Wednesday, August 27, 2008

16 September 2008 Melompatkah Mereka?

Seoah-olah tarikh keramat di mana pada tarikh itu, ikut kata Anwar Ibrahim seramai 35 wakil rakyat Barisan Nasional akan melompat masuk Pakatan Rakyat. Ertinya parti BN akan jatuh. Pakatan Rakyat akan menang dan akan dirikan Kerajaan Malaysia yang BARU.

Tetapi Anwar tidak punya kuasa pemutus terhadap semua wakil rakyat BN itu. Kalau mereka lompat, bagus untuk mereka dan untuk rakyat.

Tapi apakah mereka CUKUP KUAT untuk melompat?

Lompatan mereka cukup bermakna dlm sejarah negara yg akan meranapkan penguasaan/penjajahan BN selama ini.

Tapi...persekitaran kekuasaan BN yang ada melatih tak langsung ahlinya jadi penakut kerana sibuk mencuri kekayaan negara melalui cara yang tidak sah. Mungkin mereka orang baik dan cintakan negara dan rakyat dan selama ini tertekan di bawah BN.

Doakan supaya minda mereka tetap MERDEKA untuk melompat seperti di janjikan dengan hati mereka.
Moga lompatan mereka menjadi quantum leap yg menyelamatkan Malaysia dari kebobrokan BN.

Kalau tidak, kita perlu bersiap-siap untuk Pilihan Raya Umum 13 (empat tahun saja lagi) tanpa mengharapkan siapa pun melompat ke parti kita. Insya Allah.

No comments: