana sesungguhnya zina satu perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan. Lebih 1400 tahun yang lalu Allah telah mengingatkan kita dalam Quran. Sila semak Surah Al Isra, ayat 32.

Anak luar nikah makin ramai di AS

ATLANTA: Kadar wanita bujang melahirkan anak luar nikah mencapai angka tertinggi di Amerika Syarikat dengan hampir empat daripada 10 bayi yang dilahirkan tahun lalu membabitkan golongan itu. Kira-kira 4.1 juta bayi dilahirkan di Amerika tahun lalu, meningkat sedikit berbanding 2004. Lebih 1.5 juta bayi itu dilahirkan oleh wanita yang tidak berkahwin atau 37 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Pada 2004, kira-kira 36 peratus kelahiran adalah hasil hubungan luar nikah.
Selain itu, bilangan pasangan luar nikah yang mempunyai anak semakin meningkat, mencecah 1.7 juta tahun lalu, meningkat daripada 200,000 pada 1970…(BH, 23 .11.06)

Ulasan: Angka ini bagi negara kita pun malah setiap negara akan naik setiap tahun kerana kita terutama belia mengamalkan cara hidup bebas Barat (mulai kebebasan bercampur lelaki-perempuan di ikuti seks bebas, zina).

Amat sedih dan menghairankan kenapa kita – di semua negara yang pernah terjajah sebelum ini - bersusah payah berjuang untuk merdeka dari penjajah barat tetapi seronok mengamalkan cara hidup mereka. Sayang kemerdekaan yang tidak di jaga dengan teliti akhirnya musnah di tangan nafsu sendiri. Setiap yang bermula akan sampai walaupun lambat. Sekarang ini sudah nampak masalah yang dulunya amat di khuatiri dan di geruni : bergaul bebas, zina, anak haram dan menggugur anak secara haram.

Mengapakah wanita sanggup menyerahkan dirinya untuk di zina oleh lelaki yang bukan suaminya yang sah? Tidak ada siapa yang yang boleh membantu mengelakkan tubuhnya dari jamahan lelaki kecuali diri wanita terbabit. Kalau wanita yang betul-betul sayang kepada dirinya mesti sanggup mengelakkan zina dan menjauhi mukadimmah zina. Apa di harap dari hero lelaki yang sanggup berzina kemudiannya menjadi penakut dan menghilangkan diri laksana David Cofferfield.

Pesanan kepada belia: Jagalah tubuhmu, kawal nafsumu dan jangan serahkan dirimu sehingga malam pengantin yang sah.

Jangan kita mendekati zina. Kerana sesungguhnya zina satu perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan. Allah telah mengingatkan kita dalam Quran. Sila semak Surah Al Isra, ayat 32.

4 pegawai diarah buat laporan kes balak haram

ALOR STAR: Jabatan Perhutanan Kedah mengarahkan empat pegawainya yang ditugaskan di stesen renjer Hutan Simpan Gunung Inas di Baling, mengemukakan laporan penuh berhubung kegiatan pembalakan haram di situ.

Ulasan: BPR tolong siasat. Rasuah yang berleluasa dalam pelbagai bidang boleh menyebabkan negara jadi ranap. Sudah terang lagi bersuluh. Berikan kuasa sepenuhnya kepada BPR. Jangan ganggu siasatan BPR dan laksanakan keadilan.

Rasuah: Hukuman bekas jurutera ditentukan Jumaat

SHAH ALAM 22 Nov. – Seorang bekas Jurutera Daerah, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kuala Selangor yang sebelum ini dibicarakan atas tuduhan rasuah, hari ini menukar pengakuannya kepada bersalah menerima wang tunai RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya oleh seorang kontraktor.

Ulasan: Ini hanyalah small tip of iceberg. Banyak lagi yang hebat dan jumlah yang hebat. Tanya BPR. Berikan kuasa sepenuhnya kepada BPR. Kalau benar sayangkan Malaysia : Jangan ganggu siasatan BPR dan laksanakan keadilan.

Lesen kelas F terus dibeku

PETALING JAYA 22 Nov. – Kerajaan akan terus membekukan pemberian lesen kontraktor kelas F kepada bumiputera sehingga golongan itu mampu menguasai sepenuhnya bidang keusahawanan.

Ulasan: Semoga hajat itu di capai. Jangan pula guna peluang ini untuk hidup seorang tapi tak kisah untuk jadi ‘pemain tulen’ pun. Bercita-cita besar syarat utama untuk maju.

Kita beli lapan pesawat latihan tempur

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kementerian Pertahanan hari ini memeterai perjanjian perolehan lapan pesawat latihan tempur Fighter Lead-In Trainer (FLIT) Aermacchi MB-339CM buatan Itali bagi melatih bakal juruterbang pesawat generasi baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti F/A-18D dan Sukhoi 30MKM.

Ulasan: Bersiap siaga untuk menggempur musuh.

Tentera Islam ke Iraq? -- Indonesia mahu negara-negara Islam hantar askar

JAKARTA 22 Nov. – Indonesia menyatakan kesediaannya menghantar tentera ke Iraq untuk berkhidmat di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika masyarakat antarabangsa bersetuju dengan penempatan pasukan itu.

Ulasan: Masalah umat Islam kenapa kita tidak selesaikan ikut cara kita? Negara Islam bercakap hebat dan punya imej hebat di hadapan rakyatnya tetapi belum keluar dari kepompong. Go and belajarlah dari amal semasa.

Sindiket asing terlibat -- Punca 80% rompakan mikrocip gagal diselesaikan sejak 1995

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Hampir 80 peratus kes rompakan peralatan komputer dan mikrocip melibatkan kerugian ratusan juta ringgit yang dilaporkan sejak 1995 sehingga kini belum dapat ‘diselesaikan’.
Kegagalan pihak berkuasa itu, difahamkan kerana modus operandi atau taktik rompakan itu telah dirancang dengan begitu licik dan teliti sekali. Perompak berupaya memastikan hasil rompakan itu dibawa keluar dari negara ini dalam tempoh 24 jam atau kurang.

Ulasan: Di zaman yang canggih ini polis dan perompak: Siapa lebih smart? Tentu sahaja menggunakan akal. Lawan tetap lawan untuk pastikan Malaysia bebas dari jenayah.

Wednesday, November 22, 2006

Chinese HIV cases up 30 percent in 2006

BEIJING - Reported cases of HIV and AIDS in China has jumped 30 percent this year, with intravenous drug use the main source of infection, Chinese state media said Tuesday.
The reported number of cases has grown to more than 183,000 this year, up from 144,000 at the end of last year, the China Daily newspaper reported, citing figures from the Ministry of Health.
Of the reported cases, more than 40,000 have developed into AIDS, it said.
http://news.yahoo.com/s/ap/20061122/ap_on_he_me/china_aids

Ulasan: Punca utama HIV dan AIDS ialah penyalahgunaan dadah dan zina. Kalau manusia tidak boleh mengawal nafsu seksnya dan berzina di mana-mana, tunggulah azab dunia. Bagaimana mahu menundukkan nafsu? Senang sahaja. Dalam hidup ini, ikutlah perintah Allah seperti di contohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nafsu tanpa agama sangat merosakkan.

40 peratus penempatan Israel di Tebing Barat haram

BAITULMAQDIS 21 Nov. – Sebanyak 40 peratus daripada penempatan Israel di Tebing Barat didirikan di atas tanah persendirian milik rakyat Palestin.

Tindakan itu sekali gus membuktikan kesemua binaan yang didirikan di kawasan tersebut dibina secara haram, demikian menurut satu kumpulan pemerhati penempatan hari ini dengan menegaskan bahawa pendedahan pihaknya adalah berdasarkan maklumat tentera Israel.

Ulasan: Negara Palestin telah di jajah sejak sekian lama oleh Israel dengan bantuan Amerika dan sekutunya. Penduduk Israel pula menduduki atas tanah persendirian milik rakyat Palestin. Sama sahaja perangai negara dan rakyat Israel. Bebaskan Palestin.

Bahasa Melayu dibenar di selatan Thai

BANGKOK 21 Nov. – Thailand mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kerja bagi pegawai kerajaan di selatan negara ini.
“Kerajaan meluluskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kerja tambahan dan akan memastikan bilangan pegawai kerajaan yang boleh berbahasa Melayu mencukupi,” kata jurucakap kerajaan, Yongyuth Mayalarp.
“Kami akan meminta para pegawai belajar berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” tambah beliau.

Ulasan: Kerajaan Thai selama ini menzalimi orang Islam penduduk asal wilayah selatan Thai yang berbeza budaya. Hasilnya penentangan gerila berlaku. Paling kurang berikan autonomi kepada orang Islam di selatan Thai.

Sultan kenakan syarat lebih ketat anugerah Datuk di Selangor

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sultan Selangor mengenakan syarat yang lebih ketat termasuk menetapkan usia minimum 45 tahun sebelum seseorang layak menerima anugerah Datuk di negeri itu.

Ulasan: Asalkan Datuk tidak menggunakan pangkatnya untuk buat untung.

Tuesday, November 21, 2006

MT kaji kewajaran siaran langsung perhimpunan UMNO – Najib

PUTRAJAYA 20 Nov. – Wajarkah Perhimpunan Agung UMNO disiarkan secara langsung melalui televisyen?. Jika dibenarkan, apakah para perwakilan yang membahaskan usul-usul perlu diingatkan supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama dan sebagainya.

Ulasan: UMNO kena ingat bahawa TV1 dan TV2 milik kerajaan Malaysia bukannya milik peribadi UMNO. Nak guna TV1 dan TV2 kenalah bayar. Atau kita seragamkan supaya parti-parti politik lain yg ada di Malaysia boleh menggunakannya percuma.

Monday, November 20, 2006

Saranan guna dwibahasa Matematik, Sains UPSR

KUANTAN 19 Nov. – Kerajaan digesa memperkenalkan soalan mata pelajaran Matametik dan Sains pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu menjelang 2008.

Ulasan: Jimat kos dengan menggunakan satu bahasa saja.

Friday, November 17, 2006

Syarikat tujuan khas bekal bahan binaan

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno menggesa ditubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) di kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memecahkan dominasi atau kartel dan rangkaian pembekalan bahan binaan yang ketika ini dikuasai bukan Bumiputera.
Exco pergerakan itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican, berkata SPV akan berperanan sebagai pembekal utama bahan binaan kepada semua kontraktor Bumiputera yang memperoleh kontrak kerajaan melalui skim pembekalan secara lebih sistematik.
Beliau berkata, SPV itu dapat menghapuskan ketirisan dalam kontrak kerajaan yang telah menyebabkan keuntungan ratusan juta ringgit yang sepatutnya menjadi milik orang Melayu berpindah ke tangan pihak lain.
Memberi contoh ketirisan tidak disengajakan, beliau berkata, daripada keseluruhan nilai kontrak kerajaan, 15-20 peratus adalah upah, kos pengurusan dan bahan binaan (60 peratus) dan kos perkhidmatan seperti kos kewangan, insurans, pengangkutan dan sewaan (20 peratus).
"Pemerhatian Pemuda mendapati hampir 80 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan pergi ke tangan bukan Melayu. Ini kerana pembekal bahan binaan terdiri kaum Cina yang wujud dalam rangkaian kartel yang begitu kuat sejak sekian lama.
"Jika sudah begitu senarionya, apa erti Agenda Melayu jika kontrak yang bernilai RM1 juta umpamanya, hanya 20 peratus saja yang dinikmati kontraktor Melayu manakala selebihnya berpindah ke tangan bukan Melayu," katanya.

Ulasan: Kenapa kaum China perlu bolot semua peluang berniaga? Perlu ingat bahawa we are sharing the world. Ingat: Bolot dan kunci pintu semua peluang, yang tertindas akan menderita, 13 Mei berlaku lagi...

Kegiatan pengacau perpaduan dipantau

PERMAISURI: Perpaduan dan hubungan baik antara kaum serta penganut agama di negara ini tidak terjejas walaupun ada golongan tidak bertanggungjawab cuba mengkucar kacirkan kehidupan masyarakat berbilang kaum.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun, berkata walaupun golongan itu kecil, kerajaan sentiasa memantau dan akan bertindak segera menyelesaikan masalah yang sengaja dicetuskan bagi menimbulkan suasana huru hara.

Ulasan: Jadilah warganegara yang berilmu dan matang dalam tindakan. Jom kenal dan hormatlah jiran kita. Islam menetapkan ada hak yang perlu di sempurnakan kepada jiran kita berlainan agama.

ISP diarah tapis bahan lucah percuma

SYARIKAT telekomunikasi dan penyedia khidmat internet (ISP) diarah menyediakan khidmat penapisan bahan lucah secara percuma kepada pengguna secepat mungkin bagi menangani keruntuhan moral remaja.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata arahan itu juga membabitkan pengusaha kafe siber sebagai syarat mendapatkan lesen perniagaan mereka. Katanya, langkah itu dibuat untuk memastikan semua pihak mematuhi keputusan Majlis Kebangsaan Teknologi Maklumat (NITC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, April lalu.
"Khidmat penapisan ini disediakan kepada pelanggan internet dan pengguna telefon bimbit yang boleh memuat turun bahan dari internet serta syarikat telekomunikasi yang mempunyai capaian internet serta kafe siber” katanya.

Ulasan: Kalau pemimpin BN/UMNO betul-betul sayangkan rakyat, ISP mesti tapis SEMUA bahan lucah samada percuma atau berbayar. Cukuplah negara di bebani rogol, zina, sumbang muhrim dan anak haram. Sayangilah wanita kerana wanita tiang negara.

Bush melawat, Bogor di tutup

JAKARTA 16 Nov. – Pihak berkuasa Indonesia hari ini berkata, mereka merancang untuk menutup sebahagian bandar Bogor yang bakal menjadi tuan rumah, kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush minggu depan.

Ulasan: Kenapa pengganas dan penjenayah perang di layan? Hukum Bush kerana menyebabkan puluhan ribu rakyat Afghanistan dan Iraq di bunuh dan menderita akibat perang yang di lancar oleh AS dan sekutunya.

Mengapa Amerika menyokong Israel yang telah mengebom Palestin dan Lebanon?

Mukhriz melampau

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO akan mengkaji semula kedudukan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pergerakan itu jika beliau terus mengkritik kepimpinan kerajaan dan politik.
Hishammuddin mengulas kenyataan Mukhriz dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang mendakwa tiada perkara baru dalam ucapan dasar Presiden parti semalam.
Mukhriz dipetik sebagai berkata: ‘‘Saya rasa ucapan (Presiden) itu telah disampaikan tahun lalu. Saya mengharapkan ada perkara baru. Mungkin dia (Abdullah) ada idea lain.”

Ulasan: Jalan paling selamat untuk naik dalam UMNO ialah sokong apa yang pemimpin kata dan belum kata. Tidak ramai yang sanggup untuk berbeza dengan pemimpin UMNO kerana di cemuh oleh sebahagian penyokong setia pemimpin UMNO yang kerjanya memuji apa yang datang dari mulut pemimpin sewaktu masih berkuasa saja. Demi perjuangan bangsa dan agama, pejuang mesti sanggup merintang arus.

Thursday, November 16, 2006

PKMM mahu bincang dengan UEM

GEORGETOWN: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kumpulan UEM untuk membincangkan kontrak yang boleh dikendalikan ahlinya dalam pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Ulasan: Kalau iman tidak kuat, orang akan mengutamakan agenda peribadi. Selamat berjaya untuk kebaikan ummat sejagat.

Tujuh kes bunuh diri dilapor setiap hari

SUBANG JAYA: Sejumlah tujuh kes bunuh diri dicatatkan berlaku di negara ini setiap hari dengan jumlah purata 2,000 kematian setahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, jumlah itu mewakili nisbah antara 10 hingga 12 peratus bagi setiap 100,000 penduduk setahun akan membunuh diri.
Katanya, kejadian bunuh diri berlaku akibat tekanan hidup dan ketidakupayaan mengatasi masalah dan gagal memenuhi keperluan sosial.

Ulasan: Malaysia kini berdepan dengan sampah pembangunan ekoran kita mengikut pembangunan ala Barat...

Kefahaman dalam subjek Matematik, Sains merosot

KUALA LUMPUR: Umno Johor mendakwa pelajar luar bandar kini hilang keyakinan manakala guru semakin tertekan sejak bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada 2003.

Ulasan: Terima kasih UMNO kerana bersungguh-sungguh merobohkan kota Dasar Bahasa Kebangsaan via Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Semakan 1971) yang kita perjuangkan bersama walaupun UMNO berkuasa di Malaysia.

Ingatlah bahawa Bahasa Kita: Air Mata & Maruah Kita

Pagar sempadan RM44 bilion

JEDDAH 15 Nov. – Arab Saudi akan membina pagar keselamatan di sepanjang sempadan dengan Iraq bermula tahun depan bagi menghalang pergerakan pengganas.
Menteri Dalam Negeri, Putera Naif berkata, projek sepanjang 900 kilometer itu menelan kos RM44.16 bilion.

Ulasan: Kalau kerajaan di sukai rakyat kerana menegakkan keadilan, perjuangan pihak pengganas tiada tempat di hati rakyat.
Cuma seronok kontraktor mendapat projek mudah tapi besar, tapi matlamat sebenar sukar di capai.

Abdullah rayu bantu hapus rasuah, politik wang

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini merayu kepada semua ahli UMNO di segenap peringkat supaya membantu usahanya menghapuskan rasuah dalam kerajaan serta amalan politik wang dalam parti.
Menurutnya, beliau cekal mahu membanteras politik wang dan rasuah, namun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri beliau tidak mampu melaksanakan tugas itu seorang diri.

Ulasan: Sekurang-kurangnya PM menerima bahawa rasuah (UMNO menggunakan istilah lembut politik wang) adalah amalan dalam parti UMNO. Kitaran kejam terus berlaku : Rasuah untuk mendapatkan kedudukan dalam UMNO, kemudian membuat duit, harta, kekayaan dan nama, gunakan pengaruh wang untuk merasuah perwakilan supaya dapat kedudukan lebih baik dalam UMNO, dan kitaran ini berterusan selagi orang UMNO cinta dengan dunia dan tarikan dunia yang menipu. Perjuangan bangsa menjadi cuma alat untuk mendapatkan agenda peribadi. Yang menang sebenarnya ialah towkay kafir yang menjadi pembiaya (financier).

Syor supaya PM sendiri memberi kebebasan kepada BPR menyiasat rasuah dalam UMNO sepertimana rasuah dalam kerajaan kerana rasuah ialah jenayah negara, tidak kira di mana berlaku. Kalau tidak, nampaknya PM berjuang seorang diri...yang lain cuma menunggu peluang dengan agenda peribadi bertopengkan perjuangan Melayu.

Tindakan undang-undang terhadap pihak pertikai kontrak sosial

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang ke atas pihak yang terus mempertikaikan kontrak sosial yang telah dipersetujui antara kaum dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri berkata, beliau sendiri tidak akan membenarkan dokumen penting itu yang telah menjadi asas pencapaian hebat negara dipersoalkan secara berterusan.

Ulasan: Pemimpin UMNO bercakap sewaktu UMNO masih berkuasa. Jutaan rakyat melihat kata UMNO dikota.

Islam dilindungi & Kerajaan pertahan Islam: Pak Lah

Islam dilindungi

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan Islam mahupun bukan Islam yang melampaui batas dengan mempersoalkan status agama suci itu.
Perdana Menteri berkata, beliau akan memastikan kesucian Islam dan fungsi Mahkamah Syariah terus terpelihara daripada sebarang cubaan untuk merendah-rendahkannya…UM.

Kerajaan pertahan Islam: Pak Lah

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kerajaan akan terus memelihara kesucian Islam dan menangani cubaan merendahkan fungsi Mahkamah Syariah, tetapi pada masa sama tidak akan membenarkan penyuburan sikap kebencian dan tidak toleran…BH.


Ulasan: Yang paling utama ialah melaksanakan tuntutan Islam per se. Bukan macam orang pergi beli-belah di supermarket, pilih mana yang perlu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat kata dikota, berjuta rakyat menjadi saksi.

Sejak bila pula mengucap selamat kepada warga Malaysia yang berlainan agama sempena perayaan mereka kita terima menjadi budaya kita? Tak jadi masalah buat rumah terbuka untuk jamu rakyat khususnya yang miskin. Cuma jangan reda agama mereka. Sebarkan dakwah terhadap masyarakat majmuk dan doakan mereka supaya masuk Islam.

Wednesday, November 15, 2006

BPR awasi 30 kakitangan awam

SEREMBAN: Tiga puluh kakitangan awam di Negeri Sembilan kini sedang diawasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana dipercayai hidup mewah melebihi kemampuan kewangan mereka dengan seorang sudah diarah mengisytiharkan aset dan harta miliknya.
Pengarah BPR Negeri Sembilan, Mohd Yusoff Md Zain, berkata pihaknya dalam proses melengkapkan profil dan data semua penjawat awam terbabit, termasuk harta dimiliki mereka.

Ulasan: Tahniah BPR. Dari firasat rakyat eloklah tindakan itu di perkembangkan ke setiap negeri supaya negara bebas dari rasuah dan penyelewengan. Bukan hanya kakitangan awam tetapi termasuk wakil rakyat meliputi bilis dan jerung. Hidup bahagia tanpa rasuah.

Tuesday, November 14, 2006

Melayu pantang berundur – Najib

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO tidak akan sesekali berundur dalam perjuangan membela nasib orang Melayu sehingga matlamat mengangkat martabat dan agenda bangsa tercapai sepenuhnya.

Ulasan: Setiap kali persidangan UMNO maka bergemalah kata-kata perjuangan Melayu belum mencapai matlamat sepenuhnya. Pelik kerana dalam keadaan berkuasa penuh sejak merdeka pun tidak banyak di capai.

Sudah 60 tahun UMNO berkuasa dan berjuang untuk mengangkat martabat dan agenda bangsa Melayu tapi yang jelas terangkat martabat dan agenda peribadi untuk kaut kuasa buat menambah kuasa, kekayaan dan harta ialah diri sendiri, kaum kerabat dan kawan-kawan SEBAHAGIAN orang politik UMNO.

Nak lagi 50 tahun supaya kaut habis-habis? Enough is enough.

Monday, November 13, 2006

CEO syarikat berkaitan kerajaan perlu sertai UMNO

BATU PAHAT 12 Nov. – Biro Ekonomi UMNO Batu Pahat mahu mereka yang dilantik mengepalai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disyaratkan menganggotai UMNO supaya perjuangan memajukan kedudukan bangsa Melayu dalam sektor korporat menjadi lebih jelas.

Ulasan: Sejak bila pula GLC kepunyaan UMNO? Kalau benar-benar hebat sila buat syarikat sendiri tanpa sebarang ikatan politik dengan UMNO.

Pelaksanaan bina jambatan mengagumkan

KUALA LUMPUR: Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah projek yang mengagumkan terutama dari segi kepantasan pelaksanaannya apabila tempoh yang diambil untuk membuat keputusan dan pelaksanaan sebenar hanya mengambil masa beberapa bulan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, berkata biasanya projek bersaiz besar seperti itu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat dilaksanakan serta perlu melalui pelbagai proses birokrasi.

Ulasan: Ini bermakna bahawa birokrasi menyebabkan banyak masa terbazir. Kerajaan perlu kurangkan birokrasi yang tidak berguna. Laksanakan dalam setiap projek. Jangan hanya untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang. Jangan untuk lepaskan setiap birokrasi, minyak pelincir iaitu rasuah perlu ada.

Bermula cepat di tapak hanyalah satu kehebatan dalam projek. Yang paling utama ialah siap projek seperti di jangka tanpa sebarang kelewatan atau lebih cepat.

PM perlu lebih sepenggal

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pemimpin UMNO dan kerajaan sependapat bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu diberi masa lebih sepenggal sebagai Perdana Menteri untuk menjayakan setiap rancangan yang diatur bagi membangunkan rakyat dan negara.

Ulasan: Sudah banyak kali rakyat melihat pengampu berlakon.

Jangan rosakkan parti

KOTA BHARU: “Umno sudah melalui segala-galanya untuk berada pada tahap ini dan tolonglah jangan rosakkan satu-satunya payung orang Melayu ini,” demikian luahan hati veteran Umno, Tan Sri Hussein Ahmad.
“Dulu kami berjuang tanpa memikirkan kepentingan diri dan bekerja untuk parti tanpa apa-apa habuan,” katanya.
Malangnya kata Hussein, Umno kini tercemar oleh pelbagai kerenah sesetengah pemimpin, termasuk yang terbabit dengan politik wang.
Dulu orang Melayu menyertai Umno kerana mahu menyumbang khidmat kepada bangsa dan negara, tetapi sekarang ada segelintir orang Melayu menyertai Umno untuk mendapatkan sesuatu, katanya…(BH 9 Nov 2006).

Ulasan: Kenapa ramai pemimpin Umno kecil atau besar sanggup merasuah (Umno memanggilnya politik wang yang sebenarnya jenayah tapi BPR tidak boleh menyiasatnya, konon Umno boleh menyelesaikan sendiri) untuk menjadi pemimpin pelbagai peringkat Umno kalau bukan mendapatkan wang dan harta. Yang sebenarnya kaya ialah pembiaya mereka yang selalunya orang bangsa asing. Sedih bila pemimpin Umno yang rasuah nampak hebat depan orang Melayu tapi melutut depan depan towkay kafir..

Kalau betul-betul sayangkan Melayu dan Islam, tinggalkan Umno.

Syor kawasan hiburan khas pelancong

KEMENTERIAN Pelancongan mencadangkan kawasan hiburan khas diwujudkan sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk mengimbangi keselesaan pelancong selepas membuat keputusan tidak melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di beberapa tempat tertentu negara ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata kawasan hiburan khas ini akan diurus dengan baik dan menjadi satu produk pelancongan yang dapat dipasarkan pada peringkat antarabangsa bersama-sama sumber pelancongan lain seperti KLCC.…(BH 9 Nov 2006).

Ulasan: Jangan korbankan budaya timur semata2 hendakkan pelancong. Kenapa jadikan Malaysia tempat hiburan pelancong? Kalau betul sayangkan rakyat, elakkan wanita (tempatan atau asing) dari memuaskan nafsu pelancong dalam pelbagai bentuk. Pelancong datang bukan hendak melampiaskan nafsu - minum dan seks - di negara kita. Mereka yang hendakkan itu boleh pergi negara lain.

BPR siasat cara senyap

KOTA KINABALU: Sebarang siasatan ke atas projek pembangunan di Sabah yang dianggap mempunyai unsur rasuah dan penyelewengan dilakukan secara senyap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Pengarah BPR Sabah, Latifah Mohamad Yatim, berkata langkah itu selari dengan peraturan yang mengikat agensi berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil…(BH 9 Nov 2006).

Ulasan: Senyap atau tak, siasatan terus berjalan. Yang penting rasuah dan penyelewengan perlu di banteras dari Negara ini.

PM bangga kita jadi negara pembangunan insan tinggi

KUALA LUMPUR: Malaysia melepasi tahap penting dalam Indeks Pembangunan Insan (HDI) apabila dikategorikan sebagai negara pembangunan insan tinggi, meningkat daripada kategori negara pembangunan insan sederhana.
Pencapaian itu yang pertama bagi negara ini sejak pelancaran HDI oleh Program Pembangunan Bangsa Bersatu (UNDP) pada 1990, meletakkan Malaysia dalam kedudukan sama dengan negara maju berkaitan kemajuan pembangunan modal insan…(BH 9 Nov 2006).

Ulasan: Bagaimana untuk menjadi insan tinggi?

Kejayaan insan di mana saja, di dunia dan di akhirat bergantung hanya kepada ketaatan kepada perintah Allah mengikut cara Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan keredaanNya kepada para sahabat Rasulullah. Pernah Rasulullah s.a.w. bersabda: As-habi kannujum, fa iqtaitum ihtadaihum (Sahabatku bagaikan bintang-bintang (untuk panduan), maka sesiapa mengikuti mereka akan terpimpin).
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan perundangan tetap akan dikenakan ke atas pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia di Shah Alam, dua minggu lalu, tidak kira siapa pihak tersebut.
‘‘Tiada siapa yang berada di atas undang-undang. Ia merupakan suatu yang perlu diingat,’’ katanya…(UM).

Ulasan: Tidak siapa terlepas daripada keadilan undang-undang di negara kita walaupun
Perdana Menteri sendiri dan kaum kerabatnya. Cuma rakyat ternanti-nanti bila 18 kes high profile yang di janjikan tidak lama dulu akan di adili undang-undang.

Khabarnya ada menteri kabinet sekarang pun terdiri dari orang yang punya masalah berkaitan rasuah dari kabinet lama menyebabkan rakyat kurang percaya. Semak balik laporan polis dan BPR. Selesaikan dahulu kes-kes tertangguh. Jangan jadikan itu sebagai pegangan untuk dapatkan sokongan politik tanpa berbelah bahagi. Dalam bahsa yang mudah : Bebaskan BPR dari cengkaman politik pemerintah.
Kearah keadilan sejati di Malaysia tercinta.

Perdana Menteri dukacita laporan terkini CPI

PUTRAJAYA 9 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, laporan terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006 adalah mendukacitakan dan membawa tanda tanya sama ada kajian itu sahih serta benar-benar mencerminkan keadaan di negara ini atau sebaliknya...(UM).

Ulasan: Senang saja untuk mengetahui persepsi rakyat Malaysia dengan bertanya kepada orang awam mengenai rasuah yang berlaku di Malaysia. Ramai mengetahui mengenai kewujudannya di negara kita secara langsung atau tidak langsung. Tanya kepada mereka yang berkerja di mana saja samada profesional atau tidak, mereka akan menceritakan apa yang mereka tahu mengenai rasuah. Bila masyarakat awam pun mengetahuinya bermakna ia sudah berleluasa.

Dalam negara kita rasuah bermula sudah lama. Bacalah buku mengenai rasuah oleh Professor Syed Hussin, dan kajian yang di lakukan oleh pelajar universiti selepasnya. Benar kata-kata orang tua-tua : Sedikit lama-lama jadi bukit.

Skala rasuah yang berlaku pada awal kemerdekaan negara mungkin kecil jika di bandingkan dengan sekarang kerana negara itu masih lagi miskin. Rasuah menjadi rahsia yang diketahui ramai (known secret) dan perbualan umum sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri Ke-4 (Tun Dr Mahathir Mohamed)). Era Dr. Mahathir merupakan era melimpahnya projek mewah dan projek mega menyebabkan ramai jutawan segera terutama dari bangsa Melayu. Suka kerana melahirkan ramai jutawan Melayu tapi sedih dengan cara yang tidak alami (natural) yang boleh membebankan bangsa kita.

Berbagai sistem turnkey iaitu rekabentuk & bina (design & build) di cipta atau di ambil dari luar untuk mencepatkan dan merancakkan apa yang di panggil pembangunan negara walaupun menggunakan tenaga asing. Cuba bayangkan bila arkitek dan jurutera profesional sebenarnya bekerja di dalam kumpulan yang di ketuai oeh kontraktor.

Tentunya kita ingat bila projek rekabentuk dan bina kerajaan mesti di laksanakan melalui kumpulan pengurusan projek (project management team, PMT) di ketuai oleh pengurus projek. Masalah demi masalah menyebabkan keberkesanannya di ragui lantas tidak di amalkan lagi di bawah Perdana Menteri Ke-5 sekarang.

Walaupun telah lama peraturan mengenai perolehan tender kerajaan di laksanakan tetapi kita sedih kerana Laporan Audit tahunan memaklumkan terdapat kontraktor yang tidak di kenali tiba-tiba melaksanakan projek dan projek menjadi sakit lantas terbengkalai.
Sedihnya bila ada kontraktor Melayu yang betul-betul melaksanakan sendiri kerja dengan tidak menjual projek (iaitu mensubkontrakkan keseluruhan) kepada kontraktor lain terutama bangsa lain, tidak mendapat projek semata-mata kerana tidak mempunyai hubungan dengan orang politik Umno.

Rasuah terjadi dalam segenap bidang. Orang BPR tentu lebih tahu. Memang susah hendak menyelesaikan masalah rasuah dalam negara yang membelit kita. Kejujuran dari setiap menteri kerajaan yang ada, not just PM saja, di perlukan supaya benar-benar RASUAH 0% supaya anakcucu kita hormat kepada kita bukan menyampah kepada kita kerana semuanya kepada orang lain terjual akibat rasuah.

Kalau sungguh, buktikan dengan aksi. Jangan hanya bercakap kerana masa bercakap sudah berlalu. Menang bercakap tapi mana aksi? Orang lain tertawa kerana mereka tahu orang yang lapar duit ialah orang kita. Walhal semua orang tahu rasuah itu haram.

Berikan BPR kuasa setingginya untuk menangani masalah rasuah withot any fear or favor.

Thursday, November 09, 2006

Angka murtad dalam SMS tidak betul

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Abdullah Md. Zin hari ini menyangkal dakwaan terdapat sejumlah 100,000 orang Islam di negara ini telah murtad. ‘‘Saya sudah beri maklumat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa keadaan di Malaysia terkawal.
‘‘Saya difahamkan, angka (murtad di Malaysia) tidak menggerunkan. Maknanya, tidak banyak dan ada di kalangan mereka saudara baru dan (kelemahan) ini kita akan mantapkan.


Ulasan: Kenapa kita bersungguh-sungguh merpersoalkan jumlah tepat yang telah murtad TETAPI kita tidak sensitif dengan persoalan pokok iaitu telah berlaku dari kalangan orang kita. Tetapi kita menerima berita Utusan Melayu (5 Nov. 2006) iaitu dianggarkan lebih 70,000 rakyat Malaysia dijangkiti HIV, membabitkan lebih 8,000 kematian, sejak kes HIV positif pertama dikesan 20 tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan sedikit atau ramai yang murtad menjadi agenda utama kita kerana tugas kita ialah menyelamatkan saudara kita yang murtad. Jangan bergembira bahawa keadaan murtad terkawal di negara kita terkawal dan tidak menggerunkan.

Pemimpin sayanglah rakyatmu yang telah murtad walaupun seorang kerana dia akan pasti menerima siksaan neraka. Kita kena ingat one is too many. Persoalan yang pemimpin kena jawab : Apa tindakan untuk mengelakkan gejala murtad berlaku dan tindakan untuk membawa balik kepada Islam. Dan mendakwahkan Islam kepada semua.

Monday, November 06, 2006

70,000 rakyat Malaysia dijangkiti HIV sejak 1986

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Dianggarkan lebih 70,000 rakyat Malaysia dijangkiti HIV, membabitkan lebih 8,000 kematian, sejak kes HIV positif pertama dikesan 20 tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, lebih 80 peratus mereka yang dijangkiti HIV berumur dalam kumpulan umur 20 hingga 40 tahun.

Ulasan: Majoriti kes HIV/AIDS berpunca dari dua perbuatan haram: zina dan penyalahgunaan dadah. Perlu ingat bahawa Umno/BN telah memerintah Malaysia sejak merdeka hingga sekarang. Apa yang telah dilakukan selama ini dan selamanya untuk menutup pintu-pintu zina? Atau semakin membuka pintu-pintu maksiat? Kalau betul sayangkan rakyat, pimpinlah rakyat kepada Kebenaran.

Pengajaran Matematik, Sains dalam BI dibantah

JOHOR BAHRU 5 Nov. – Badan Perhubungan UMNO Johor membantah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

Ulasan: Sampailah masanya Umno bantah program Umno/BN. Apalah gunanya merdeka kalau menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri di negara sendiri. Perancis, Jerman, Jepun, Russia dan China menjadi maju bukan kerana pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah mereka.

Fikir pelita hati.

Media dinasihat usah keterlaluan eksploitasi unsur seks

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan media agar tidak mengeksploitasi unsur seks secara keterlaluan kerana ia akan menambah masalah dan penyakit sosial di kalangan masyarakat.

Ulasan: Jangan hanya fikirkan keuntungan. Kehadiran media sepatutnya menyelesaikan masalah dan penyakit sosial di kalangan masyarakat bukan menambahkannya. Jangan sampai pemikiran kita di tumpukan untuk merosakkan rakyat terutamanya belia. Tak perlu di ajar itik berenang. Rom musnah kerana zina.

Peguam wanita ditegah pakai purdah

ISLAMABAD: Mahkamah Tinggi Peshawar mengarahkan peguam wanita supaya tidak memakai purdah di mahkamah untuk mengemukakan kes rayuan.

Ulasan: Carilah jalan untuk memudahkan Islam di amalkan bukan dengan melarang amalan. Apakah makna kemerdekaan?

Ambulans tidak diswasta

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan memutuskan untuk tidak akan meneruskan cadangannya menswastakan perkhidmatan ambulans di hospital kerajaan, sebaliknya hanya menyerahkan kerja penyelenggaraan kenderaan itu kepada pihak swasta.

Ulasan: Rugi masa rakyat membaca berita yang sebenarnya tidak.

Kontraktor kelas F diingat tak jual projek

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mengingatkan kontraktor kelas F supaya tidak menjual projek bernilai kurang RM200,000 yang diperoleh melalui sistem pembahagian secara adil oleh Pejabat Daerah atau Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah.

Ulasan: Kalau kontraktor Melayu kelas yang lebih tinggi pun boleh jual projek kepada bangsa lain dan makan atas angin inikan pula kontraktor kelas F. Ini semua terjadi sepanjang Umno memerintah Malaysia. Kuatkuasakan semula pelaksanaan yang sedia ada supaya tidak boleh jual projek dan kena lakukan sendiri projek atau di senarai hitamkan dari projek masa depan. Kalau mahu melihat orang Melayu benar-benar boleh buat kerja dan maju beginilah caranya. Lupakan politik Umno semata-mata untuk cari peluang berniaga kerana dapat wang atas angin tapi tak boleh buat sendiri walaupun berpuluh tahun berpengalaman melobi dan mengipaskan orang besar.

Mana waja diri Melayu? Sayangnya rosak oleh politik Umno.

Friday, October 20, 2006

Kongsi Raya sejauh mana dibenarkan?

Punca: http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=1841&mode=&order=0&thold=0

Cukuplah... Tiada istilah Deepa Raya mahupun Xong Xi Raya. Raya kita dan raya mereka amat jauh berbeza.

Cukuplah!!! Telah terlalu banyak perayaan di negara kita. Dari perayaan sambutan Kemerdekaan, Pesta Air, Pesta itu, Pesta ini... Karnival itu, karnival ini sampailah ke Sambutan Pesta Perkongsian Raya. Kalau dihitung-hitung mungkin setiap bulan pasti ada majlis berbentuk perayaan dan suka-suka.

Hanya atas satu alasan. Perpaduan. Yer, perpaduanlah yang dilaungkan. Perpaduankah kalau hanya kita sahaja yang memberi??? Hanya kita sahaja yang sanggup berkongsi...

Jenguklah di mana-mana pesta, di mana-mana perayaan, di mana-mana karnival. Siapa yang hadir??? Pasti 90% atau mungkin lebih yang hadir adalah mereka yang kulitnya sama dengan kita, matanya sama dengan kita. Mereka... hanya apabila sesuatu itu menguntungkan, barulah akan nampak batang hidung mereka.

Perpaduankah kalau mereka yang datang masih duduk berbual dikelompok masing-masing. Aku dengan kelompok aku dan mereka setia dengan kelompok mereka dalam pertuturan bahasa yang berbeza. Perpaduankah kalau hanya segolongan sahaja yang memberi segalanya...

Bersama-sama ini di sertakan sebuah artikel yang menarik dari IslamOnline……

Kongsi Raya : Bukan Amalan Islam

Hari raya adalah hari yang dimuliakan atas dasar agama. Di dalamnya dihimpunkan semua ciri-ciri keagamaan dan dizahirkan syiarnya. Pada hari itu seseorang berbangga dengan agamanya, kerana hari raya adalah hari kebesaran bagi sesuatu agama. Jika hari raya yang disambut itu adalah hari raya bagi agama Hindu, maka agama Hindu dan kepercayaan-kepercayaan yang ada di dalamnya disambut dan dibesarkan. Demikian juga jika hari raya tersebut adalah hari raya penganut Kristian, maka agama Kristian bersama kepercayaan-kepercayaannya dibesar dan dibanggakan oleh penganutnya. Demikianlah seterusnya bagi agama-agama lain.

Bagi Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya :

قدم رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما -كعادة الأمم (الروم والفرس) كل أمةٍ لها أعياد، فكان للعرب في الجاهلية يومان يلعب فيهما أهل المدينة - فقال صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ما هذان اليومان؟ فقالوا: كنا نعلب فيهما في الجاهلية، فقال صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إن الله قد أبدلكم بهما خيراً منهما، يوم الأضحى ويوم الفطر

Maksudnya : "Ketika Rasul saw sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi saw melihat mereka menyambut dua hari tersebut)


Nabi saw bertanya : "hari apakah dua hari ini ?" Mereka menjawab : "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw : "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata : "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

Di dalam hadith ini jelas menunjukkan dua hari raya di zaman Jahiliyah yang disambut oleh penduduk Madinah di peringkat awal itu tidak diiktiraf oleh Nabi saw, walau untuk membiarkan mereka bermain pada dua hari tersebut sepertimana adat kebiasaan yang mereka lakukan. Bahkan Nabi saw menegaskan dengan sabda baginda :

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan (dua) hari yang lebih baik dari dua hari tersebut "

Nabi menegaskan Aid al-Adha dan Aid al-Fitr adalah dua hari raya yang datang menggantikan hari raya yang disambut oleh masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu. Apabila telah datangnya pengganti (al-Adha dan al-Fitr) maka yang diganti (dua hari raya di zaman Jahiliyah) ditinggalkan dan tidak mungkin untuk disambut bersama lagi buat selama-lamanya.
Ini adalah sesuatu yang jelas dan tidak mungkin untuk seseorang mengatakan kita sambut kesemua hari raya tersebut samaada ianya al-Adha dan al-Fitri ataupun dua hari raya yang disambut di zaman Jahiliyah, kita sambut kesemuanya dan kita namakan sebagai 'Kongsi Raya' .

Maka dua hari raya yang telah digantikan oleh Nabi saw dengan hari raya Aid al-Adha dan Aid al-Fitr itu terus ditinggalkan oleh para sahabat Nabi saw hingga tidak tertinggal walaupun sedikit dari apa-apa jenis sambutannya, sehingga kebanyakan umat Islam hari ini tidak mengetahui langsung bilakan dua hari raya tersebut dirayakan di zaman Jahiliyyah.

Islam Sentiasa Mengamalkan Sikap Bertoleransi

Islam mengarahkan umatnya untuk berinteraksi sebaik mungkin dengan penganut-penganut agama yang lain. Islam memberikan peruntukan pahala kepada sesiapa yang membantu penganut agama lain yang memerlukan bantuan. Bukan sekadar bantuan, bahkan Islam memberi galakan kepada penganutnya untuk berbuat baik kepada mereka. Allah berfirman :

لاَ يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya : "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengeluarkan kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". (al-Mumtahinah : 8)

Kalimat al-Birr (البر) atau berbuat baik yang digunakan di dalam ayat di atas merangkumi semua maksud kebaikan dan ia lebih luas dari maksud adil. Ia memberi galakan kepada umat Islam untuk bergaul dengan penganut agama lain dengan baik dan adil sesuai dengan hak kemanusian, selama-mana perkara itu bersangkutan dengan hak-hak kemanusiaan.


Bukti wujudnya galakan untuk berbuat baik kepada penganut-penganut agama lain di dalam ayat di atas ialah apabila Allah mengakhirkan ayat tersebut dengan mengatakan : "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil". Ini adalah galakan daripada Allah swt kepada setiap orang yang beriman, kerana setiap orang yang beriman itu semestinya akan mencari perkara-perkara yang disukai oleh Allah swt untuk mereka lakukan, dan salah satunya ialah berbuat baik dan berlaku adil kepada penganut-penganut agama lain.

Tidak cukup dengan itu Allah swt di dalam surah al-Kafirun memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka. Allah swt berfirman :

Maksudnya : "Katakanlah (Muhammad) wahai orang-orang kafir. [2]Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. [3] dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. [4] dan aku tidak beribadat sebagaimana kamu beribadat. [5] dan kamu tidak beribadat sebagaimana yang aku beribadat. [6] dan bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami."

Inilah kemuncak sikap toleransi Islam terhadap penganut agama yang lain, penganut agama lain tidak pernah dipaksa untuk memeluk Islam walaupun mereka tinggal dalam kumpulan majoriti umat Islam di dalam Negara Islam dan mencari rezki di dalamnya. Mereka juga tidak dihalang untuk menyembah dan beribadat kepada tuhan mereka mengikut cara yang ada di sisi mereka. Inilah hak kemanusia yang Islam berikan kepada semua penganut agama yang lain.

Islam Mempunyai Perayaannya Tersendiri

Suatu hari Abu Bakar ra masuk menemui Nabi saw di rumah baginda. Dia dapati terdapat dua orang Jariah kanak-kanak yang sedang menyanyi. Lalu Abu Bakar berkata :

أبمزمور الشيطان بين يدي رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟

Maksudnya : "Apakah dengan seruling Syaitan ada di depan (rumah) Rasulullah saw ? Nabi saw bersabda :

يا أبا بكر دعهما فإن لكل قوم عيد وهذا عيدنا

Maksudnya : "Biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari raya mereka, dan hari ini adalah hari raya kita (umat Islam)."

Ini petunjuk dari Nabi saw untuk mengkhususkan bagi setiap agama itu perayaan mereka tersendiri dan tidak ada perkongsian dalam menyambut perayaan. Bagi umat Islam perayaan mereka dan bagi penganut lain perayaan mereka tersendiri pula.

Kongsi Raya Tidak Pernah Wujud Di Zaman Nabi saw

Masyarakat majmuk yang sering dilaungkan orang ramai untuk menghalalkan kongsi raya bukanlah pertama kali di dalam dunia berlaku di Malaysia. Nabi saw lebih dahulu mengamalkan hidup dalam masyarat yang majmuk. Bahkan Nabi saw berjaya memberikan contoh yang terbaik dalam mengadakan hubungan bersama mereka.

Nabi saw tinggal di Madinah dalam keadaan penganut Yahudi telah ada di Jazirah Arab di beberapa tempat seperti di Madinah sendiri dan di Khaibar. Demikian juga penganut Kristian telah ada di Najran (نجران), Yaman, di Son'aa (صنعاء) dan di tempat-tempat lain.

Sejarah membuktikan wujudnya perhubungan antara orang-orang Islam dengan penganut agama yang lain dalam urusan keduniaan seperti perniagaan dan seumpamanya. Mereka bersama di pasar-pasar jual beli, mereka hidup dalam satu masyarakat majmuk.

Namun begitu, jika diperhatikan kepada sirah Nabi saw tersebut, kita tidak akan dapati adanya di kalangan umat Islam yang menyambut perayaan-perayaan agama lain yang ada ketika itu, dalam apa bentuk perayaan sekalipun. Dalam masa yang sama masyarakat Islam bersungguh melaksanakan dakwah menyeru penganut lain kepada Islam, dan perpaduan tetap terjalin.

Hukum Menyambut Perayaan Bukan Islam

Allah swt, di akhir surah al-Furqan (الفرقان), ketika menyebut sifat hamba-hambaNya, berfirman :

وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً

Maksudnya : "Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)

Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur (الدرر المنثور), demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid (مجاهد), al-Dhohak (الضحاك), Ikrimah (عكرمة) dan yang lainnya bahawasanya - يَشْهَدُونَ الزُّورَ (iaitu tidak meyaksikan yang palsu) – itu ialah perayaan-perayaan Kafir dan Musyrikin.

Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.

Di sisi ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.

Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya semua mereka mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga.

Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :

"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil.


Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.

Al-Syeikh Muhammad Bin Soleh al-Munajjid pula apabila ditanya tentang hukum yang sama menjawab :

"Tidak boleh bersama orang-orang kafir menyambut perayaan-perayaan mereka disebabkan perkara-perkara berikut :

1- Ia termasuk dalam al-Tasyabbuh (menyerupai orang kafir). Nabi saw bersabda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, , maka dia termasuk salah seorang dari mereka." (hadith riwayat Abu Daud). Ini adalah amaran yang serius. Abdullah bin al-'Ash berkata : "Sesiapa yang hidup di atas tanah orang-orang musyrik, lalu menyambut hari Nairuz (perayaan tahun baru) mereka, dan perayaan-perayaan mereka, dan dia telah menyerupai mereka sehingga dia mati, dia akan rugi pada hari kiamat."

2- Bersama di dalam perayaan adalah sebahagian daripada Mawaddah dan Mahabbah kepada mereka. Allah berfirman : "Jangan kamu menjadikan Yahudi dan Nasara itu Auliya'…" dan firmannya lagi : "Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu menjadikan musuh-musuh Ku dan musuh-musuh mu sebagai teman-teman setia, kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada diantara kamu dengan mereka, sedangkan mereka telah kufur dan engkar terhadap kebenaran yang sampai kepada kamu…" (al-Mumtahinah : 1)

3- Sesungguhnya hari raya adalah perkara agama dan aqidah, ia bukan sekadar adat dunia sepertimana yang disebut di dalam hadith : "Bagi setiap kaum itu ada hari rayanya mereka, dan ini adalah hari raya kita." Hari raya mereka itu melambangkan aqidah mereka yang rosak, syirik dan kufur.

4- (ayat al-Quran – "dan orang-orang yang menyaksikan yang palsu…) telah ditafsirkan oleh para ulama sebagai (menyaksikan) perayaan-perayaan orang-orang musyrik. Tidak boleh memberi kad-kad ucapan perayaan kepada mereka atau menjualnya kepada mereka, atau apa sahaja yang keperluan perayaan mereka seperti lampu-lampu, pokok-pokok (untuk perayaan), makanan-makanan (untuk perayaan), dan selainnya."

Di dalam fatwanya yang lain, apabila ditanya tentang hukum mengucapkan tahniah kepada perayaan kafir beliau menyebut :

"Mengucapkan selamat kepada orang kafir pada hari Krismas atau selainnya dari perayaan keagamaan adalah haram dengan kesepakatan para ulama, sepertimana yang dinaqalkan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah (أحكام أهل الذمة) ketika beliau berkata : "Adapun ucap tahniah/selamat kepada syiar-syiar kuffar secara khusus adalah haram dengan kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat kepada perayaan atau puasa mereka dengan mengatakan : "Selamat hari raya kepada kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini" atau seumpamanya.

Perkara ini jika selamat pun pengucapnya dari kekufuran, ia tetap termasuk dari perkara-perkara yang haram, ia sama seperti mengucapkan selamat kepada seseorang yang sujud kepada salib, bahkan perbuatan ini adalah lebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih besar kemurkaan berbanding mengucapkan tahniah kepada seseorang yang meminum khamar (bir), seorang yang membunuh dan yang berzina dan seumpamanya.


Kebanyakan orang yang tidak ada kesedaran agama terjebak dalam perkara ini. Dia tidak sedar betapa buruk amal perbuatannya. Maka sesiapa yang mengucapkan tahniah atau selamat kepada seseorang yang melakukan maksiat, bid'ah atau kekufuran. Maka sesungguhnya dia telah membuka ruang kepada dirinya untuk mendapat kemurkaan dari Allah."

Inilah sebahagian perkataan para ulama yang sempat dimuatkan. Kesemua mereka melarang keras menyambut perayaan bukan Islam. Kerana mustahil perayaan Islam yang dibina atas dasar mentauhidkan Allah, bersih dari kesyirikan dan kebatilan boleh dikongsi dengan perayaan agama lain, dimana kesyirikan dan kebatilan dinyatakan pada hari tersebut.


Dr. Yusur al-Qaradhawi yang lebih ringan dalam masaalah ini, yang mana beliau berpendapat boleh seseorang muslim menyampaikan tahniah kepada perayaan Ahli Kitab tetap melarang untuk menyambut sekali perayaan bukan Islam. Beliau menyebut :

"Ini adalah daripada hak-hak bersama, jika seseorang ahli kitab datang dan menyampaikan tahniah dengan perayaan kamu (muslim) dan bersama dalam kesedihan dan musibah yang menimpa kamu dan mengucapkan takziah kepada kamu. Maka apakah pula larangan untuk kamu mengucapkan tahniah dengan perayaan mereka dalam kegembiraan mereka dan mengucapkan takziah dalam musibah yang menimpa mereka ? Allah swt berfirman (maksudnya) : "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (al-Nisa :86)

Beliau menyambung dengan mengatakan : "Ini tidak bermakna kita menyambut perayaan itu bersama mereka, adapun ianya hanyalah ucap tahniah semata-mata, ini termasuk dalam berbuat baik dan adil yang datang bersama agama ini (Islam)"

Sumber : Islamonline